Posts

Showing posts from December, 2006

Tahniah buat NorSyafiqa Nordin!!!

Image
Sekalung tahniah buat Ieqa kerana telah berjaya di dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Pagi tadi semasa Kak Long di dalam kereta sedang memandu, ada panggilan yang tidak ada "ID", rasa malas nak jawab tapi bila dapat panggilan ke 2, Kak Long jawab jugalah. Wahhh...terdengar suara Ieqa " Mak Long, Ieqa dapat 8A". Gembira sungguh dan terdengar suara rakan-rakan sekelasnya yang riuh rendah. Semasa Kak Long menelefon semula setelah kak Long sampai ke pejabat, iqa dan rakan-rakannyer nak "celebrate"...ehehehhe.Alhamdulillah...tak sia-sia pergi tuisyen dan tak semestinya tak tinggal di asrama, kita tidak boleh berjaya. You Go Girl!!! selepas ini SPM pulak ...Ieqa Boleh!!! CONGRATULATIONS ON YOUR SUCCESS !!!

Imbasan 2006 -bhg 2

Image
Hari ini merupakan hari terakhir Kak Long bekerja untuk tahun 2006. Esok Kak Long akan mula bercuti dan akan masuk semula bekerja, InsyaAllah pada 3 Januari 2006. Secara keseluruhannya, Kak Long bersyukur kerana Kak Long berjaya mengharungi suka dan duka di tahun 2006 ini. Alhamdulillah, walaupun tidak bertemu dengan "Mr. Right" namun dengan adanya kaum keluarga dan sahabat handai yang sentiasa menyokong dan memberikan panduan, maka Kak Long masih berdiri dan berlari. Walaupun pada pertengahan tahun, Kak Long merasa amat tertekan dengan kerja, tetapi alhamdulillah dengan adanya perubahan di pihak atasan, Kak Long tidak merasa tertekan sangat. Segala kejadian dan peristiwa yang telah berlaku adalah sejarah yang patut dijadikan tauladan dan sempadan supaya hidup kita akan lebih berjaya di hari-hari yang mendatang. Selamat tinggal 2006....

Imbasan 2006 - bhg.1

Sebenarnya , Kak Long tidak tahu apakah cerita yang patut Kak Long luahkan di sini. Kalau ikutkan tajuk entri, maka sepatutnya cerita-cerita yang berlaku kepada diri kak long di tahun 2006 yang kian hampir ke penghujungnya. Rasa-rasanya Kak Long kena membuka semula entri dari awal tahun nampaknya kerana ketika dan saat Kak Long mengadap komputer ini, terasa semua cerita dah bercampur aduk seperti rojak..manis, masin, masam, pahit semua ada. Kak Long perlu "sort out " cerita 2006. Hendak di katakan tidak banyak, rasanya banyak cerita . Hendak di katakan banyak, tidak pasti pula. Aduh..kenapa jadi macam ini ya...mungkin kerana awal tahun banyak cerita duka dari suka!!

Bagai Melukut Di Tepi Gantang

Image
Dulu dia... dijeling dirayu dimanja sayang sungguh.. Kini dia.. ditolak ditepis masih tersenyum walau sendirian.. Esok dia... masih di sini tetap menanti terus berharap walau diri dianggap melukut di tepi gantang..

Macam-macam ada...

Image
.:Sepetang di Muzium Negeri:. Ahad lepas, 10 Disember 2006, Kak Long membawa Ieqa, anak saudara kak long dari kampung yang datang bercuti di rumah Kak Long melawat Muzium Negeri dan Taman Budaya Negeri Sembilan. Walaupun dah selalu berkunjung ke Seremban,tak berkesempatan nak singgah. Setelah sekian lama sejak zaman Kak Long praktikal di Perpustakaan Awam N. Sembilan kira-kira 16 tahun yang lepas, baru kali ini Kak Long menjejakkan kaki lagi ke muzium Negeri Sembilan yang terkenal dengan adat perpatih minangkabau ...huhuhu. Perati bumbung muzium yang berbentuk tanduk kerbau "kabau" yang terkenal. Cuaca mendung ketika kami sampai tangga muzium dan sebahagian Istana lama NS Di hadapan Istana Ampang Tinggi Mak dengan Nabil .:Mari Berkelah:. Sabtu lepas Kak Long bawa anak-anak saudara berkelah di Hutan Rekreasi Sungai Tekala. Perjalanan yang tenang ... tengok apa tu?? Nabil dengan pelampung yg ditiup dlm kereta.. sukanyer dia...huhuhu Nasyirat Nu'man dah kesejukan..ehehe *Gam

Cuti-cuti Malaysia

Image
Minggu lepas Kak Long cuti dari 28 Nov-3 Dec. Maaflah kalau ada kawan-kawan yang tertanya-tanya ke mana Kak Long menghilangkan diri . Ihiks!! itupun kalau ada yg perasan akan "kehilangan" Kak Long dari dunia blog. Kak Long bercadang nak "update" blog di rumah tapi malang pula bila ada masalah teknikal yang timbul disaat ingin meng"online" kan diri ..ihiks ..nasib laa Alaa..bukan cuti-cuti malaysia pun...cuti-cuti lembah Klang jer, eheheh pasalnyer kak long bercuti dan berehat di rumah saja.Bila dah di rumah, jadi suri rumah sepenuh masa, masak, mengemas,tengok tv, petang-petang main badminton dgn anak buah kat depan rumah...eheheh. Ada jugalah kami keluar jalan-jalan sekitar lembah klang ini. Oleh kerana tak banyak cuti yang boleh di "carry forward" maka, Kak Long ambil kesempatan untuk bercuti sementara "students" kat kampus ramai yang bercuti semester. Kawan-kawan di library kiranya boleh "kao tim" laa kerja-kerja yang ada..