Posts

Showing posts with the label Abah

Mengimbau Nostalgia

Image
Semalam kak long tak sihat, sambil duduk di sofa kak long bukak album..bukan album lagu tapi album gambar. Terlihatlah wajah Abah yang dirindui yang telah lama pergi. Dulu Abahlah yang sibuk semasa bulan Ramadan dan sibuk membuat persiapan nak raya. Kenangan terindah yang tidak mungkin dapat dilupakan. Al-Fatihah buat Abah. Mak dan Abah yang dikasihi Setelah diijabkabulkan sebelum majlis kenduri Sebelum fofo rosak teruk, lebih baik disimpan secara digital Majlis persandingan II. Foto mak bersanding berbaju kurung tak pasti kemana hilangnya Dua beradik bersama Mak dan Abah

November...

Image
Hari ini tak ada idea nak bercerita. Sekadar mengingati tarikh-tarikh penting di bulan November. Setiap kali November tiba, kak long akan ingat 14 November, 18 November dan 19 November. 14 November adalah tarikh lahir anak saudara kak Long iaitu Iqa yang sedang "bertarung" dengan soalan2 SPM. Iqa akan berusia 17 tahun. 18 November pula ialah tarikh lahir anak saudara kak long Nasyirat Nu'man yang akan menyambut ulangtahun kelahiran yang ke 10. 19 November pula adalah tarikh sedih untuk keluarga kami apabila Abah meninggalkan kami buat selama-lamanya. Tahun ini sudah 25 tahun Abah pergi meninggalkan kami. Cucu-cucu Abah hanya mengenali Abah melalui gambar2 lama yang tersimpan kemas di dalam album.

Sibuk lagi

Huaaa...kita busyyyyy yang amat....semua orang kat dept ni busy minggu ni sampailah minggu depan...huhuhu setiap bulan ada jer minggu bzzzzzzz...eehehhe MQA nyer hal ..cis cisss. sabo jer laa. Kali ini cuba korang layan lagu "ayah dan ibu oleh Allahyarham Sudirman pulak yer ...walau sibuk macam manapun kita mencari rezeki dan sibuk dengan keluarga sendiri, ayah dan ibu jangan kita lupakan.

Melodi Senja

Dah hampir 2 bulan tak balik ke kampung. Entah macam manalah rupa rumput2 disekeliling rumah. Maklumlah tuan rumah dah tinggal bersama anak yang sulung. Semenjak Tok Aji meninggal dunia, belum lagi sempat meluangkan masa balik ke kampung. Hujung minggu ni, kak long kerja, maka memang tak bolehlah nak balik. Hati mak dah meronta-ronta nak balik tapi kenalah tunggu anak dia yang sorang ni free , barulah boleh balik. InsyaAllahlah kalau tak ada aral, mungkin balik pada awal July. Ramai juga yang mencadangkan juallah rumah kampung tu...bukan ada orang dudukpun. Masalahnya kalau dah dijual, terasa macam dah tak ada kampunglah pulak..tak ada rumah kampung. Bila sesekali balik bercuti, tak selesalah nak menumpang di rumah sedara mara. Lagipun kalau raya, nak jugaklah balik ke kampung..merasa kemeriahan raya walaupun akhir2 ini kemeriahan itu semakin pudar. Walau didesak macam manapun, kami sekeluarga sepakat tak nak jual rumah tu...walau semakin usang di mamah usia, namun kami tetap sayang k...

4 dalam 1..Kalian tetap di hati..

Image
19 November 2007 Alfatihah untuk arwah Abah kak long yang telah meninggalkan kami genap 24 tahun hari ini. Semoga rohmu dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin. Cucu abah Nasyirat bertanya "Opah, Atuk mati sakit apa"? ketika kami menziarahi pusara abah di hari raya lepas. Mak jawab " sakit jantung, sebab tu jgn hisap rokok okey". 29 October 2007 Genap setahun umur Muhammad Nu'aim. Sorry baby..mak long masukkan sekali ucapan ini dgn kakak Iqa dan Abang Nasyirat Nu'man yer. Jangan nakal2 sangat, kesian Opah terkejar2 nak jaga Aim. 14 November 2007 Genap 16 tahun umur Norsyafiqa. Semoga dipanjangkan umur dan berjaya di dalam SPM tahun 2008, InsyaAllah. 18 November 2007 Genap 9 tahun umur Nayirat Nu'man. Be a good boy and jangan nakal-nakal. Dengar cakap mak long, Opah, abah dan mama okey.