Sepetang di Lumut pada 080208

Lumut Baru sehari cuti tapi dah bosan duduk terperap di rumah kazen, jadi pada hari jumaat yang lepas kami jalan-jalan ke Manjung. Memula singgah ke Giant ..saja2 singgah dan kazen akhirnya beli beg baju utk Iqa bawak balik ke Balik Pulau. Ingatkan nak pergi ke pantai Teluk Batik tapi tak jadi memikirkan betapa sesaknya di situ tahun lepas dan akhirnya kami ke Lumut. Konvoi 2 kereta. Kazen kak long dgn hubby dia. Jangan tengok orangnyer..tengok gerbang tersusun tu... Walaupun kak long dgn mak tak berapa sihat, eheheheh kami redah jugalah jalanraya yang penuh dengan kenderaan bertali arus. Coastal road atau jalan pesisir pantai yang menghubungkan Selangor dan Perak dan juga negeri2 di utara semenanjung memang sentiasa sibuk dan sesak dimusim cuti perayaan . Sesiapa yang pernah lalu di Simpang Empat, Hutan Melintang( rumah kazen tak jauh dari situ ler), mesti pernah rasa jammed di persimpangan lampu trafik kat situkan?? kan?? eheheheh sabo jer ler. Berderet kereta nunggu giliran, tambah ...