Posts

Showing posts with the label kerja-kerja menaiktaraf

Bengang sekejap

Alhamdulillah...sebahagian dari tugas2 yang perlu mendapat dan memberi penjelasan telah diselesaikan. Ada terasa kelegaan dihati walaupun hari ini aku telah meninggikan suara dan memberi pendapatku kepada orang yang bertanggungjawab dgn urusan pengubahsuaian. Memang tak sedar suara dah tinggi dan guna perkataan yang agak kasar kerana terlalu geram. Tak ingat apa ayat yang keluar . Natijahnya dia mendengar penjelasanku dan "reasonable" dgn aku. Ada ke patut dia kata tak ada bilik kerja /bilik teknikal untuk staff library..itu yg menggelegak rasa hati tu...ingat buku2 dan item lain tu tak perlu dikatalog dan dilabel dsbnya? ada ke kata self check dikaitkan dgn pemprosesan. Mana tak naik hangin. Harap2 tak timbul lagi isu bilik kerja.

Penat

Image
Saya rasa penat sangat. 2 hari cuti hujung minggupun tak mampu menghilangkan rasa penat. Lebih kepada penat minda sebenarnya. Apabila mengenangkan kerja-kerja pengubahsuaian yang akan berlaku tidak berapa lama lagi untuk menaiktaraf pusat sumber ini, saya terasa agak takut. Banyak cabaran dan banyak perancangan dan banyak juga penjadualan perlu dilaksanakan kerana perkhidmatan perlu diteruskan walaupun setelah kerja-kerja menaiktaraf dimulakan nanti. Adehh...