Simfoni kehidupan yang penuh suka dan duka...
Life is a journey and This is my life...
Let's sign up ShopBack
Get link
Facebook
X
Pinterest
Email
Other Apps
Hey! Check out ShopBack where you can earn Cashback as you shop online. Sign up via my link and get a RM5 welcome bonus today! https://app.shopback.com/mys?raf=kRwqZo
Masih hidup lagi blog saya. 6 tahun tak berupdate. Mujur tak reput kayu2 rumah saya ni hahaha. Alhamdulillah google masih teruskan bagi free access. Saya sampai dah lupa macam mana nak post entri siap tanya google lagi 🤭🫢🫣. Banyak gambar2 memori masih ada dan bolehlah didownload untuk kenangan buat insan2 tersayang yang telah pergi buat selama-lamanya. Weh.. Macam mana nak upload gambar eh. Dulu upload guna pc. Okay.. Jumpa upload via google photos tapi gambar dari mobile phone tak jumpa lagi ni macam mana nak upload.? Kena godek2 lagi.
..hati ini menjadi sayu dan sedih sejak menerima berita pemergian ibu saudara Hairie , rakan blogger kak long. Kak Long di kampung apabila terbaca mesej yang ditinggalkan oleh Uncle J di shoutbox. Sebelum itu airmata kak long telah mengalir apabila berbicara dengan Hairie di YM dan membaca kisah Hairie di hospital bersama-sama ibu saudaranya. Kak Long terfikir apakah ada orang yang akan menjaga kak long sekiranya ditakdirkan kak long menderita sakit seperti yang di alami oleh ibu saudara Hairie. Ibu saudara Hairie tidak mempunyai keluarga sendiri , tidak ada anak dan tidak ada suami. Jika ditakdirkan kak long juga berseorangan sehingga ke akhir hayat, adakah anak-anak saudara mahupun saudara mara yang lain sudi menjaga kak long .... Kesedihan ini membuatkan airmata ini mengalir deras ketika kak long menaip entri ini. Al-Fatihah untuk arwah ibu saudara Hairie. Minggu hadapan genap 24 tahun Abah kak long meninggalkan kami sekeluarga buat selama-lamanya...sayu hati ini bertambah-tambah l...
Dulu-dulu masa arwah abah kak long masih ada, semasa bulan puasa, abahlah yang sibuk juga di dapur mahupun membeli juadah berbuka. abah pandai masak. Kalau adik tak ada selera nak makan, abah akan masak sambal telur untuk adik. Ada lagi satu lagi lauk yang abah selalu masak..tapi kak long lupa la pulak apa masakannya. Sampai sekarang ni kalau mak masak sambal telur, adik akan lebih berselera makannya. Abah selalu bancuh air sirap bandung dan macam2 lagi jenis air ketika berbuka puasa. Abah balik kerja awal, jadinya bila waktu petang sementara menanti waktu utk berbuka puasa, abah akan bawak kami jalan2 naik motor dan kemudian setelah abah beli kereta, dengan kereta yang tidak secantik mana itulah abah bawak kami ronda-ronda ke jeti bagan datoh yang terletak kira-kira 6-7km dari rumah. Mak di rumah menyiapkan juadah berbuka puasa dan kami lepak2 ambik angin laut..ehehe sungguh manja ketika itu..ahaks. Sekarang ini, anak2 sedara kak long, Nasyirat Nu'man dan Nasrul Nabil menghabiskan...
Comments