Posts

Showing posts with the label Child Care

Ubat? Oh tidak!!

Image
Kelmarin, Nu'aim muntah selepas terbatuk beberapa kali sedang dia leka bergolek2 di atas kapet di ruang tamu. Aduhai, tak sempat nak bawak dia pergi ke bilik air!! habis berbau masam sampai terpaksa angkut kapet keluar rumah..eheheh. Kena tunggu sabtu ni la nak hantar kapet tu ke kedai dobi. Sejak dia batuk dan demam awal bulan ini, susah sangat dia nak makan ubat. Macam mana yer caranya nak buat budak2 kecik terutama dalam umur 1-2 tahun ni nak makan /minum ubat? . Nu'aim sebelum dia masuk wad hari tu, senang jer nak bagi dia vitamin atau ubat cecair tapi sejak di hospital dan sampai sekarang ni dia akan mengelak dan melalak bila nak bagi dia makan ubat. Walaupun kak long tak ada anak tapi anak2 sedara kak long tinggal di rumah kak long lebih dari 8 jam sehari dan adakala kak long dan mak kak long jenuh memujuk Nu'aim minum ubat...fuhhhh sabar..sabar!! eheheheh siap kena side kick tu ..dia terajang dan tepis picagari /sudu melayang jatuh...ahaks. Dengan airmata meleleh dip...