Posts

Showing posts from July, 2009

Ingin Ku Luah...

Image
..tetapi kepada siapa? Rasa yang berselirat dan bertindan-tindan ini tidak boleh diluahkan di sini. Terlalu peribadi, agak sensitif. Malupun ada juga untuk meluahkan. Mungkin tidak seberat mana pada sesetengah orang tapi diri ini sedang menghadapi tekanan kerja yang amat berat sekarang ini dan untuk beberapa bulan yang mendatang ini. Allah benar2 ingin menguji. Beberapa perkara lain muncul yang melibatkan kewangan dan perhatian serta masa ketika ini juga menyebabkan diri sedikit kucar kacir memikir dan menyelesaikan. Ya Allah, berikan diri ini kekuatan dan permudahkan dan Engkau tunjukkanlah jalan terbaik untuk diri ini menyelesaikan apa juga masalah dan kerja yang perlu diri ini hadapi. Sesungguhnya hanya Engkau yang maha mengetahui apa yang terbaik buat diri ini. Ameen.

Apa ke halnya ?

Image
Murid KAFA belajar di padang - Jawatankuasa penduduk halang guna surau Oleh NORHAYATI YAHAYAnorhayati.yahaya@kosmo.com.my MURID-MURID KAFA terpaksa belajar di padang selepas didakwa dihalang daripada menggunakan surau di Bandar Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang semalam. KLANG - Seramai 58 orang murid Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) Integrasi Bandar Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang semalam terpaksa belajar di padang selepas didakwa disekat daripada memasuki surau Assaudin yang dijadikan kelas sementara sejak dua tahun lalu. Mereka juga terpaksa menikmati makanan pada waktu rehat di lokasi yang sama. Seorang bapa, Azman Hashim ketika ditemui berkata, dia kesal dengan sikap jawatankuasa penduduk di situ yang berkeras mahu mengosongkan surau walaupun penggunaannya untuk kelas KAFA mendapat kebenaran Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sementara menunggu kelas baru siap. "Jawatankuasa penduduk mahu surau itu dikosongkan dengan alasan hendak mengaktifkan kembali aktiviti jemaah sedan

Apabila kelopak mata kanan bergerak-gerak

Image
Mungkin hanya kebetulan tapi selalu berlaku seperti apa yang orang kata. Kalau kelopak mata kiri yang bergerak2, tandanya anda akan menangis. Kadang betul dan kadang tak adapun jadi apa2. Kita tak boleh percaya sepenuhnya sebab semua yang berlaku adalah ketentuan Allah swt, jadi kak long rasa kita mesti terus berdoa supaya hanya yang baik2 sahaja yang akan kita terima dan bukan perkara yang tidak baik yang berlaku kepada kita. Semoga di jauhkan. 2-3 hari ni asyik kelopak mata kanan yang bergerak-gerak..hmmm siapa yang saya nak tengok ni? ehehehhe? orang kata nak tengok atau akan jumpa dengan orang jauh...ahahaha orang jauh mana laa pulak yang kak long nak tengok ni? ni dok menaip ni pun mata kelopak mata asyikla bergerak. Pernah juga berlaku sebelum ini, dah kelopak mata kanan asyik bergerak, memang ada saudara yang datang ke rumah ataupun kak long yang jumpa mereka. Itulah, mungkin itu hanya kebetulan yang tidak disengajakan dan tidak ada kaitan dengan kejadian kelopak mata bergerak2.

Cerita 5 hari

Image
Sejak Jumaat lepas lagi sistem pengurusan perpustakaan kami menghadapi masalah teknikal. Jenuhlahj kami menjawab segala persoalan dan komen dari pelajar2. Masalah berlanjutan sehingga semalam tengahari. Sistem pulih sehingga pukul 7 malam dan akhirnya "error" lagi sehinggalah pagi tadi. Aduhai memang rasa tak menang tangan menangani permasalahan ini. Tambahan pulak kerja2 pengubahsuaian tengah rancak berlangsung( ahahah macam ada siaran "live" kat TV jer). Sabtu, konvo kat sini ( gambar tak keluar lagi)..eheheh nanti upload kalau dah ada. Sabtu, Library tutup....ahad minggu ni kami tutup. Bolehlah rehatkan minda sedikit. Sejak Isnin ,bila balik semua orang rasa lenguh seluruh badan terutama kaki sebab banyak berdiri dan bergerak...ahahah bersenam ketika bekerja. Kak long semalam dgn hari ni siap bawak balik ke rumah kerja2 pentadbiran sebab siang hari habis dgn kerja2 di kaunter. Tambah pulak tan cukup sorang staff sebab Hana terjatuh di tangga di bawah blok perpust

Giler punya sibuk

Sabtu ni konvo kat sini. Sana sini sibuk. Kat ofis akak lagi la sibuk sebab hampir semua fakulti mohon beli buku baru serentak tapi payah sangat dpt quotation. Kalau kita tak urgent cepat hantar senarai harga. Ni mcm tak nak bisnes aje lagaknya. Bosan teman weh. Tambah risau je order tak dpt sampai dlm masa 2 bulan ni. Kerja harian dah terkejar2 tambah lagi jadi kecuh bila kerja2 ubahsuai tiba2 melibatkan area lobi dan pintu utama. Huhuhu kenalah guna pintu kecemasan sbg pintu masuk dan keluar. 1st day ada perubahan semua student ada rasa keliru. Ehehe adehla,ni semua untuk kebaikan mereka juga dimasa depan. Tak dinafikan ada rasa tak puashati dgn ketidakselesaan yg berlaku. Nak update blog librarypun tak sempat2 lagi. Harapnya dpt la upload gambar2 keadaan semasa ditempat kerja. Letih weh. Sampai sini je tukang karut mengarut. Daaa.

Musykil juga..

Muahahahha...rasanya setelah beberapa kali tuko cat rumah ni...kali ini tidak ada sesiapa yang menegur!! ahahahha dah jadi halimunankah blog ini atau deme semua dah tak heran? ekekekke rasanya deme tak kuasa nak mengomen pasal buruk beno kaler rumah ni kut...ahaks. Apa-apapun teman musykil jugaler..ndak ler jugak tahu boleh ke kengkawan yg singgah ni membaca citer mengarut teman? kut2 silau ke mata deme memandang? coba bagitahu teman yer?

Kalutkah aku?

Hari ini terasa badan masih sengal2..letih mengemas rumah dan halaman rumah di kampung. Memandu pergi dan balik dalam masa tak sampai 36 jam agak memenatkan juga. Dalam perjalanan balik kampungpun masih tak lepas dari menerima berita isu kerja pengubahsuaian di pejabat dan membuatkan hati semakin geram dan bimbang. Rasanya otak ni memang tak cukup rehat..sampaikan bila tidurpun termimpi2 masalah2 yang dihadapi. Alahailaa weh Cik Zue..jangan kalut..jangan paniklah! Ada masa lagi untuk selesaikan masalah. Yer..saya kena kuatkan semangat dan usaha.

Besar dah...

Image
Besar dah.Rasanya baru je pergi melawat Nasyirat Nu'man semasa dilahirkan. Ehehe cepat masa berlalu. Segak dia dgn seragam pengakap. Har4 ni ada aktiviti Ko-ku di sekolah.

Bosan

Hari ini saya fokus kepada kerja pada waktu pagi sehingga tengahari. Tiba-tiba saya merasa bosan apabila pihak pengurusan mempertikaikan soal terlalu ramai staff melayu di jabatan ini. Memang bagus kalau ada pelbagai bangsa supaya mudah apabila hari raya, semua orang dapat cuti lebih sikit tapi itu bukan alasan untuk menyekat hak saya memilih staff. Grrrrr..rasa nak mengamuk jer tadi masa kat bilik HR, last2 hantar email untuk mintak dipercepatkan pengambilan staff baru yang saya dah interview dan pilih bulan lepas. Ada ke diorang ingat nak tunggu sampai dapat calon bangsa lain supaya tak ambik calon yang saya dah pilih. Adehh...masalahnya tak ada pun permohonan dari bangsa lain untuk jawatan pustakawan yang ada ijazah, so saya pilihlah orang melayu dan saya bertolak ansur, tunggu calon bangsa lain utk mengisi kekosongan bagi jawatan pembantu perpustakaan . Jadinya saya tukar template blog...doesn't matter, kaler ni ceria atau merudum..eheheheh lantaklaaa..asal saya dapat lepaskan

Tak sabar

Saya memang tak ada bakat mengajar. Isk isk entah mood ada kureng sikit malam ni. Tadi tengok2kan Nabil buat homework,kena marah dan kena bebel je budak tu pasal slow sgt nak faham soalan maths yg dia dah pernah buat. Agaknya dia pun dah letih so tak boleh fokus pada soalan. Tapi bila kena marah,kdg dia boleh buat dgn baik dan kdg terus makin kabur. Kesian pulak bila tgk dia terus tidur sebaik siap kerja rumah. Bila disemak memang ada yg salah dan saya perati kesalahan dia sebab cuai. Jawapan betul tapi jalan kerja salah atau sebaliknya. Saya kena lebih bersabar.
Image
Letih balik dari kerja hilang apabila melihat wajah comei tersenyum menyambut kepulangan.

Kenapa agaknya...

...kadangkala saya sukar mengatakan TIDAK kepada permintaan mahupun apa sahaja yang diperkatakan oleh ahli keluarga terdekat. Saya selalu tak sampai hati. Walau kadang2 apabila berkata YA,saya terpaksa menukar agenda peribadi yang telah dirancang. Saya sentiasa mahu melakukan yang terbaik buat mereka. Adakah saya yang memerlukan perhatian dan merasa saya diperlukan? Atau adakah saya dipergunakan kerana sukar berkata tidak?

Turun tangga naik tangga

Hua penat siang tadi turun tangga naik tangga tak ilang lagi tambah bengang bila tersilap tekan terus ilang entri yg dah siap. Ehehe sabo je le. Turun tangga naik tangga antara blok kerana urusan keje tapi alhamdulillah dpt juga selesaikan beberapa keje. Esok ada keja lain lagi...banyakkk ! Huhuhu tolongg