Posts

Showing posts with the label Simpang Tiga

Suatu Masa - Bahagian 2

Image
Ketika Adik kak long di lahirkan, kak long berusia 4 tahun lebih. Kak Long ingat lagi baju mengandung mak yang berwarna pink dan kuning dgn bunga2 sulam kecil berwarna warni yang cantik. Baju tersebut masih ada di dalam simpanan di rumah kami di kampung kalau tidak silap kak long. Pada hari adik di lahirkan, di TV telah disiarkan filem Mat Bond lakonan Mat Zain. Ehehehe Adik kak long pernah di panggil " mat bond" oleh seorang pakcik kak long kerana dilahirkan ketika filem tersebut sedang ditayangkan di TV hitam putih yang Abah bawa ke kampung (rumah mbah) . Bila kak long ingat2 semula, semasa adik kak long dilahirkan macam ada kenduri sebab ramai ahli keluarga berkumpul di rumah Mbah. Kami yang kecik2 ni sibuk tengok TV jer laa..bukan tahu apapun..eheheheh. Masa tu dah ada TV dah ....yeayy...ahaks. Siap bergaduh cubit -cubitan lagi dengan sepupu kak long yang lebih kurang sebaya. Sepupu kak long tu dah meninggal dunia akibat barah rahim beberapa tahun yang lepas. Kini, dia ha...