Posts

Showing posts with the label Nu'aim

Lepak laa

Image
Foto kandid guna kamera h/phone..tak terang ..ehehhe Huhuhu nu'aim yg suka ambik angin dlm peti sejuk

Ulangtahun Kelahiran ke 2

Image

Happy 2nd Birthday ...

Image
2 tahun yang sudah...29 October 2006 lahirlah seorang putera Dengan Opah dan Kakak semasa berusia 2 bulan ...Muhammad Nu'aim. Buah hati famili semua yang comey, kelakar dan nakal eheheh. Tak plan nak celebrate apa2pun sebab sibuk dgn kerja....tapi tak tahulah pulak kalau mama dia ada beli kek..ihiks. Kish2 pp Nu'aim..semoga dipanjangkan umur, cepat bercakap dan dengar kata Opah, mak long, Abah dan Mama. Oktober 2007 2008

Hmmmm....

Image
Tak ada mood nak cerita apa yang terbuku di hati ini..sedih, kecewa, sakit hati semua ada. Layan jer laa gambar terbaru Muhammad Nu'aim dan "Bee" dia yang comei lotei dengan kakak Dini yang sibuk jugak nak bergambo.... "Bee" nama moto Nu'aim ni ..ahaks.

Doa buat Nu'aim

Image
Salam buat semua.kak long tak dpt cerita panjang kali ini.Kak Long cuma nak bagitahu yg anak sedara yg ke 4 Muhammad Nu'aim demam dan skrg berada hospital pantai.dlm masa 3 bulan ini kali ke 2 dia demam. Mungkin ada di antara kawan2 yang ingat dlm entri awal Februari , ada kak long ceritakan kes Nu'aim demam. Semalam kak long demam tp kuatkan semangat pasal jaga 3 org anak sedara yg sekolah. Mak kak long di hospital sejak hari sabtu dan baru balik Isnin malam. Mak boleh balik sebab mama Nu'aim dah balik ptg semalam dari Indonesia. Hari ahad lepas kak long pergi ziarah dan kesian dan sedih tengok tangan dia berbalut utk saluran "drip" dan dia asyik menangis, tak nak duduk dalam bilik, jenuhlah abah dgn Opah bergilir dokong dia ke hulu ke hilir di kawasan wad 3c tu. Kak Long mohon,tolong doakan utk nu'aim yer..semoga dia cepat sembuh. Mak Long dan abang2 serta kakak Dini rindu dengan gelak tawa dan kenakalan Nu'aim. latest update: Nu'aim telah keluar dar...

Ubat? Oh tidak!!

Image
Kelmarin, Nu'aim muntah selepas terbatuk beberapa kali sedang dia leka bergolek2 di atas kapet di ruang tamu. Aduhai, tak sempat nak bawak dia pergi ke bilik air!! habis berbau masam sampai terpaksa angkut kapet keluar rumah..eheheh. Kena tunggu sabtu ni la nak hantar kapet tu ke kedai dobi. Sejak dia batuk dan demam awal bulan ini, susah sangat dia nak makan ubat. Macam mana yer caranya nak buat budak2 kecik terutama dalam umur 1-2 tahun ni nak makan /minum ubat? . Nu'aim sebelum dia masuk wad hari tu, senang jer nak bagi dia vitamin atau ubat cecair tapi sejak di hospital dan sampai sekarang ni dia akan mengelak dan melalak bila nak bagi dia makan ubat. Walaupun kak long tak ada anak tapi anak2 sedara kak long tinggal di rumah kak long lebih dari 8 jam sehari dan adakala kak long dan mak kak long jenuh memujuk Nu'aim minum ubat...fuhhhh sabar..sabar!! eheheheh siap kena side kick tu ..dia terajang dan tepis picagari /sudu melayang jatuh...ahaks. Dengan airmata meleleh dip...

Kejutan Nu'aim di Awal Pagi

Awal pagi tadi kira-kira pukul 1.45 pagi, kak long terjaga bila mak menjawab panggilan telefon. Hati kak long dah berdebar ..iskk berita apa yang akan disampaikan ni? biasanya tengah malam atau awal pagi cam gini mesti cerita sedih atau emergency. Tiba-tiba mak menangis. Mak sebut nama nu'aim...sebut nama Linda..mak kata ya allah cucu aku!! Haah!! apa jadi ni?? Mak sebut pasal demam panas. Ya Allah..petang semalam Nu'aim dah sejuk dah badan dia. Mak kata cepat pergi rumah adik. Nu'aim demam...tadi mulut dia berbuih..mata dah pandang ke atas jer. Mak dah menangis..kak long terus kejutkan Nasyirat dan Nabil yang tido lena. Kak Long nak cepat sampai tak tukar baju pun..dok pakai kaftan batik ..baju tido. Kunci pintu rumah...dalam masa 10 minit kami sampai ke rumah adik. Linda ajak kak long tolong drive kereta..dia nak bawak nu'aim ke KPMC. Masa tu nu'aim dah diam jer..tak ada bunyi langsung kuar dari mulut dia. Mujurlah awal pagi..tak banyak kereta. Dlm masa 15 minit k...

Nu'aim Yang Kelakar

Image
Malam tadi, first time Nu'aim bermalam di rumah Kak Long tanpa Mama dia. Adik ipar kak long ada seminar di Port Dickson hari ini dan petang semalam dia dah pergi . Dari lepas pantang lagi Nu'aim memang mak kak long yang jaga tapi bila malam mama dia ambik. Pagi tadi tengok dia masih tidur lena .Okey jer dia tidur dengan Opah...good boy!! Abang2 dan kakak dia Nurdini memang dah biasa tidur di rumah kak long. Abang Nasyirat dengan Abang Nabil lagilah..weekend jer baru balik ke rumah Abah dengan Mama dia..eehehehe. Semua tidur dengan Opah. Muhammad Nu'aim setahun yang lepas ketika bercuti di A Famosa Melaka.Siap ada selimut pulak kat riba dia ..eheheh kecik lagi dah pandai pandang kamera Nu'aim yang pandai bergaya di atas kerusi favorite. Muka serius jer tapi dia memang kelakar..Opah nak marahpun tak jadi marah..Siap dah pandai main buli kakak Dini..habis kakak dia kena ketuk dengan gusti bila kakak tengah tengok tv..ahaks.

Buah Hati Pengarang Jantung

Image
Jalan-jalan cari makan di Chicken Rice Shop bersama Nasrul Nabil,Nasyirat Nu'man dan Nurdini. Kira okla ..boleh kawal 3 ninja ni yang baik perangai semasa makan dan shopping dengan mak long mereka ni..ihiks. Kalau ada mama dgn abah atau Opah, bukan main mengada-ngada..ehehehe. Kakak yang manja walau dah ada adik..ihiks Jalan-jalan di tepi tasik di kawasan perumahan sambil melayan NurDini main. Nu'aim tengok jer la ....eheheh. Nasrul Nabil dan Nur Dini . Mak Long kena paksa Nasrul Nabil main sekejap dengan Dini sebab dia sibuk dengan basikal pusing keliling tasik...eheheh.