Posts

Showing posts with the label Kad raya

Dah mood raya ke?

Image
Mood raya sederhana aje sebab kerja banyak sekarang ini. Perbincangan untuk coding Documentation bagi sistem baru sedang berjalan dan dalam masa yang sama, kerja2 rutin, menyediakan maklumat dan data untuk fakulti tetap kena jalan...isk iskk...sabo jer ler. Nak buat kad ucapan dan jalan2 ke blog kengkawan tak sempat lagi. Apa-apapun harapnya esok sempat nak prepare kad raya kut...ehehe nak jugak tu buat kad raya!! Apapun kalau tak sempat buat yg baru...terimalah kad recycle ni yer..ehehe ampunn!! SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI. Semoga perjalanan kita dilindungi Allah swt. InsyaAllah.

Dengan Ingatan Tulus Ikhlas...

Image
..Maaf Zahir Batin dari kak long @ kak zue @ zura. Walau kita berjauhan dan mungkin tidak berkesempatan untuk bersua muka, ingatan terhadap anda semua, kawan-kawan blog tetap ada. Terima kasih di atas persahabatan anda semua yang sudi berkunjung ke blog ini. Kad raya ini adalah untuk semua kawan-kawan. Ambik jer laa okey! ehehhehe. Pagi Raya makan ketupat Ketupat di makan bersama-sama Nak hantar kad raya dah tak sempat Kita hantar e-kad sudikah terima?

Kad Raya

Image
kad raya tahun lepas,,sengaja tak nak simpan...ihiks Tahun lepas dah bercerita tentang memori berpuasa semasa kecik2..semasa Abah masih ada. Kali ini tak tahu apa lagi nak diceritakan...ehehehe. Fikir punya fikir, kak long teringat pasal kad raya. Dulu2 zaman sekolah walaupun tak berapa rajin , mesti ada jugak minat untuk menghantar kad raya dan juga menerima kad raya . Tapi sekarang ini mood nak menghantar kad raya dah semakin pudar. Ini bagi diri kak longlah...orang lain mungkin berbeza. Kad raya tahun lepas dan tahun sebelumnya masih ada tergantung di dinding ofis...ekekkek jadi hiasan dinding. Kalau nak reply tinggal tengok nama dan alamat di kad tak perlu nak selongkar laci..ahaks. Kebanyakannya datang dari supplier /vendor yang berurusan dgn kak long. Ada jugaklah kad dari beberapa rakan blog . Tahun ini, kad pertama di terima dari POH KONG...ahaks..dan yang kedua dari rakan yang tak pernah kak long temui dan dah lama tak kontek tapi abang ni memang rajin hantar kad raya setiap t...

SALAM SYAWAL 1428H @ AIDILFITRI 2007

Image
Kepada Rakan serta taulan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN Arsaili, AbangLong, Noushy, Syah, Noamie, Anis, Addeen ,Abang Putra, Budin,Hairie,Wilda, sitilina, Mersik, MerakEmas, arinna, iEn, Diya, Tic, Abang KS, Kujie,Jaja, Beib, Faizah, Roshatika, Sahrul Izam , Equilibrium, Airynnz,Sayda, Ricky Wan, Uncle J, Shay, Luna, mamaranggie, Mad_Redo1,Cikgu Nurul, Fysal,Iyandz, Nizie, Opah De, Banji dan semua silent reader/visitor yang sudi singgah ke simfoni hati. Maaf kalau nama anda tidak kak long sebut. Kak long memohon andai ada salah silap kak long kepada anda semua, harap dimaafkan. Kepada semua yang akan memandu untuk balik kampung termasuk juga kak long, diucapkan selamat memandu , berhati2 di jalanraya dan semoga selamat tiba ke destinasi yang dituju..InsyaAllah.