Posts

Showing posts with the label Fever

3 hari...

Image
..kak long menyepikan diri. Sepi bukan kerana merajuk dan bukan kerana marahkan sesiapa atau melarikan diri dari masalah. Cuba teka sebab apa kak long menyepikan diri? Terus terang lebih mudahkan? Kak Long menyepikan diri sebab kak long tak sihat. Demam. 3 hari demam dengan batuk. Bila makan ubat, demam kebah tetapi demam datang lagi...sakit semua sendi dan pening kepala semua lengkap. Hari ini datang jugalah ke tempat kerja walau tak sihat seratus peratus tapi oleh kerana pagi tadi pening dah berkurangan, kak long bolehlah memandu. Sewaktu menaip entri ini kepala dah mula sakit semula, jadi kak long kena berhenti yer. Jaga diri semua... p/s : Saper tau nama karektor kartun di atas ini? Dalam pada demam, kak long sempat tiru gambar kartun ini hanya kerana sayangkan anak saudara yang beriya-iya suruh kak long lukis. Ehehehe tibai jer lukis asal dia suka.

Doa buat Nu'aim

Image
Salam buat semua.kak long tak dpt cerita panjang kali ini.Kak Long cuma nak bagitahu yg anak sedara yg ke 4 Muhammad Nu'aim demam dan skrg berada hospital pantai.dlm masa 3 bulan ini kali ke 2 dia demam. Mungkin ada di antara kawan2 yang ingat dlm entri awal Februari , ada kak long ceritakan kes Nu'aim demam. Semalam kak long demam tp kuatkan semangat pasal jaga 3 org anak sedara yg sekolah. Mak kak long di hospital sejak hari sabtu dan baru balik Isnin malam. Mak boleh balik sebab mama Nu'aim dah balik ptg semalam dari Indonesia. Hari ahad lepas kak long pergi ziarah dan kesian dan sedih tengok tangan dia berbalut utk saluran "drip" dan dia asyik menangis, tak nak duduk dalam bilik, jenuhlah abah dgn Opah bergilir dokong dia ke hulu ke hilir di kawasan wad 3c tu. Kak Long mohon,tolong doakan utk nu'aim yer..semoga dia cepat sembuh. Mak Long dan abang2 serta kakak Dini rindu dengan gelak tawa dan kenakalan Nu'aim. latest update: Nu'aim telah keluar dar...

Kejutan Nu'aim di Awal Pagi

Awal pagi tadi kira-kira pukul 1.45 pagi, kak long terjaga bila mak menjawab panggilan telefon. Hati kak long dah berdebar ..iskk berita apa yang akan disampaikan ni? biasanya tengah malam atau awal pagi cam gini mesti cerita sedih atau emergency. Tiba-tiba mak menangis. Mak sebut nama nu'aim...sebut nama Linda..mak kata ya allah cucu aku!! Haah!! apa jadi ni?? Mak sebut pasal demam panas. Ya Allah..petang semalam Nu'aim dah sejuk dah badan dia. Mak kata cepat pergi rumah adik. Nu'aim demam...tadi mulut dia berbuih..mata dah pandang ke atas jer. Mak dah menangis..kak long terus kejutkan Nasyirat dan Nabil yang tido lena. Kak Long nak cepat sampai tak tukar baju pun..dok pakai kaftan batik ..baju tido. Kunci pintu rumah...dalam masa 10 minit kami sampai ke rumah adik. Linda ajak kak long tolong drive kereta..dia nak bawak nu'aim ke KPMC. Masa tu nu'aim dah diam jer..tak ada bunyi langsung kuar dari mulut dia. Mujurlah awal pagi..tak banyak kereta. Dlm masa 15 minit k...