Posts

Showing posts from October, 2007

Dua Hari Lagi...

Image
Email received few days ago... Dear Management Team, "You are kindly requested to drop by HRD to pick up the T-shirt and a door gift on 31 October 2007. Instead of wearing it on the 1st day of the Summit, we hope that you can wear it on the 2nd day which is the 3 November 2007 during the day tour of KT town. (You are strongly advised to wear comfortable attire during the long journey from KL to KT on the 2 November 2007)." ************** huhuhu part barang2 free dan part jalan2 ni mesti di buat reminder ..kut2 terlupa ..ihiks. Kak Long harap sempatlah jumpa bloggers di KT semasa day tour KT town tu nanti..ehehe kalau sudi sila kontek kak long via gmail or YM yg ada utk nombor telefon. Kalau tidak tak mengapa..Terima kasih yer.

Ubahsuai..

Image
Bukan hanya rumah atau kereta yang boleh di ubah suai tetapi diri kita juga boleh diubahsuai. Bukan buat plastic surgery tetapi ubahsuai perangai dan sikap kita. Sebenarnya susah atau sukar untuk mengikis tabiat buruk mahupun sikap -sikap yang tidak disenangi dari diri. Perlu ada keinginan dari dalam diri sendiri untuk berubah barulah boleh dilakukan ubahsuai itu. Jika diri tidak mampu untuk berubah dengan kadar segera ataupun berubah dengan cepat ke arah kebaikan, maka buatlah sedikit demi sedikit. InsyaAllah kita mampu melakukan yang terbaik. Bercakap pasal ubahsuai, sebenarnya di rumah kak long juga ada sedikit projek ubahsuai yang kecil sedang berlaku. Perubahan ini telah lama diidamkan dan InsyaAllah akan siap tidak lama lagi. Sedikit-sedikit mengumpul, akhirnya telah bermula juga projek ini. ************* Terus berusaha untuk menjadi seorang anak, makcik,kawan dan yang lebih penting menjadi seorang insan yang lebih baik . OD menggalakkan kak long menulis sehelai sehari selama 365

Erti Persahabatan

Image
Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.. tetapi dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita. Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat,begitu juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya. Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri. Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti... kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan, 'memaksa' dia menerima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya??? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa... tetapi kita sering terlupa. Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia. Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, ha

Harapan Itu

Image
Di sebalik tirai hati Tertera satu janji Yang paling suci termetrai bersama harapan yang sukar dicapai Bintang di langit cuba di gapai menanti bulan jatuh ke riba Harapan itu jauh bagiku sama seperti samar rambulan di balik gerhana awan malam Harapan tinggal harapan harapan jadi taruhan walau sekecil harapan aku masih mengharap mengharap bulan pulang ke pangkuan Menanti penuh harapan Walau tabir itu terlalu tebal untuk disingkap Menanti janji yang ditakdirkan untukku Walau kadang harapan itu pudar ketika harapan itu sedang bersinar Tertinggallah aku dihujung harapan menunggu bulan menggapai bintang yang masih di awangan senyuman ku beri penuh makna Hanya DIA yang mampu mengerti... -Zura-

Cerita sebelum dan Ketika Raya

Image
Ramai yang bercerita tentang sambutan Aidil fitri di blog masing-masing, jadinya kak longpun nak cerita laa juga tapi tak banyak dan tak ada gambar...ini la dia ceritanya. Rabu 10 Oktober Balik kampung . Sampai di kampung pada pukul 6.30 petang. Singgah di Pasar Ramadan di Simpang Empat utk membeli juadah berbuka puasa. Sementara mak membukak semua pintu dan tingkap rumah kampung, kak long mengangkut segala harta karun dari boot kereta dan seats belakang( baca tu ..seat belakang) ekkekekeke. Penuh sarat kereta tu...sampai malam masa berbuka ada lawak antara kami dua beranak. Mak : Kereta yg ada ni bila balik kampung taim raya cam gini, boleh jugalah muat tapi kalau ada penumpang belakang tak muat ler. Zura: Kalau kereta yg hari tu tak jadi beli tu ...eheheheh memang tak muat ler barang. Mak : Lori jer laa jawabnyer kalau ada lebih barang sebab MPV pun seats jer lebih tp boot kecik...ahahhahahaa. Zura: Ekekekekekk...lori ler pulak!! Adik dan famili sampai dari Kesuma pada pukul 11 malam

Salam Sesudah Raya

Image
Salam buat semua. Kak long terpaksa mengubahsuai blog ini kerana sepninggalan kak long kerana bercuti raya, rumah dah tunggang langgang dek angkara satu script tu ...uhuks. Penat mengemas di kampung dan di rumah sendiri sebaik pulang dari bercuti belum habis, kena pulak tambah pening dengan setting blog. Ihikss...apa-apapun kak long nak ucap terima kasih kerana sudi juga kawan-kawan singgah ke sini walau tuan rumah tak dapat menjawab semua mesej yang di tinggalkan. Nanti kalau tak sibuk sangatr, kak long ziarah kawan2 yer..Daaaa ..

SALAM SYAWAL 1428H @ AIDILFITRI 2007

Image
Kepada Rakan serta taulan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN Arsaili, AbangLong, Noushy, Syah, Noamie, Anis, Addeen ,Abang Putra, Budin,Hairie,Wilda, sitilina, Mersik, MerakEmas, arinna, iEn, Diya, Tic, Abang KS, Kujie,Jaja, Beib, Faizah, Roshatika, Sahrul Izam , Equilibrium, Airynnz,Sayda, Ricky Wan, Uncle J, Shay, Luna, mamaranggie, Mad_Redo1,Cikgu Nurul, Fysal,Iyandz, Nizie, Opah De, Banji dan semua silent reader/visitor yang sudi singgah ke simfoni hati. Maaf kalau nama anda tidak kak long sebut. Kak long memohon andai ada salah silap kak long kepada anda semua, harap dimaafkan. Kepada semua yang akan memandu untuk balik kampung termasuk juga kak long, diucapkan selamat memandu , berhati2 di jalanraya dan semoga selamat tiba ke destinasi yang dituju..InsyaAllah.

Menuju Angkasa

Image
Angkasawan pertama negara berlepas jam 9.21 malam ini untuk misi 10 hari BAIKONUR (KAZAKHSTAN): Jawatankuasa Pemilihan Angkasawan Agensi Angkasa Russia (Roscosmos) memilih Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha sebagai angkasawan pertama dari Malaysia, menyertai misi ke angkasa lepas, dijadual berlepas dari sini, malam ini. Doktor bedah ortopedik berusia 35 tahun lepasan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang berasal dari Seremban itu, akan berada selama 10 hari di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS). Beliau akan berlepas bersama Komander Peggy Whitson dari Amerika Syarikat dan jurutera penerbangan, Yuri Malenchenko, dari tapak pelancaran Baikaonur Cosmodrome di sini, pada 7.21 malam ini (9.21 malam waktu Malaysia). Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis, berkata pemilihan Dr Sheikh Muszaphar berasaskan pencalonan asal oleh Malaysia kepada Roscosmos sebelum ini. Malaysia mencalonkan Dr Sheikh Muszaphar sebagai calon pertama dan Kapten Dr Faiz Khaleed,

Bila sudah ketagih...

Bila sudah terperangkap dengan dunia cyber, tumpuan kerja hilang tetapi asyik ingat nak online saja....ada yang tak tidur malam..sanggup tidor dulu..lepas tu bangun tengah malam..hanya kerana kawan "online" akan hanya online selepas tengah malam..huhuhu kak long telah melaluinya. Semasa tinggal berseorangan, ada internet line kat rumah, apa lagi..tgh malam buta sampai ke pagi sanggup online ..cuma utk merasa happy sembang..chatting tapi tak sampai kemana pun. Kak long tahu ramai hubby2 orang yang mengaku bujang..melayan anak-anak dara(mak dara pn ada) yang online bersembang..sampai ada yg lupa anak bini..yang perempuan pulak sampai lupa suami dan anak2. Kalau anda boleh membezakan di antara 2 dunia ini..realiti dan siber, tidak mengapa. kak long tahu ramai juga yang pandai membahagikan masa dan tidak mencampuradukkan urusan keluarga dan dunia siber tetapi yang sedihnya bila ada kita yang hanyut..dibawa arus keseronokan ..ada teman online...rasa dihargai menyebabkan hilang per

Suatu masa -bahagian 7

Image
Hari Raya semakin hampir dan pastinya umat islam telah mula menyediakan persiapan utk menyambut syawal. Kuih dibuat, rumah di kemas, baju baru dibeli. Kak Long telah memulakan persiapan seperti membeli baju 2-3 bulan sebelum tibanya ramadhan. Semua persiapan kak long dan mak kak long yang sediakan sama ada utk rumah kak long di kesuma dan juga rumah pusaka di kampung. Oleh kerana setiap raya kami akan beraya di kampung, maka persiapan utk rumah kg juga harus dibuat. Minggu lepas kak long dengan mak dah balik kg , mengemas, mengemop dan meracun rumput di sekeliling rumah. Hari Rabu nanti bila kami balik ke kampung, cuma perlu masak dan memasang langsir. Lagipun adik dan adik ipar serta anak-anak , Nasyirat Nu'man, Nasrul Nabil, Nurdini dan Nu'aim akan beraya di kampung sebelum mereka beraya di Klang ( rumah mertua adik). Ketika ini, kak long teringat kembali di saat-saat manis ketika Abah kak long masih ada. Seperti juga di bulan Ramadhan, beberapa hari sebelum Hari Raya Abah t

Bukan cerita lawak...

Malam itu mak dan anak dah keletihan dan terlena di depan tv di ruang tamu. Sedang lena di ulit mimpi...tiba-tiba... Mak : Eh..dah pukul berapa ni ? Anak: Dengan mata yang tak berapa nak terbukak sebab mengantuk menengok jam di handset. Iskkk dah 5 setengah dah mak . Apasal tak bunyik pulak alarm ni tadi . Terlepas dah sahur. Mak: Tak ngapa...biasapun kita tak lalu nak makan cuma tak dapatlah makan ubat. Anak: Yer laa..( sambil ambik handset letak dlm handbag..kut2 takut tertinggal dan terus mandi sementara menanti azan subuh.Kalau dah mandi , senang selepas solat terus pergi kerja). Sebaik sahaja keluar dari bilik mandi, si anak terdengar mak melaung dari tangga. Mak : Long...cuba tengok jam handset tu sekali lagi..mak tengok jam kat dapur tadi baru 3 setengah. Anak : Hah?? 3 setengah ke?? Mak : iyerrrr...macam mana tengok jam tadi? Anak : iskkk ....silap tengok la tadi tu ...mengantuk sgt !! Si anak punyerla perati jam kat hall dgn dapur...sah baru 3.45 pagi. Si anak terus baring kat

Kerepek pisang sdn bhd ...

Image
Sebelum balik ke Kesuma pada hari minggu yang lepas, pakcik di kampung telah bekalkan pisang abu atau pisang nipah sebanyak 2 setengah tandan....huhuhu penuh boot kereta teman. Pisang2 ini kat rumah kak long di kesuma pun ada pokoknya tapi bila berbuah tak sempat pun nak buat kerepek ..ehehe tak ada masa ( huhuhu alasan!! maleh sebenonyer). Semalam mak kata sebelum pisang2 tu masak dan terbuang, baik ler buat kerepek ( kerepek raya ler ni..eheheh). Kak Long tolong mak menggoreng kerepek ...huh lenguh wehh berdiri depan kuali yang panas pulak tu ..menitik peluh kepanasan...udah ler puasa pulak tu. Lauk dgn sayur buka puasa nak siap, nabil, dini dengan nu'aim ikut mama depa balik rumah depa ...so tak ada saper mengacau ler. Sila ikuti proses membuat kerepek pisang ini yer ...huhuhu proses telah diringkaskan. 1 Kulit pisang yang bergetah dikupas dengan sabarnya. Kena guna minyak masak utk mengelakkan getah pisang terlalu banyak melekat di tangan dan pisau..part ni memang serah kat ma