Posts

Showing posts with the label Nota Kehidupan

Adakah pengganti?

Image
Idea entri ini datang setelah membaca entri tentang puzzle kehidupan di blog CintaCukelet Anda membeli jigsaw puzzle yang berjumlah 1000 keping. Apabila 999 kepingan puzzle telah berjaya dicantumkan, tiba-tiba ada satu ruang kosong di tengah cantuman dan habis keliling mencari tidak berjumpa jumpa. Adakah anda terfikir bagaimana boleh terjadi, apakah rasa hati anda dan dimana nak dicari kepingan ke 1000 itu?. Adakah anda terasa hidup ini tidak akan pernah "perfect" dan cantik secantik puzzle yang kita beli. Entri ini adalah entri auto posting. Saya sibuk menginterview calon-calon staff hari ini. CC..sorry ek cedok idea ..eheheheh.

Mampukah aku?

Sesungguhnya diri ini di saat ini dan ketika ini agak gelisah, risau, takutpun ada mengenangkan kerja yang harus dipikul. Semakin hari semakin mencabar dan dengan kesihatan yang tidak begitu baik, diri ini menjadi goyah dengan kewibawaan yang ada. Keperluan dan masalah keluarga sudah menjadi tanggungjawab dan dikala ini ada suatu perkara besar yang harus disempurnakan sebelum akhir tahun ini demi memenuhi hasrat adik terhadap ibu tercinta. Kadangkala diri ini menjadi keliru yang mana satu harus dilaksanakan. Pendekatan tunggu dulu terpaksa juga digunapakai disebabkan diri ini tidak mampu melaksanakan tugasan rasmi dan urusan peribadi dalam masa yang sama. Walaupun ini mungkin akan menyebabkan diri semakin terjerat. Rasa marah dengan diri sendiri kerana tidak mampu menyuarakan rasa ingin bebas dari segala permasalahan dan payah juga diri ini memohon pertolongan dan menyatakan kesukaran diri ini menguruskan segalanya. Mampukah diri ini melaksanakan tanggungjawab ini sedangkan semangat y...

Ke Hulu ke Hilir

Image
Huhuhu tajuk entri macam tajuk novel....ahaks. Tajuk cuma nak menggambarkan apa yang kak long lalui petang semalam. Kak Long nyer passport antarabangsa yang telah tamat tempoh hilang, so kak long perlu buat report polis. Hui...teman ni seriau bila sebut polis dgn balai polis. Fobia pun ada gak. Kak Long pergi ler Balai Beranang, tanya itu ini, last2 cik dan encik polis kat situ kata kena pergi ke Balai Kajang...aduhai...mujurlah tak jauh sangat. Jauh tak jauh pun dlm 20 km jugaklah. Tak mengapa...asal dapat buat report kira ok lah tu. Penat memandu dari tempat kerja pun tak hilang..dah kena patah balik ke Kajang... sabo jer ler. Petang Sabtu. macam biasa jalan agak sesak dengan kereta, so dalam hati sambil memandu tu dok berdoa, harap2 tak adalah masalah nak report lagi. Sampai ke Balai Kajang, tanya kat Encik Pol yang bertugas di pondok kawalan, kat mana yer cawangan dot dot dot ni ? dia jawab " saya baru kat sini..tak tahulah...tanya kat orang kat sana tu". Laaaaa eh..macam...

Ku Mahu

Image
Sesaat ku terkesima Pada indah personamu Sekilas kau senyum padaku Ku larutkanmu dalam kasihku Sesaat ku terpesona Pada warna ceriamu Sayangnya telah ku hidu Semua paparanmu palsu Indah impian cintaku Namun realiti tak seharum Yang ku impikan kerna Cintamu tak sejati Ku mahu kesetiaan dan kejujuran Kasih sayang yang tiada bersempadan Pengorbanan cinta yang tulus dan lahir dari keikhlasan Namun kau hanya mampu memberi janji palsu Yang ditabur terdorong hawa nafsu Semua yang kau beri tak bernadi dan tak kan menjadi erti Selamanya takkan ku lupa Kau ajar ku seksa Kau pandai berkata-kata Hingga aku derita Selamanya ku berjaga-jaga Tak sanggup ku terkena Cukuplah sekali terluka Kan ku ingat sentiasa Indah impian cintaku Namun realiti tak seharum Yang ku impikan kerna Cintamu tak sejati Ku mahu kesetiaan dan kejujuran Kasih sayang yang tiada bersempadan Pengorbanan cinta yang tulus dan lahir dari keikhlasan Namun kau hanya mampu memberi janji palsu Yang ditabur terdorong hawa nafsu Semua yan...