Posts

Showing posts with the label keluarga

Mengimbau Nostalgia

Image
Semalam kak long tak sihat, sambil duduk di sofa kak long bukak album..bukan album lagu tapi album gambar. Terlihatlah wajah Abah yang dirindui yang telah lama pergi. Dulu Abahlah yang sibuk semasa bulan Ramadan dan sibuk membuat persiapan nak raya. Kenangan terindah yang tidak mungkin dapat dilupakan. Al-Fatihah buat Abah. Mak dan Abah yang dikasihi Setelah diijabkabulkan sebelum majlis kenduri Sebelum fofo rosak teruk, lebih baik disimpan secara digital Majlis persandingan II. Foto mak bersanding berbaju kurung tak pasti kemana hilangnya Dua beradik bersama Mak dan Abah

Lelaki atau perempuan lebih prihatin?

Image
Beberapa soalan untuk kita fikir bersama. "Di antara anak lelaki dan anak perempuan, yang mana lebih mengutamakan keluarga ( ibu/ayah/adik) setelah mereka bekerja dan berjaya?". Adakah lelaki atau perempuan yang setelah bekerja hanya fikir nak mengumpul duit untuk berkahwin atau sebaliknya membantu keluarga dan persekolahan adik-adiknya. Kes seperti ini tidak berlaku kepada anak tunggal dan mempunyai ibu bapa yang kaya raya? Siapa lebih pentingkan diri? anak lelaki atau anak perempuan?