Posts

Showing posts with the label Kenduri perkahwinan

Walimatul urus

Image
Upload jer laa ..tak sempat nak makeup kan foto2 ni..itu pasal ada yg kabur jer..ehehehe. MakCik kepada pengantin, kak chah bergambar kenangan bersama mak Pengantin dan bunga telur Iqa dan mak long Sementara menunggu pengantin tiba, snap2 ler gambar sendiri...ihiks Dari kanan, Kak Ina, Kak Wok( kazen kak long),Fauzi( jiran lama) dan isteri, mak dan kak long Sabtu lepas menjadi pemandu kepada ibunda tercinta memenuhi undangan jiran lama semasa kami tinggal di kuarters JKR Simpang 3, Perak. Setelah hampir 24 tahun tidak bersua muka, kak Nor mendapat menantu sulung.

Makan Nasi Minyak

Image
Jemput datang ke rumah yer..hari ahad 12 April 2009. Itu jemputan majlis perkahwinan dari jiran sepupu yang pernah tinggal di Banting. Entah macam mana boleh setuju pulak nak pergi. Mungkin sebab mak dan Iqa nak jumpa kenalan lama di sana. Sudah lebih 7 tahun tidak menjejakkan kaki ke Banting. Sebelum sampai tengok banyak betul perubahan dan pembangunan di sepanjang perjalanan dari Klang ke Banting. Berbalik pasal kenduri. Iskk sebenarnya kalau boleh nak elak pergi kenduri orang yang kenal diri ini sebab tak mahu soalan maut itu disuarakan. Tuan rumah tak bertanya tapi jiran dia pulak yang akhirnya menyuarakan soalan itu...adehhhh dengan senyum dan tenang jer menjawab "saya sorang lagi" ...huhuhu tak tahu laa air muka berubah ke tidak tapi pedih itu bagai tidak terasa ...alah bisa tegal biasa!!