Posts

Showing posts from October, 2005

Salam Aidilfitri

Image
Sewaktu kita mula mengenali tutur bicara, Budi bahasa masing-masing, Kita mula belajar sesuatu yang indah lagi penuh bermakna, Iaitu erti sebuah pertemuan, Yang menunjukkan keupayaan diri kita. Kematangan itu dari pengalaman kehidupan, Yang kita lakui dan harungi bersama, Tanpa penat dan jemu, Namun masih tidak puas menerokai seluruh alam buana, CiptaanNya. Namun setiap pertemuan itu, Juga ada perpisahannya, Tapi kau tabah menghadapinya, Dan kau berkata, "tiada pengalaman indah yang dapatku, lupakan ketika bersama denganmu" terimakasih menghargai nilai seorang insan yang tiada harga jua tandingannya. Kata-kata di kad raya yang baru diterima benar-benar menyentuh perasaan. Jika kata-kata ini menggambarkan rasa hatinya..begitu juga aku. Setiap baris kata-kata ini menggambarkan apa yang terjadi di dalam hidupku selama ini. Mengenali seseorang dan akhirnya kehilangan. SALAM AIDIL FITRI BUAT SEMUA YANG MENGENALI ,MAAF JUA DIPOHON ANDAI ADA SALAH & SILAP

Anda Mungkin "gila" Oleh Cinta ?? Fahamilah...

MW 1136 – Motivasi Siri 239 Tajuk: Awas, anda mungkin 'gila' oleh cinta Oleh: DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj www.drtuah.com Jika anda rindu, kawallah diri, jangan sampai terpamer pada wajah kusam. Jika anda terlalu cinta, kawallah diri, jangan sampai terserlah melalui tindakan melampau. Jika anda terlalu sayang, kawallah diri, jangan sampai terbukti melalui pemikiran songsang. Jika anda terlalu rindu, cinta dan sayang, kawalkan diri, jangan sampai dia bosan. Berpadalah pada waktu hendak menghubunginya, berpadalah pada waktu anda hendak menghantar SMS padanya, berpadalah tatkala menulis sesuatu untuknya. Usah terlalu kerap menelefon. Ingat, situasi dia mungkin berbeza. Tatkala anda sedang resah digelut rindu, dia sedang berjuang di medan kecemerlangan. Dia mungkin sedang amat sibuk dengan pelajaran, dengan pelanggan, dengan kerja atau dengan keluarga. Usah terlalu kerap menghantar SMS bernadakan kecewa, resah, gelisah. Usah terlalu kerap menelefonnya, sedangkan nyata panggilan anda

Ramadhan Al - Mubarak

Image
SALAM RAMADHAN BUAT SEMUA .. Ramadhan kali ini disambut dengan sederhana. Tahun ini ...Ju tetap keseorangan tanpa seorang lelaki yang bernama suami mahupun kekasih. Namun syukur kerana aku masih mempunyai mak dan anak-anak saudara serta kawan-kawan yang memahami. Dulu ada dia...tahun ini hampa belaka..

Kereta

Image
Rabu minggu lepas , baru dapat kereta ni tapi ada masalah sikit ..ntah cam mana ada kesan calar yg dalam di bahagian hadapan kereta. Rasa terkilan . Sampai hari ni , masih menanti tarikh bila pihak dealer nak tukar bahagian yg calar sebab depa dah setuju nak ganti seluruh bonet. Nak touch up tak sesuai ...harap-harap semua akan berjalan dengan lancar. Banyak dugaan yang perlu dilalui yang menguji kesabaranku untuk memiliki kereta ini. Apa-apapun aku harap mak akan gembira dengan adanya kereta ini. Setiap hari aku belajar utk menjadi berani dan bersabar di dalam menangani masalah yg ada. Tak nak la call salesman tu tiap-tiap hari...nanti dia naik fed up pulakkan? Cuma berharap dia tidak lupa dengan tanggungjawabnya. Duit balance pun tak dapat lagi ni ....adehh...sabarr ...puasa ni kena banyak sabar. Ada hikmah disebalik setiap kejadiankan? InsyaAllah...