Posts

Showing posts from August, 2012

Pecah masuk di Syawal ke 7

7 Syawal 1433 = Sabtu 25 Ogos 2012.  Waktu berlaku di antara tengah malam dengan subuh. Famili adik masih ada di kampung ketika itu. Mereka bercadang untuk balik selepas zohor tapi terpaksa ditangguh sebab insiden yang berlaku. Insiden apa? Rumah dipecah masuk dek pencuri laknat. Masuk ikut tingkap, keluar ikut pintu dapur. Hampeh betul laa. Banyak jugalah duit adik ipar, duit kak long ni hah dan juga duit raya Nasyirat yang diambil. Handphone , kamera dengan external hard disk akak ni pun di kebasnya. Aduslaaa ... Sakit hati tapi dalam pada sakit2 hati tu tetap bersyukur kerana kami tidak dikejutkan dan kemungkinan bersemuka dgn pencuri yang mungkin akan menyebabkan kes teruk lagi. Alhamdulillah...begitulah kalau Allah kata sesuatu itu akan terjadi, maka jadilah ia. Dah bukan rezeki kak long nak terus guna handphone itu . Cuma sayangnya gambar2 kenangan raya masih ada di dalam kamera dan handphone itu...huhuhu...sedihhh!!!

Lemah...

Tekak dah terasa perit sejak malam tadi. Kepala masa bangun sahur ada denyut2 sikit. Sekarang ni bila kat ofis dah rasa lemah sakit2 badan tambahan pulak cuaca mendung, pendingin hawa semakin sejuk...Adus...larat ke nak masuk meeting petang ni...mau jer aku masuk kejap. Kalau tak habis dalam pukul 4, kena larik dari meeting room sebab itu masa untuk balik dan masak untuk berbuka..