Posts

Showing posts from December, 2009

Nota hari minggu

Lokasi : Tempat kerja Tarikh : 20 Disember 2009 Cuaca : Mendung dan besar kemungkinan akan hujan seperti beberapa hari sebelumnya Suhu: Sejukkkkk ... Ketika update blog: Waktu makan tengahari.. Rasa ketika ini: Okaylaaa...break kejap dari downloading data conversion.. Esok: Kerja jugak..tak boleh off sebab ada meeting dan kekurangan staff. Sabo jer ler.

Tolonglah..fahamilah

Untuk mereka yang tidak bertanggungjawab atau dalam erti kata lain, mengetuai sesuatu projek, mereka tidak akan memahami betapa perlunya kerjasama rakan sekerja. Walaupun sudah tahu betapa perlunya kerja-kerja yang ada disiapkan secepat mungkin walau terpaksa bekerja lebih masa tetapi ada juga yang tidak memahami. Cukup saja masa, balik. Semasa tidak ada kerja yang 'urgent" , boleh pulak OT. Saya kalau boleh tidak mahu memaksa. Apabila telah disuarakan semasa mesyuarat tentang pentingnya kerja lebih masa ketika ini, sepatutnya semua akan memberi kerjasama. Masalah apabila ada sikap " tak sebut nama aku dalam senarai, tak perlulah tolong", memang payah jadinya. Saya hormat kepada mereka yang bekerja tidak mengira waktu, apabila diminta stay back, jika tidak ada yang terlalu penting, mereka akan stay back dan jangan bimbang, seorang ketua akan melihat itu semua dan jika semuanya telah selesai, anda semua akan boleh mengambil OFF day itu. Tolonglahhh...tolong bantu saya

Persoalan...

Patutkah saya ke pejabat dan menyambung kerja2 memuat turun data atau saya habiskan repot yg dah tertunggak. Lagipun fail2 telah dibawa balik. Aduhai terasa gementar memikir akibatnya...

Tersentuh hatinya...

...bukan kecewa mahupun duka tetapi pastinya gembira dan bangga apabila cucu yang berusia 3 tahun bertanya " Opah buat apa? ". Si Opah menjawab " tak ada apa,kenapa?". Terus si cucu bertanya lagi, "Opah dah makan ubat ke?". Opah kata" YaALLAH bertuahnya cucu aku ni, ambik berat pasal Opah walaupun kecik lagi". Saya yang mendengarpun terasa sebak gembira. Harapan saya,semoga ini bukan kali pertama dan terakhir si cucu akan bertanya sedemikian kepada Opahnya. Insya Allah, Ameen.