Posts

Showing posts with the label Panduan dan Pedoman

Jangan tiru...

Paksa anak minum racun Oleh Mohd Nur Asnawi Daud dan Hadzlihady Hassan am@hmetro.com.my SUBANG JAYA: Bebanan hutang dan tekanan perasaan dikatakan menjadi punca seorang ibu sanggup bertindak di luar batasan dengan cuba membunuh dua anak kandungnya di Seri Kembangan dekat sini, kelmarin. Dia yang bekerja sebagai jururawat dipercayai memaksa kedua-dua anak perempuannya yang berusia enam dan empat tahun minum racun rumpai selepas mendakwa cecair itu hanya air kosong. Bagaimanapun, dia hanya sempat memberi racun itu kepada anak yang berusia enam tahun selepas seorang lagi menjerit dan menangis sekuat hati. Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar, ketika dihubungi semalam, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu. Klik untuk berita sepenuhnya.. Sanggupkah seorang ibu melihat anaknya mati dihadapan matanya sendiri? Jika tidak mampu memelihara mereka sekalipun kerana kesempitan wang, pasti ada jalan lain selain membunuh mereka.Berikanlah mereka ke...

Erti Persahabatan

Image
Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.. tetapi dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita. Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat,begitu juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya. Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri. Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti... kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan, 'memaksa' dia menerima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya??? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa... tetapi kita sering terlupa. Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia. Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, ha...

Kisah Tempe...

Alkisahnya di sebuah desa di JawaTengah, ade sorang ibu yg kerjanya menjual tempe di pasar setiap hari.Pekerjaannya menjual tempe ini adalah merupakan satu2nya sumber pendapatannya utk menyara hidup.Pada satu pagi, macam biasa, dia tgh bersiap2 nak pegi jual tempe. Tapi tetiba dia tersedar yg tempenya yg dibuat drpd kacang kedele (menurut bahasa Indonesia) hari tu masih belum menjadi iaitu baru separuh jadi. Diapun berasa amatlah sedih sebab tempe yg masih belum menjadi pastinya tak laku dan ini bermaksud dia takkan dp twang utk hari tu. Tengah dia bersedih tu, tetiba dia teringat akan firman Tuhan yg menyatakan Tuhan dpt melakukan perkara2 ajaib kerana tiada yg mustahil bg Tuhan. Lalu dia pun mengangkat kedua tgnnya sambil berdoa "Ya Tuhan, aku mohon kepadaMu agar kedele ini menjadi tempe. Amin?."Begitulah doa singkatnya yg dipanjatkan dgn sepenuh hatinya. Dia sangat yakin yg Tuhan pasti mengabulkan doanya.Lalu dgn tenang dia pun menekan2 bungkusan bakal tempe tuh dgn hujung...

Bumi ini...

Image
"....Engkau melihat bumi itu kering, kemudian apabila Kami menurunkan hujan menimpanya, berubahlah tanahnya (dengan tumbuh-tumbuhan), subur, serta ia menumbuhkan berjenis-jenis tanaman yang indah." Surah Al-Hajj, ayat 5 *Allah s.w.t yang Maha Berkuasa memberikan nikmatNya kepada manusia. Manusia itu sendiri wajib bersyukur dengan nikmat yang diberi.Ini mengingatkan kita betapa berharganya air.Musim panas yang kita alami sekarang juga mengingatkan kita supaya berjimat cermat menggunakan air. Jangan membazir...*