Posts

Showing posts from November, 2004

Luahan Rasa

Abah , seperti biasa bila hujung tahun maka banyaklah undangan ke kenduri majlis pernikahan/persandingan yang mak dapat. Ju menangis di dalam hati jer abah. Kalau boleh tak nak tunjuk muka. Kalau dulu, boleh la kata tak boleh balik, mak masih boleh pergi sendiri kalau kenduri tu kat kg . Tapi kali ini, nak buat cam mana abah? Kena jugak Ju bawak mak balik, takkan mak tak penuhi undangan ni. Pakcik Sohod jemput mak dgn Ju datang masa kenduri Angah pada hari raya yang lepas . Malu lah abah Ju nak tunjuk muka..angah yang jauh lebih muda dah berkahwin . Orang-orang kg yang kepoh mesti senyum2, berbisik2 selepas Ju bersalam dgn depa..sama masa kenduri Hana 4 tahun yang lepas dan kenduri Bain tahun lepas . Nak cakap cam mana abah…tebalkan muka macam biasa jer laa..Sedih betul. Tapi mak tak pernah nak paksa dan bangkitkan soal kahwin pada Ju . Kalau mak bising, lagi la Ju sedih. Abah…nak cakap Ju ada kawan pun ..nanti byk lagi soalan…sampai bila nak kawan? Org mana ? keje kat man...

Seindah Biasa

Jangan pernah takut ku tinggalkan Saat bintang tak mampu lagi berdendang Saat malam menjadi terlalu dingin Hingga pagi tak seindah biasanya Takkan mungkin kita bertahan, hidup dalam bersendirian Panas terik hujan badai, kita lalui bersama Saat hilang arah tujuan, kau tahu ke mana berjalan Meski terang meski gelap, kita lalui bersama Ku tak bisa merubah yang telah terjadi Tapi aku akan menjanjikan yang terbaik Agar kita tak pernah menjadi jadi Meski beza dermaga untuk kita berlabuh Pernah kita jatuh, mencuba berdiri Menahan sakit dan menangis Tapi erti hidup lebih dari itu Dan kita mencuba melawan

Warkah Buat Abah

Abah Pagi ni, Ju teringat kat abah lagi. Tak sedar dah 21 tahun abah meninggalkan emak, ju dgn adik. Setiap kali kedatangan 18 November, hari lahir Nasyirat Nu'man cucu abah yang sulung , maka Ju akan ingat 19 November pulak merupakan hari yang amat memilukan. Abah pergi buat selama-lamanya. Abah, Ju masih ingat lagi abah tak berapa sihat sebelum Ju ambik SRP lagi, tahun 1983. Masa tu Ju tak ambik kisah sangat , sebab tak terfikir Ju akan kehilangan abah. Ju nampak abah selalu baring kat kusyen kat rumah kuarters di simpang 3, abah cam sesak nafas. Abah dah berhenti hisap rokok masa tu, tapi semalam baru Ju tahu,kawan-kawan abah yang dok suruh abah hisap rokok balik...galakkan abah lagi. Semalam mak cakap pasal ni bila mak tengok iklan bahaya rokok di TV. Abah, mungkin sebab trauma kehilangan abah masa adik darjah 5 menyebabkan adik tak merokok. Adik pernah menangis masa dia di SEMESTI. Masa tu form 1. Bila mak jumpa cikgu adik , mak dapat tahu hal ni. Mungkin adik teringat...

Erti Persahabatan

Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.. tetapi dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita. Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat,begitu juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya. Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri. Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti... kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan, 'memaksa' dia menerima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya??? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa... tetapi kita sering terlupa. Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia. Dia mendengar luahan perasaan kita, segala...

Ke Makam Bonda

Untuk seorang mak yang tidak sempat meraikan kejayaan anak-anaknya. Pemergianmu ditangisi. Kenangan bersamamu akan kekal abadi. Kami mengunjungi pusara bonda Sunyi pagi disinari suria Wangi berseri puspa kemboja Menyambut kami mewakili bonda Tegak kami di makam sepi Lalang-lalang tinggi berdiri Dua nisan terkapar mati Hanya papan dimakan bumi Dalam kenangan kami melihat Mesra kasih bonda menatap Sedang lena di dalam rahap Dua tangan kaku berdakap Bibir bonda bersih lesu Pernah dulu mengucupi dahiku Kini ku rasakan kasihnya lagi Meski jauh dibatasi bumi Nisan batu kami tegakkan Tiada lagi lalang memanjang Ada doa kami pohonkan Air mawar kami siramkan Senyum kemboja menghantar kami Meninggalkan makam sepi sendiri Damailah bonda dalam pengabdian Insan kerdil menghadap Tuhan Begitu bakti kami berikan Tiada sama bonda melahirkan Kasih bonda tiada sempadan Kemuncak murni kemuliaan insan -Allahyarham Dr.Usman Awang...

Syurga Di Telapak Kaki Ibu

Duhai apakah gerangan budi balasan Bagi insan melahirkan, membesarkan Bercucuran airmata bila mengenangkan Betapakah besar budi ibunda berikan Siang malam menderita Hingga entah bila Sungguh besar pengorbanan Ibunda berikan Tiada bahagia jika tiada Doa puja restu Syurga itu telapak kaki ibu -Aishah

Abah....tolong Ju

Abah... Bila Ju hadapi masalah yang biasanya org lelaki boleh buat, Ju berharap abah ada untuk tolong Ju. Dulu semua abah buat . Tapi sejak 21 tahun yang lepas , Ju buat sendiri dgn mak. Abah....Ju memang kecik hati dengan adik sebab selalunya dia acuh tak acuh bila Ju nak mintak tolong dia. Bukan dia tak tolong langsung abah..tapi selalunya bila tanya pasal kereta ke ...mesti dia jawab acuh tak acuh. Agaknya dia fikir Ju boleh buat tu semua. Mungkin jugak dia akan tolong kalau Ju beriya -iya mintak tolong dia ...tapi biasalah abah pun tahukan...Ju suka pendam masalah...berharap org lain tahu masalah Ju. Sebenarnya nak bermanja tapi terlupa , abah dah tak ada . Manja dgn mak lain hal abah...mak memang manjakan Ju tapi Ju rasa sunyi abah. Ju kuatkan semangat selama ni abah. Mak susah payah besarkan kami dua beradik dengan duit peninggalan abah . Mak jual kereta abah. Dengan duit itulah kami membesar. Kami dah dikira berjaya sekarang ini tapi Ju masih berseorangan abah. Tak ada ...