Posts

Showing posts from 2005

Suatu Petang Di Sg. Tekala

Image

Sekadar Renungan Bersama..

Pesanan Semasa Mendengar Azan... Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'. Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. "Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang. Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang

Recognizing a stroke

Remember the "3" steps. Read and Learn! Sometimes symptoms of a stroke are difficult to identify.Unfortunately, the lack of awareness spells disaster. The stroke victim may suffer brain damage when people nearby fail to recognize the symptoms of a stroke. Now doctors say a bystander can recognize a stroke by asking three simple questions: 1. *Ask the individual to SMILE. 2. *Ask him or her to RAISE BOTH ARMS. 3. *Ask the person to SPEAK A SIMPLE SENTENCE (Coherently) (i.e. . . It is sunny out today) If he or she has trouble with any of these tasks, call 9-9-9 immediately and describe the symptoms to the dispatcher. After discovering that a group of non-medical volunteers could identify facial weakness, arm weakness and speech problems, researchers urged the general public to learn the three questions. They presented their conclusions at the American Stroke Association's annual meeting last February. Widespread use of this test could result in prompt diagnosis and treatmen

Maafkan Ju Abah !

Abah, Sabtu 19 Nov, 2005, Ju ada seminar @ meeting di Ilham Resort, Port Dickson. Ju bawa mak sekali sebab kalau mak tak pergi pun mak seorang kat rumah. Sibuk sangat dari sampai pada pagi 18//11/05 sampai ke malam ada sessi perbincangan. Maafkan Ju abah, sebab tak ingat 19 November tarikh abah meninggalkan kami semua. Tahun ini genap 22 tahun abah meninggalkan kami keluarga abah yang tercinta. 18 November hari lahir Nasyirat Nu'man, kali ini tak sempat pun nak wish Happy Birthday kat dia. Hujung minggu ini adik buat rumah terbuka sempena Raya. Bolehlah jumpa budak-budak tu . Rindu pulak!! kalau depa ada nak marah jer ..tapi bila tak ada sunyi rumah tu. Abah, Mak sunyi kat rumah sekarang ni sebab cucu-cucu abah tak ada kat rumah Ju sebab Linda ada kat rumah dah jaga depa semua. Abah, Ju dapat tahu ada Linda ada masalah di tempat kerja sebab itu dia bercuti panjang tetapi rahsia ni hanya Ju yg tahu ..mak tak tahu pasal ni . Depa tak nak cerita kat mak sebab tak nak mak risau kut.

Pelangi Petang

Image
Kumeniti awan yang kelabu Kutempuhi lorong yang berliku Mencari sinar yang menerangi Kegelapanku Kupercaya pasti suatu masa Sang suria kan menyinar jua Membawa harapan yang menggunung Bersamanya... Engkau tiba bagaikan pelangi Tak bercahya namun kau berseri Tapi cukup menghiburkan Hati ini Seharian waktu bersamamu Tak terasa saat yang berlalu Bagai pelangi petang kau kan pasti Pergi jua... -Sudirman

Rahmat menjadi Wanita ISLAM

Buat sahabat-sahabat yang sudah berkahwin atau bertunang serta yang tiada sebarang hubungan, harap sampaikanlah artikel ini kpd para wanita...... 1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali. 2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh. 3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat. 4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil. 5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya. 6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad. 7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba. 8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang

Aidil Fitri 2005

Image
November 3, 2005. Aidil Fitri disambut dengan sederhana. Tahun ini, pagi syawal meriah sebab adik dgn anak-anak beraya di kg. Gambar kat sebelah ni masa achik (sepupu) dgn anak-anak dia beraya ke rumah. (duduk kat bawah) . Pada masa yg sama, makcik Diah dengan anak-anak serta cucu singgah di rumah nak jumpa dgn mak. Sorry ...gambar tak terang sebab ambik dgn henpon. Tengah tunggu adik email gambar2 yg dia snap masa pagi raya tu..nanti dah ada boleh la post kat sini.

Balik raya

30 oktober balik ke kampung dengan mak. Hari tu ahad, kena kerja ...mak ikut sekali ke ofis. Memang tak ada mood nak buat keje ...lepak kat kg aman. Ramai lak kengkawan kat room. Meriah gak sampai la tengah hari . Hilang rasa bosan. Sebelum balik solat zohor dulu di ofis. Hujan lebat la pulak ..adehhhh ..Paling tak suka kalau driving dlm hujan lebat...risau banjir lak kat sg buluh tu nanti. Abg Rosli kata hujan tak lama sbb kat satelit image tak nampak cam hujan akan lama. Alhamdulillah dlm 1.30 hujan dah mula reda. Fikir pulak nak balik ikut jalan mana ni ?? eheheheh byk sangat yg aku fikir ..tension betul. Last2 ambik jalan highway connaught ...masuk ke jalan syed putra . Ikut plan nak naik jalan istana..last2 tersilap masuk ke brickfields pulak..adehhhh....ahahahha cam mana la bolehh konfiden naik ke exit Brickfield...isk iskkk dah ler jalan sesak sebab Deepavali ..tahu2 jer la penuh dgn gerai kat tepi kaki lima kedai...jalan 2 lane dah jadi 1 lane..hampeh tul...senang2 jer depa dou

Salam Aidilfitri

Image
Sewaktu kita mula mengenali tutur bicara, Budi bahasa masing-masing, Kita mula belajar sesuatu yang indah lagi penuh bermakna, Iaitu erti sebuah pertemuan, Yang menunjukkan keupayaan diri kita. Kematangan itu dari pengalaman kehidupan, Yang kita lakui dan harungi bersama, Tanpa penat dan jemu, Namun masih tidak puas menerokai seluruh alam buana, CiptaanNya. Namun setiap pertemuan itu, Juga ada perpisahannya, Tapi kau tabah menghadapinya, Dan kau berkata, "tiada pengalaman indah yang dapatku, lupakan ketika bersama denganmu" terimakasih menghargai nilai seorang insan yang tiada harga jua tandingannya. Kata-kata di kad raya yang baru diterima benar-benar menyentuh perasaan. Jika kata-kata ini menggambarkan rasa hatinya..begitu juga aku. Setiap baris kata-kata ini menggambarkan apa yang terjadi di dalam hidupku selama ini. Mengenali seseorang dan akhirnya kehilangan. SALAM AIDIL FITRI BUAT SEMUA YANG MENGENALI ,MAAF JUA DIPOHON ANDAI ADA SALAH & SILAP

Anda Mungkin "gila" Oleh Cinta ?? Fahamilah...

MW 1136 – Motivasi Siri 239 Tajuk: Awas, anda mungkin 'gila' oleh cinta Oleh: DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj www.drtuah.com Jika anda rindu, kawallah diri, jangan sampai terpamer pada wajah kusam. Jika anda terlalu cinta, kawallah diri, jangan sampai terserlah melalui tindakan melampau. Jika anda terlalu sayang, kawallah diri, jangan sampai terbukti melalui pemikiran songsang. Jika anda terlalu rindu, cinta dan sayang, kawalkan diri, jangan sampai dia bosan. Berpadalah pada waktu hendak menghubunginya, berpadalah pada waktu anda hendak menghantar SMS padanya, berpadalah tatkala menulis sesuatu untuknya. Usah terlalu kerap menelefon. Ingat, situasi dia mungkin berbeza. Tatkala anda sedang resah digelut rindu, dia sedang berjuang di medan kecemerlangan. Dia mungkin sedang amat sibuk dengan pelajaran, dengan pelanggan, dengan kerja atau dengan keluarga. Usah terlalu kerap menghantar SMS bernadakan kecewa, resah, gelisah. Usah terlalu kerap menelefonnya, sedangkan nyata panggilan anda

Ramadhan Al - Mubarak

Image
SALAM RAMADHAN BUAT SEMUA .. Ramadhan kali ini disambut dengan sederhana. Tahun ini ...Ju tetap keseorangan tanpa seorang lelaki yang bernama suami mahupun kekasih. Namun syukur kerana aku masih mempunyai mak dan anak-anak saudara serta kawan-kawan yang memahami. Dulu ada dia...tahun ini hampa belaka..

Kereta

Image
Rabu minggu lepas , baru dapat kereta ni tapi ada masalah sikit ..ntah cam mana ada kesan calar yg dalam di bahagian hadapan kereta. Rasa terkilan . Sampai hari ni , masih menanti tarikh bila pihak dealer nak tukar bahagian yg calar sebab depa dah setuju nak ganti seluruh bonet. Nak touch up tak sesuai ...harap-harap semua akan berjalan dengan lancar. Banyak dugaan yang perlu dilalui yang menguji kesabaranku untuk memiliki kereta ini. Apa-apapun aku harap mak akan gembira dengan adanya kereta ini. Setiap hari aku belajar utk menjadi berani dan bersabar di dalam menangani masalah yg ada. Tak nak la call salesman tu tiap-tiap hari...nanti dia naik fed up pulakkan? Cuma berharap dia tidak lupa dengan tanggungjawabnya. Duit balance pun tak dapat lagi ni ....adehh...sabarr ...puasa ni kena banyak sabar. Ada hikmah disebalik setiap kejadiankan? InsyaAllah...

Pupus

Pupus by Dewa Aku tak mengerti apa yang sedang kurasa Rindu yang tak pernah begitu hebatnya Aku mencintaimu lebih dari yang kau tahu Meski kau tak akan pernah tahu Aku persembahkan hidupku untukmu Telah kurelakan hatiku padamu Namun kau masih bisu diam seribu bahasa Dan hati kecilku bicara Baru kusadari cintaku bertepuk sebelah tangan Kau buat remuk seluruh hatiku Semoga waktu akan mengilhami sisi hatimu yang beku Semoga akan datang keajaiban.. Hingga akhirnya kaupun mau Aku mencintaimu lebih dari yang kau tahu Meski kau tak akan pernah tahu Hmm..memang kenala dengan batang hidung sendiri bila dengar lagu ni.Sebelum ni aku tak pernah perasan lagu ni sampailah terdengar Mawi menyanyikan lagu ini semasa konsert AF3. Sudah banyak kali kecundang..sampai bila agaknya. Bersabarlah wahai hati...

Kereta Baru

Semalam 25 Sept , sempat pergi ke showroom kereta . Dekat jer showroom tu dengan rumah.Mak dengan adik ikut sekali..Ninja2 pun ikut sekali. Riuh rendah jadinya. Ikut cakap mak tukar kereta , maka jadilah tukar kereta. InsyaAllah kalau tak ada apa-paa halangan...dalam minggu depan boleh dapat kereta tu kut. Asal mak bahagia ..cukuplah. Dah lama mak suruh tukar , tapi kita jer yang degil. Rasa cam takut pulak nak tukar ...rasa tak konfiden jer nak bawak kereta lain. Hari ini, tak jadi pergi meeting di IPK Bangsar sebab Nurul duty sorang. Ainil dengan Dee off . Hana dengan Wan shift petang. Adehh....nak call Pn .Mai no tel pulak hilang..isk iskk... KA meriah hari ni ....

Apsal Ni....

Apasal la rasa bosan sangat hari ni. Keje pun tak leh nak buat . Tak ada idea langsung. Form dah siap ...tapi nak buat notice pasal new service ni ..adeh..apasal la bengap sangat hari ni . Kg Aman pun tak menarik hari ni. Apa-apapun...sempat gak jumpa boss utk dapatkan signature pasal meeting MLG Isnin ni di IPK Bangsar. Boss mood bagus jer ...ehehehe nasib baik....cuti pun dia dah approved. Puas hati gak bila request Prof. Lee dapat diselesaikan dengan bantuan Nurul. Purchase requisition form dah fill up utk Music School..yeahh....dlm bosan pun ada gak keje yg siap..ihiks ...till monday....bye

Suka Dalam Duka

Image
Kekeliruan yang masih berligar-ligar di fikiran membuatkan aku beberapa kali berkhayal ketika memandu ke tempat kerja pagi tadi. Hmm...alhamdulillah aku cepat tersedar. Persoalan demi persoalan di benak masih belum dapat diselesaikan. Sampai di pejabat, signal wireless network tak ada pulak...adehh..haru betul ...hilang mood nak mulakan kerja. Finally pukul 1 tengahari baru boleh online. Makan pun pukul 3 hari ni ...nampak jer ceria ..tapi hati ini hanya Allah yang tahu.. Sabar jer la yer...

Sepetang Bersama Ninja-ninja

Image
Gambar terbaru Ju dengan Ninja-ninja ..ehehehh Nasyirat, Nabil dan Nurdini. Gambar ni diambik Jumaat minggu lepas sebaik saja Ju balik dari kerja..Semua berebut nak pegang kamera..adehh nyaris tak hancus ..ahaks. Ni time tengah suka la ni..time tengah gaduh tak ada lagi gambar..lepas ambik gambar ni ..Nabil tumbuk Nasyirat...Nurdini yang kat belakang Nasyirat terduduk sebab di langgar dek Nasyirat...adehh..ehehhe tapi kalau tak ada depa ni semua ..sunyi jer rumah tu especially weekend bila depa balik ke rumah abah dgn mama depa.

KEAJAIBAN SELAWAT

1) Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda - Muslim. 2) Allah akan hapuskan dosa2 kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu. 3) Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insya Allah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita. 4) Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh. 5) Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah. 6) Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu. 7) Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan

Langkawi

Image
20-25 August yg lepas Ju bercuti. 22 August 2005, Adik dan keluarga dia pergi bercuti ke langkawi. Ju dengan mak, kak Ina, dan Iqa ikut sama. Kami bertolak dari rumah kak Ina pada pagi 22 August kira-kira pukul 10 menuju ke Kuala Perlis. Adik memandu dengan tenang dan sampai ke K.Perlis pada pukul 1.45 petang. Sampai ke Langkawi pukul 3 petang dan kami selamat sampai di Sri Intan Resort milik TM Berhad kira-kira pukul 4. Tercari-cari lokasi resort tu sebab ada alamat jer ..tak tahu pulak teluk baru tu rupanyer dekat dgn Holiday Villa..Ju pernah sampai ke Langkawi masa company trip kira-kira 8 tahun yang lepas.Masa tu Ju bawak mak sekali..naik kapalterbang. eheheh. Nasib baik aku ingat2 lupa Jalan ke Pantai Cenang..adehh...sebenarnya ingat nama jalan je tapi tak tahu arah mana dari pekan langkawi tu ..ehehe dah call reception pun bagi instruction pun blurr jer..adehh. Apa-apapun selamat gak kami sampai. 3 hari kat sana...3 hari la hujan di waktu pagi..so bila jenjalan kat pekan tu tak

Ikan oh Ikan

Image
Ini dia ada 2 gambar ikan yg pelik tapi cantik di Underwater World Langkawi. Kali ke2 pergi ....makin mahal tiket masuk..adehh...tapi nak ikut meriahkan anak2 sedara..ehehe masuk gak la ...ada gambar lain tapi lain kali kita edit and post kat sini.

Doa buat Kekasih

Ya Allah... Seandainya telah engkau catatkan Dia tercipta untukku Satukanlah hatinya dan hatiku Titipkanlah kebahagian di antara kami, Agar kemesraan itu abadi... Ya Allah Ya Tuhanku yang maha mengasihani, Seiringkanlah kami melayari hidup ini Ketepian yang sejahtera dan abadi Maka jodohkanlah kami Tetapi Ya Allah... Seandainya telah engkau takdirkan Dia Bukan milikku Bawalah dia jauh dari pandanganku Luputkanlah dia dari ingatanku Dan peliharalah aku dari kekecewaan Ya Allah Ya Tuhanku yang maha mengerti... Berikanlah aku kekuatan Menolak bayangannya jauh ke dada langit Hilang bersama senja nan merah Agar aku sentiasa tenang Walaupun tanpa bersama dengannya. Ya Allah yang tercinta... Peliharalah aku dengan takdirmu Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan Adalah yang terbaik untukku sesungguhnya engkau maha mengetahui Segala yang terbaik untuk hambaMu ini.... Dan sekiranya aku menemui seseorang yang baru di dalam hidupku Kau semaikan lah rasa ka sih sayang dan cintaku yang penuh i

Apa itu cinta...

Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh. Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir. Patutkah diri sendiri sahaja dipersalahkan sedangkan takdir lebih berhak menentukan segalanya... Mungkin cinta perlu diberi ujian utk mengetahui kekukuhan cinta itu sendiri tapi macam mana dengan aku yang tak pernah diberi peluang utk mendekati cinta dari orang lain..... Aku hanya pasrah atas segala ketentuan dari NYA....

Migraine

Semalam Ju MC. Mild migraine. Dah lama tak kena ..dulu masa study selalu kena tapi Ju dah agak dah. Dengan apa yang berlaku sejak beberapa minggu yang lepas dan ditambah dengan tekanan kerja menyebabkan Ju sentiasa pening, mata berair dan tangan terasa lenguh. Terasa serba tak kena...tapi bila balik rumah, semua masalah diketepikan. Terasa dah putus asa ...

Al-Kauthar

Image
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. [1] Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak. [2] Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban. [3] Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, dialah yang terputus (dari rahmat Allah). Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik. Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi. Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib. Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:- 1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita. 2) Jika ki

Ceritaku...ceritamu

Dah lama tak jenguk blog ni dan juga blog Shah. Bukan apa ...sejak membaca balasan email dari Shah , sebaris ayat itu juga yang membuat hati terluka dan bersedih. Tak sanggup membaca seandainya ada luahan hati Shah..mungkin jugak tiada tapi Ju menjauhkan diri. Ju sedar siapa Ju sebenarnya. Bila Shah mendiamkan diri , Ju turut mendiamkan diri , tak mahu mengganggu orang yang tak sudi. Walaupun keliru dengan apa yang terjadi ...secara tiba-tiba Shah berubah, Ju tetap cuba memahami. Hari ini, Ju teringat kat Shah...bukannya selama 2 minggu lebih kurang ni Ju tak ingat kat Shah...tapi hari ni Ju cuba menghubungi Shah..tak tahu di mana dia berada. Nak call ofis, takut nanti menganggu ..serbasalah. Selama ini pun Shah memang tak nak orang lain yang ada hubungan dengan dia tahu pasal Ju. Tak mengapalah. Bila call ..tetiba putus, terasa dia reject my call tapi Ju hantar gak sms. Sekadar bertanya khabar. Shah jawab dia di Madinah. Mungkinkah dia menunaikan umrah agaknya. Alhamdulillah. Syukur

Perpisahan Terasing

Perpisahan itu selalu terjadi Kepada insan yang bercinta Sungguh sedihnya rasa Apabila ianya terjadi Perpisahan bermula dari dua hati Yang kehendaknya tak dituruti Ataupun manusia Yang berperasaan benci Sebuah cinta dan harapan Menjadi debu berterbangan Tersekat nafasku kabur pandangan mataku Amat tersiksa jiwa kerana kehilangannya Oh oh... mengapa terus mengharap menanti Walau cukup kusedari dia takkan kembali Rintangan dari orang yang tak sudi Menerima cinta dari hati ini Menarik diri dan pergi Membawa serpihan hati yang sepi Perpisahan itu sungguh menyedihkan Tapi semuanya di tangan takdir Kita dikatakan pasangan bahagia Oh... kini terasing luka Oh... kini terasing luka Perpisahan mengasing kita

Pertemuan Keluarga

Abah Hari Sabtu minggu lepas 12 June 2005, Ju, mak dgn adik pergi ke rumah Wak Ali di Felda Purun, Pahang. Ju ingat lagi masa arwah Wak Ali berpindah ke sana, Ju kecik lagi. Setelah beberapa puluh tahun, baru minggu lepas kami sampai ke sana. Itupun pasal ada majlis perkahwinan Zura, anak ketiga Wak Ali dgn Wak Asiah. Sebelum ni majlis Razak dengan Liza kami tak berkesempatan pergi. Semua adik-beradik abah ada. Pakcik Jen, Makcik Enon, Wak Sariah kecuali makcik Munah di Batu Gajah dan makcik Diah di Lunas, Kedah. Mak Cik Diah membawa diri ke sana sejak pakcik Din buat hal. Kesian makcik . Sanggup pindah ke Kedah sebab nak ikut Mamat, anak sulung..last-last menantu yang disayang buat hal. Dengar khabar makcik dah pindah rumah lain . Nasib baik Emi dgn Andung ada . Budak-budak berdua tu la yang sara Makcik Diah. Semua sepupu dari Seremban dengan Ipoh ada sama. Depa dah sampai malam sebelum tu. Ikutkan hati tak nak pergi sebab dah terasa mesti Wak Sariah akan ungkit soal kenapa tak kahwin

Ku sandar impian

Jika dia bukan jodohku.. Jauhkanlah dia dariku Tetapi.. Jangan Engkau biarkan kesedihan berlabuh dihati ini.. Andai hajat tidak kesampaian Andai hati tidak dapat menerima Andai kekurangan diri menjadi penghalang Alasan demi alasan hadir.. Itukah tandanya cinta atau tanda diri tidak diperlukan Biarlah aku pergi Di tangan mu tuhan, Kusandar impian, Penentu, jodoh pertemuan Seandai dirinya tercipta utk ku.. Rela ku menjadi miliknya

A day trip to Batu Gajah, Perak

Image
The recently family trip to Batu Gajah (June 4,2005) for my cousin's wedding was quite interesting beside the embarrassing part of being the eldest female cousin's that is still single. I was just sitting relaxing at the back of the car with my mom. The North South Highway near Rawang leading to Tanjung Malim stretch was quite jammed when we reached there around 9.30am. This is because it was a public holiday (Agung's Birthday) and School holiday. We reached Gopeng exit at 11.00am. Around 11.15am, we passed by Kellie's Castle. It looks beautiful from the main road. Wish I could stop and visit the place but unfortunately our main reason is to reach my auntie's Munah house for the kenduri. One fine day, we will visit Batu Gajah and Kellie's Castle together ..bolehkan ?? Here is some info about Kellie's Castle. This amazing leftover from colonial times is set by a small river about 30 KM South West of Ipoh. The castle referred to is in fact an old unfinished m

Menara Condong Teluk Intan

Image
Tetiba teringat kat Menara Condong ni. Dulu masa kecik-kecik abah selalu bawak kami main kat padang permainan dihadapan menara ni tapi sekarang dah jadi medan selera taman tu. Tak ada lagi pokok-pokok besar di tengah bandar Teluk Intan. Sekeliling menara pun dah jadi dataran. Dulu kedai-kedai kecik jer di belakangnya. Hmm itu 25-30 tahun yang lepas. Kenangan-kenangan manis suatu ketika dulu. Kalau ada sesaper yang nak datang ke Teluk Intan...singgahla di sini. Kita boleh jadi tour guide gak..ceh wahh....frankly speaking..beratus kali or maybe beribu kali pergi Teluk Intan tapi tak pernah naik ke atas tu ...adehh. Cam maner citer ni ?? eheheh jom arr ...kita gi sesama ok. Here is some facts about this menara condong. When it was first built in 1885, it was then known as the Clock Tower-mainly because of its function of telling the time, a role which is still maintained sehingga hari ini. When nature takes its course however, the tower leaned over to the west side, thus earning the name

Berdirinya Seorang Perindu

Image
I love this song, especially the lyrics. Not referring to anyone here because somehow, it reflects the way I am. Sikap mu meremukkan hati Sengaja kau kenang lagi Kisah menyentuh hati gelisah diri ini Adakah ku diuji Kasih ku yang terlalu dalam Usahlah dipersendakan Sabar dan kejujuran jadi akar cinta Agar kita bahagia Berdiri aku di sini bukan untuk seketika Berdiri aku sebagai perindu Meski pun jiwa ku sedih Terasa bagai dihiris Namun ku tersenyum selalu Ku sentiasa beri kesempatan Semoga ada ruang kemesraan Kita yang punya perasaan Terkadang rasa terkilan Janganlah dikeruhkan kasih yang sedang tenang Kerana ku merindu -Ibnor Riza

Untuk Yang Bercinta..

A friend forwarded this note to me few days ago. Let's read.. Anda mengetahui yang anda merindui seseorang apabila jantung anda berdegup pantas ketika teringatkan dia. Dan walaupun sekadar "Hai" daripada dia mencukupi sebagai penenang. Ulasan: anda mungkin menaruh hati kepadanya, cuma anda tidak menyedarinya ataupun anda tidak mahu menerimanya sebagai kenyataan. Jangan jadi terlalu baik, saya akan merindui kamu. Jangan terlalu mengambil berat, saya mungkin menyukai kamu. Jangan jadi terlalu 'sweet', saya mungkin jatuh hati kepada kamu. Amat sukar untuk saya menyayangi kamu jika kamu tidak mahu membalasnya. Ulasan: seseorang yang membuat kamu jatuh hati kepadanya sebenarnya menyayangi kamu lebih daripada kamu menyayangi dia. Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu,tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih..kenyataan itu dan sekurang2nya dia pernah membahagiakan kamu. Ulasan: Masa akan menentukan segalanya

Kad jemputan

2 minggu lepas bila tetiba ada sms dari Kak Kamariah mintak alamat rumah , terdetik di hati agaknya Kak Kamariah nak kahwin kut. Betul tekaan, minggu lepas, Ju dapat kad jemputan dari Kak Kem...terasa tak nak tengok kad tu lagi...terus simpan dlm laci. Tak sanggup tengok kad jemputan tu. Macam biasalah..bila ada kawan2 nak kahwin, ju akan mengasingkan diri. Tak boleh nak terima hakikat. Iskk tak elok kan...tapi memang itu yang Ju buat. Tak call, tak contact,tak email. Kita menjauhkan diri..terasa diri serba kekurangan dan ketinggalan. Kali ini, Kak Kem pulak. Walaupun selepas habis study dulu, kami tak berapa rapat tapi bila status dia akan berubah, terasa jugak hati ini. Dapat ke Ju nak rasa cam apa yang kawan-kawan rasa. Hidup berkeluarga dan bahagia? Air mata mengalir tanpa disedari. Ucapan Sayang dan cinta dari dia sejak minggu lepas membuatkan hati ini sedikit gembira.Terasa malu manalah tahu Ju jer yang lebih-lebih sayang dan berharap.Bila agaknya penantian ini akan berakhir...

Hanya Untukmu.

Image
Kau tersenyum Ku terpaku Cahaya di wajahmu Hanyalah untukku Sinaran matamu Menusuk di kalbu Tak mungkin ku melupakan Sebegini pengalaman Lalu hati pun berkata Segala untukmu

Harapan

Di sebalik tirai hati Tertera satu janji Yang paling suci termetrai bersama harapan yang sukar dicapai Bintang di langit cuba di gapai menanti bulan jatuh ke riba Harapan itu jauh bagiku sama seperti samar rambulan di balik gerhana awan malam harapan tinggal harapan harapan jadi taruhan walau sekecil harapan aku masih mengharap mengharap bulan pulang ke pangkuan hanya itu mampu kulakukan menanti penuh harapan tabir itu terlalu tebal untuk disingkap janji yang masih termetrai disebaliknya masih tak bisa terungkap tinggal aku sorang dihujung harapan menunggu bulan menggapai bintang yang masih di awangan keseorangan. senyuman ku beri penuh makna siapakah yang mampu mengerti...

My Wish

I wish that I could cause the sun To warm the world with love Remove the clouds a moment To reveal the stars above I wish that I could wipe that tear From the corner of your eye Bring happiness for your sorrow Bring a smile for your sigh I wish that I could better things Put hope within your heart Make today the best you've had Right from its' very start I wish that I were able To make your dream come true I wish I could - I wish I could Do all these things for you

Stress: Symptoms and Management

Just want to share this useful information I received on May 13, 2005, during International Nurses Day exhibition. The exhibition was organised by School of Nursing. SYMPTOMS OF STRESS * Tension *Inability to concentrate *Feeling excessively tired *A pounding heart *Sweating palms *Tight Muscles *Sleep disturbances *Depression *Irritability *Overreactions *Memory problems SMART STRESS MANAGEMENT 1. Be aware of your stressors and your emotional and physical reactions 2. Learn to play 3. Do regular physical exercises 4. Maintain your emotional reserves. Develop mutually supportive relationships. Pursuerealistic meaningful goals 5. Talk out your troubles 6. Be a friend to yourself 7. Learn to plan 8. Avoid unnecessary competition 9. Build your physical reserves: be active, eat well-balanced, nutritious meals, avoid nicotine, excessive caffeine 10. Get enough sleep.

Hanya Kawan??

Kadang kala bila hati dan mulut mengatakan tidak ataupun zaman sekarang ni bercakap guna sms jer...bila jari-jemari menaip tidak tapi sebenarnya hati mengatakan ya. Pelik tapi itu hakikatnya. Berkorban hati dan perasaan kerana tidak mahu menyusahkan orang lain. Tapi adakah kita pasti yang orang lain itu gembira dengan tindakan kita menyisihkan diri ..menafikan cinta di hati? Bila dia kata carilah orang lain atas sebab-sebab tertentu. Adakah kita akan merasa selesa dengan keadaan itu? Apatah lagi bila ianya melibatkan perasaan. Oleh kerana tidak mahu dikatakan tak malu ...dah orang tak sudi, kita pulak yang lebih-lebih macam hidung tak mancung pipi tersorong-sorang maka kita pun cakap la tak apa. Di dalam hati ,sedih tak terkata..air mata mengalir tanpa disedari. Hati pernah berkata "Cukuplah ..hentikanlah tangisan ini". Pada saat itu hati mula belajar untuk membenci dia. Hanya dengan perasaan marah dan benci sahaja yang boleh buat kita lupa dan meneruskan kehidupan baru.

Kereta...

Lama dah tak jenguk blog. Tak tahu nak coretkan cerita apa sebab semua cerita sedih. Minggu lepas 15 may 2005, bila ada kemalangan kecil melibatkan kereta, rasa sedih sangat. Rasa cam tak boleh nak uruskan dan rasa masalah tu masalah besar sangat. Bila fikir balik tak la besar manapun masalah keta tu. Pasa masa tu fikiran rasa blank. Pergi workshop tak ada yg bukak . Mak memang gelabah gak tapi masa tu Ju pulak yang cool walaupun sebenarnya aku diam jer sebab tak thau nak fikir apa, celaru sungguh...pusing keliling Semenyih cari workshop tapi hari ahad tak banyak workshop yg bukak kedai.Yang ada pun uncle tu kata dia tak buat keje -keje ketuk. Aduss...nak buat cam mana kena jugak cuti emergency sebab bonet keta tak leh nak tutup. Kalau setakat kemek dengan lampu pecah sikit tu , ok lagi. Bila sms kat Shah...rasa lega jugak dapat luah rasa marah dan kesal kita kat seseorang. Esoknya awal pagi hantar keta kat workshop di Rinching, dekat jer dgn rumah.Alhamdulillah, abg tu dapat siapkan

Happy Mother's Day

Hari Ibu May 8,2005. Selepas solat subuh lebih kurang kul 6:10am, boleh terlena balik. Ingatkan nak baring2 jer sebelum pergi pasar. Sedar2 dah 8:30. Aduss..itupun mak bukak pintu bilik yg memang tak berkunci. Mak dah siap pakai baju kurung dah. Terus mandi dan bersiap. Ahahhah 20 minit dah siap..bukannya nak mekap sakan. Sarung jeans dgn tshirt ..kul 9.10 dan sampai semenyih. Selepas beli ikan ,ayam dan sayur terus ke kedai baju. Memang cadang nak belikan mak baju. Akhirnya dapat gak sehelai baju utk mak..dan aduhai..terbeli la jugak kain utk buat kebaya..ahahaha ...lama tak buat baju kebaya. Apa-apapun...hari ni rasa ceria jer..siap beli basikal utk round2 taman dgn anak2 sedara di waktu petang. Esok dept nak kena audit..adusss!!!

Sibuk??

Entahlah!! hari-hari yang berlalu terus berlalu pergi. Siang berganti malam..malam berganti siang. Hidup kembali seperti setahun yang lepas. Aku menyibukkan diri dengan kerja. Malas nak fikir pasal lain. Samaada kerja atau mak atau anak-anak sedara. Tak fikir sangat pasal diri. Kalau fikir sure menangis..malas dah nak menangis tapi kekadang bergenang gak airmata. Tension pasal kerja bertambah teruk ..ditambah lagi dengan keadaan diri yang masih cuba mencari di manakah silap diri ini. Rasa nak menyendiri kembali bertakhta di hati....ntah bila lagi nak singgah di sini.

Semusim telah berlalu

semuanya telah terjadi cintaku telah pergi dan kini kusendiri tanpa dirimu lagi tak mudah menepis cerita indah semusim telah kulalui telah kulewati tanpa dirimu tetapi bayang wajahmu masih tersimpan di hati tak pernah kubayangkan kau putuskan cintaku kucuba untuk lupakan semua tentang dirimu tak mudah bagiku melupakanmu semusim yang melelahkan semusim yang menguras segenap emosi segenap jiwa dan air mata. tepat semusim yang lalu, aku akhirnya berhenti mengejar matahariku

Hujan...

Sabtu dan Ahad( 9 &10 April) Ju demam ..sakit seluruh sendi2 badan tapi masih boleh bawak mak pergi pasar dan beli barang keperluan dapur. Malam jumaat dah terasa sakit di tekak dan kerongkong..Sabtu pagi badan dah sedikit panas, tekak makin sakit...ahad lepas bila pagi ..terbatuk dan keluarkan kahak, ada sedikit darah..luka agaknya tekak ..terasa perit dan sakit bila menelan makanan.. Hari ini awal pagi lagi dah hujan . Di kawasan rumah tak la lebat sangat. Sempat lagi sampai ke tempat kerja sebelum hujan lebat turun di KL. Semasa tersangkut di dalam kesesakan jalanraya berhampiran plaza phoenix, di dalam hati telah terdetik mungkin Shah tak dapat jumpa dengan Ju sebab hujan . Masa tu langit gelap tetapi hujan belum turun. Memang betul ...bila aku tengok handphone..ada sms dari Shah...kansel breakfast date hari ni..tak mengapalah..Allah tak izinkan. Di lain masa dan ketika mungkin...

Lagu Rindu ...

Angin lalu nyanyi lagu rindu Rasa di kalbu kian syahdu Air wajahmu gambaran sejuta pilu Abadikan cinta abadikan segala Rasa yang tercurah sama kita Jangan bimbang jangan sekali kau ragu **Kerana cinta cintanya Kerana rasa imannya Selama menyala cinta dalam jiwa semua Ayyi zamaan ayyi makaan Kau tetap dalam ingatan Ayyi zamaan ayyi makaan Jiwa dalam kerinduan Sang bayu nyanyi lagu rindu Abadikan segala rasa yang tersemat di kalbu - Siti Nurhaliza

Cinta...

Image
Melly Goeslaw Feat Kris Dayanti - Cinta Menatap jalan yang menjauh Tentukan arah yg ku mau Tempatkan aku pada satu Peristiwa yang membuat hati lara Di dekat engkau aku tenang Sendu matamu penuh tanya Misteri hidup akankah menghilang Dan bahagia di akhir cerita Cinta tegarkan hatiku Tak mau sesuatu merenggut engkau Naluriku berkata Tak ingin terulang lagi Kehilangan cinta hati Bagai raga tak bernyawa Aku junjung petuamu Cintai dia yang mencintaiku Hati yang dulu belayar Kini telah menepi Bukankah hidup kita Akhirnya harus bahagia Cinta Biar saja ada Yang terjadi biar saja terjadi Bagai manapun hidup Memang hanya cerita Cerita tentang meninggalkan dengan ditinggalkan Cinta.....

Smile..

Smile, though your heart is aching Smile, even though it's breaking When there are clouds in the sky You'll get by... If you smile With your fear and sorrow Smile and maybe tomorrow You'll find that life is still worthwhile If you just... Light up your face with gladness Hide every trace of sadness Although a tear may be ever so near That's the time you must keep on trying Smile, what's the use of crying You'll find that life is still worthwhile If you just... Smile, though your heart is aching Smile, even though it's breaking When there are clouds in the sky You'll get by... If you smile Through your fear and sorrow Smile and maybe tomorrow You'll find that life is still worthwhile If you just smile... That's the time you must keep on trying Smile, what's the use of crying You'll find that life is still worthwhile If you just smile..... -Trying my best to keep on smiling.. *sigh*

To have and not to hold...

To have and not to hold To have and not to hold So hot, yet so cold My heart is in your hand And yet you never stand Close enough for me to have my way To love but not to keep To laugh, not to weep Your eyes, they go right through And yet you never do Anything to make me want to stay Like a moth to a flame Only I am to blame What can I do? I go straight to you I've been told You're to have, not to hold To look but not to see To kiss but never be The object of your desire I'm walking on a wire And there's no one at all To break my fall You're to have, not to hold

When love kills love...

When love kills love Suddenly I think I always knew I had my share of mistakes made quite a few Finally I know when that's for sure I don't look back in anger anymore Suddenly the sun comes up again There's a new beginning when we pass the end Finally I know when that's for sure I don't look back in anger anymore When love kills love Will someone rescue me When love kills love It's cutting through so deep Suddenly I wake up from a dream Someone tells me I've been talking in my sleep Finally I know when that's for sure I don't believe in daydreams anymore When love kills love Will someone set me free When love kills love It's cutting through so deep How can we choose when all we loose is all we have We run away from all the pain When love kills love

Where Do I Begin

Image
Theme from "Love Story" Words & Music by Carl Sigman & Francis Lai Recorded by Andy Williams, 1971 Where do I begin To tell the story of how great a love can be The sweet love story that is older than the sea The simple truth about the love she brings to me Where do I start? With her first hello She gave new meaning to this empty world of mine There'd never be another love, another time She came into my life and made the living fine She fills my heart. She fills my heart with very special things With angels' songs, with wild imaginings She fills my soul with so much love That anywhere I go I'm never lonely With her around, who could be lonely I reach for her hand -- it's always there How long does it last Can love be measured by the hours in a day I have no answers now but this much I can say I know I'll need her till the stars all burn away And she'll be there. **Is there anyone out there feels the same way like the writer of this song? If yes

Mac Datang Lagi

Alahai....bulan Mac datang lagi...maka dlm masa 3 minggu lagi, bertambahlah lagi umur. Semakin tua tapi masih begini. Ada ke orang yang ingat tarikh lahir kita ni?? Nak sedih ke nak happy ek?? kalau ada orang ingat...happy la kut....kalau tak ada ...biasa la tu . My wishes this year...hanya Allah yang tahu...

Mungkinkah Terjadi ...

Seringkali hati bertanya Tiap saat kita bersama Sampai bilaku harus memendam rasa Tak pernah aku merasai Bibir terkunci Jiwa bergelora rasa tak percaya Adakah ku bermimpi Mimpi di siang hari Dirimu... telah lama ku nantikan Wajah yang bermain Di mimpi-mimpiku Hidupku.. kini bagaikan penjara Tanpamu di sisi tak bermakna Mungkinkah akan terjadi Dirimu aku miliki Berilah tanda kepastianmu Namun jika tak tercapai Harapanku Selama hayat dirimu tetapku sanjungi * One of my favorite songs by Spider...

Two Heartbeats

I hear a noise My heart awakens To the sound of your whisper And the warmth of your voice My heart beats faster With your every touch A single moment Is just enough Look into my eyes They are the windows to my soul See into my heart Find the me I've never known Awaken me softly Kiss my dreams goodbye You're creating a noise here Two heartbeats together, yours and mine

Happy Birthday Nur Dini...

Hari ini genap 2 tahun Nur Dini lahir kedunia sebagai anak saudaraku. Dini begitu bijak, cerdik dan petah bercakap berbanding Nasyirat dan Nabil. Agaknya sebab mak yang jaga dia dari umur 2 bulan sampailah sekarang. Mana tidak petah, abang-abang dan opah dia dok bercakap dgn dia sejak dia dlm buaian lagi. Siap pandai tepuk amai-amai masa umur 4 bulan...ehehehhe. Hari ini....harijadinya tidak bersambut..tidak ada kek, Dini akan menjalani satu prosedur yang berkaitan saluran pernafasan di IJN. Ya..Allah..Engkau lindungilah Dini ..semoga Dini akan selamat menjalani pembedahan ini . Sesungguhnya Engkau yang maha mengetahui akan segala-galanya ..buruk dan baik untuk kami sekeluarga. Lindungilah anak saudaraku Dini..Amin. Dini....Mak Long sayang Dini...

Elegi Sepi

Saat mentari beradu Rembulan pun bertamu Hatiku menjadi sayu Dalam kesamaran waktu Mengapakah rinduku Masih ada dalam kalbu Sedangkan cinta itu Sudah berlalu Mungkinkah rasa bersalah Kasih menghimpit jiwa Kerna terlalu leka Membuatku terluka Dikau yang begitu setia Tabah hadapi segala Namun ku mencari alpa Kesal akhirnya Aku pinta kepadamu Maafkan lah kesilapanku Aku tahu kau dan aku Tidak mungkin akan menyatu Apakah yang tertinggal kini Kesedaran dihati Yang kan tetap bersemadi Jadi elegi sepi Biarlah doa tulusku Mengiringi jalanmu Kan menebus silapku Terhadapmu -suka lagu oleh Azharina ni...sedikit sebanyak liriknya terjadi pada diri ...

Rindu Semakin Jauh

Image
Kering dan lesu sinar Hilanglah punca arah Kala diri beralah Kerna tak terdaya menghukum jiwa Walau ditakdir tiada lagi bersama Kan ku semat rindu dalam dada Suka duka cinta kita Izinkan ku pergi Membawa diri ini Dan rindu dalam hati Musim berlalu hatiku pun membeku Memendam perasaan rindu Dan malam kian membisu Masih berdemar di jiwaku Walau kau tiada lagi di sisi Berpijak aku di bumi nyata Walau hanya dalam mimpi Mungkin itu yang disuratkannya Ku genggam kenangan silam Lambang kasihku

My Beloved

Image
As I look into Your eyes I see all the reasons why My life's worth a thousand skies You're the simplest love I've know And the purest one I'll own Know you'll never be alone My baby you Are the reason I could fly And 'cause of you I don't have wonder why Baby you There's no more just getting by You're the reason I feel so alive Though these words sing are true They still fail to capture you As more words can only do How do I explain that smile And how it turns my world around Keeping my feet on the ground I will soothe you if you fail I'll be right there if you call You're my greatest love of all

Bicara Hati

Wahai hati Sabarlah.. usahlah kau hiasi dirimu dengan kesuraman usahlah sebegini rupa Sudah banyak halangan kau tempuhi Kau begitu tabah Tetapi mengapa kini kau mula mengalah Mengalah dengan masa dan keadaan.. Wahai hati Usah mudah tewas Bentengilah dirimu dengan perisai-perisai yang kukuh Wahai air mata Usahlah kau menitis lagi sudah acap kali kau mengalir laju cukuplah... Usahlah kau menitis demi sesuatu yang tidak pasti Titisan airmata itu hanya layak di hadapan Tuhan Untuk menyesali dosa-dosa lalu Wahai wajah Usahlah kau hiasi dirimu dengan titisan air mata Usahlah kau lakarkan dirimu dengan kemurungan Hiasilah dirimu dengan warna-warna keindahan Sinarilah dirimu dengan cahaya kebahagiaan Wahai diri Usahlah mengharapkan sesuatu yang tidak pasti Usahlah kau selubungi dirimu dengan masa depan yang tiada kepastian Sesungguhnya masa hadapanmu hanya Tuhan yang Maha Mengetahuinya Bersabarlah Akan ada bahagia sesudah derita