Apabila kelopak mata bergerak-gerak

Hari ini hujan turun dengan lebat diselang seli dengan kilat petir dan guruh yang sambar menyambar. Pada ketika ini juga kelopak mata yang bergerak-gerak sejak minggu lepas ( kejap2 ilang..kejap ada) berhenti sudah. Harapnya tidak lagi berulang "eyelid twitching" ni. Iskk rimas..sampai rasa berair mata. Tadi tengahari kak long urut kelopak mata dengan perlahan seperti yang diusulkan oleh sebuah artikel dari internet dan alhamdulillah hilang pulak rasa tak selesa tu. Menurut artikel itu lagi, keadaan muscle dikelopak mata bergerak dengan sendiri (involuntary twitching of the eyelid) kerana keadaan letih atau stress.Ada juga kebenarannya kerana mak kak long yang keletihan melayan Nu'aim juga sejak akhir2ini mengadu kelopak mata dia bergerak2. Kak Long ada tanya dengan pensyarah dari fakulti perubatan . Doktor tu kata mungkin juga sebab stress atau letih menyebabkan keadaan ini terjadi tetapi dia cadangkan akak pergi buat pemeriksaan mata dan makan ubat "neurobion"...