Posts

Showing posts with the label jalanraya

Syawal bakal tiba...Selamat Hari Raya

Image
Lebaran kembali lagi..InsyaAllah. Kali ini tidak ada perubahan...raya masih bersama mak ..ihiks. Setia disisi. Apapun raya kali ini rasa sempoi jer...tak kecuh buat kuih...baju raya dah lama tempah tapi tk siap lagi...yg dah siap awal 2 bulan lepas dah jadi baju gi ofis sebab dah pakai masa ada majlis kat tempat kerja. Esok, Jumaat 26 August, saya akan memandu balik ke kampung bersama mak dan anak saudara saya iqa yang praktikal kat Seremban dan esok hari terakhir dia di JKJR Seremban tu..so petang , InsyaAllah akan bertolak balik. Banyak benda nak kena buat esok ni..alignment dan balancing tayar kereta kena terjah dulu...takut lambat siap...then singgah pasar laa gamaknyer ..itupun tak pasti..ikut apa kata mak saya jer laa...saya ni tukang bawak kereta jer...ehehehe. Di kesempatan ini , nak ucapkan selamat menyambut syawal yang akan tiba dan bergembiralah yer.. Maaf zahir batin andai ada salah silap saya kepada rakan2 semua. Hati-hati memandu semasa musim perayaan ini, kenderaan...

Hey..mana signal lights?

Image
Peringatan kepada diri sendiri dan juga sesiapa yang terbaca entri ini. Banyak kali bila dijalanraya, terasa kita ni psychic. Sebab apa? sebab kita seakan2 boleh mengagak kereta kat hadapan mahupun kat kiri atau kanan ( highway tau..a.da 4 lorong) tu akan belok ke kiri atau kanan!! kalau betul..kita ada kuasa psikik laa tu...ehehhe. Bengang tak kalau ada kereta yang tak pandai2 atau tak reti nak kasi signal bila nak tukar lorong ataupun nak belok ke susur kiri mahupun kanan. Selalu jumpa tuan punya kereta mahal2 tu ...yang canggih manggih yang lajuuu semacam tak bagi signal terus belok atau potong Q...masuk lane kita mengejut jer...iskkk sakit jantung  teman. Tahuler keta kome canggih ...tapi takkan tak ada lampu signal kut....ahahahhaha. Maka mak teman yang duduk sebelah sebagai co -pilot tak bertauliah pun membebel marah sebab terkejut....eheheheh. Adehh...kadang kitapun mungkin tanpa sengaja buat  macam tu..so awaslah ek....kita perlu sentiasa beringat supaya gunakan ke...

Motosikal oh motosikal ...

Semenjak dua menjak harga petrol meningkat , kak long peratikan semakin banyak jumlah motosikal di jalanraya. Apabila berhenti jer di persimpangan , maka berderet-deret dan berhimpit2lah motosikal di celah2 kereta dan lori . Masing2 nak di hadapan. Cuba korang peratikan. Ada tak keadaan sebegini di tempat anda? atau mungkinkah ini hanya berlaku di lembah klang? Bukanler kak long ni anti motosikal tapi memang takut jugak naik motor...ehehehhe. Apa yang kak long nak katakan ialah, ada di kalangan penunggang ini yang tak menghiraukan kenderaan lain, dia dok pulas minyak , ciluk kiri , ciluk kanan, ciluk tengah2 antara 2 lorong..iskkk iskk membahayakan diri weii. Kita ni semuapun kena lebih berhati2 di jalanraya sekarang ini. Iskk takut teman nengok..seriau. Yang bawak kereta , lori dan kenderaan lebih besar , kena lebih berhati2. Kita takut tergesel , tersenggol dan segala kemungkinan boleh berlaku apabila motosikal ini menciluk ciluk di celah kesesakan. Siapa yang susah? diri sendiri dan...