Pertemuan Keluarga

Abah

Hari Sabtu minggu lepas 12 June 2005, Ju, mak dgn adik pergi ke rumah Wak Ali di Felda Purun, Pahang. Ju ingat lagi masa arwah Wak Ali berpindah ke sana, Ju kecik lagi. Setelah beberapa puluh tahun, baru minggu lepas kami sampai ke sana. Itupun pasal ada majlis perkahwinan Zura, anak ketiga Wak Ali dgn Wak Asiah. Sebelum ni majlis Razak dengan Liza kami tak berkesempatan pergi.

Semua adik-beradik abah ada. Pakcik Jen, Makcik Enon, Wak Sariah kecuali makcik Munah di Batu Gajah dan makcik Diah di Lunas, Kedah. Mak Cik Diah membawa diri ke sana sejak pakcik Din buat hal. Kesian makcik . Sanggup pindah ke Kedah sebab nak ikut Mamat, anak sulung..last-last menantu yang disayang buat hal. Dengar khabar makcik dah pindah rumah lain . Nasib baik Emi dgn Andung ada . Budak-budak berdua tu la yang sara Makcik Diah.

Semua sepupu dari Seremban dengan Ipoh ada sama. Depa dah sampai malam sebelum tu. Ikutkan hati tak nak pergi sebab dah terasa mesti Wak Sariah akan ungkit soal kenapa tak kahwin lagi tapi tak berani nak cakap kat mak. Ikut jugaklah .

Abah,

Majlis berlangsung dengan sederhana. Cantik pelamin Zura berwarna Kuning dan orange. Ju banyak berdiam diri jer. Duduk kat dalam rumah , depan pelamin dengan mak, kak Ipah, Kak Peah, Kak Zah dgn Kak Zai. Siap kena usik lagi..pasal bunga telur. Kak Zai kata nanti Ju tak payah buat bunga telur ...buat bunga tapi ganti telur dgn epal..Adehh...memacam2 depa ni. Sedih dalam hati hanya Tuhan yang tahu tapi tunjuk muka senyum jer la. Tak komen apa-apa. Wak Asiah tanya kenapa diam? ..tak ada calon ke ? bila lagi nak berdua. Bertubi-tubi soalan..pedih telinga tapi nak buat cam mana .. Kita ni pompuan, kalau orang tak nak kat kita ..nak buat cam mana kan?

Abah,

Tak habis lagi cerita. Sebelum balik tu, Pakcik Fatehah ajak semua famili bergambar. Alahai...nanti kata sombong lak.Kitapun ikut jer. Last-last depa suruh kita duduk kat kerusi atas pelamin..adehh malunyer. Bila semua tetamu dengan penanggah dah balik, makcik Enon dgn mak cik Jamaliah, hidang kuih. Makan kuih la pulak..tengahari dah makan nasi.

Abah,

Mak Cik Enon sempat gak tanya kat mak pasal Shah. Ju buat tak dengar jer. Kak Peah pun dah tahu la tu..adehh...nak buat cam mana. Keputusan terletak di tangan Shah bukan Ju. Kalau dah dia kata kawan jer...tak tahu la nak cakap cam mana lagikan? Shah mintak masa , Ju berikan dia masa. Shah tak mahu di ganggu, Ju ikut jer. Kalau dia kata putus pun, Ju ikut jer abah. Pernah Ju jauhkan diri tapi Shah kata sayang pulak. Memang pun Ju sayang kat dia tapi bila beberapa bulan dia menyepikan diri , Ju bawak la diri. Hari tu bila dia kata sayang...seronok sangat.

Abah,

Kesunyian makin terasa. Kesibukan di tempat kerja membuatkan Ju terlupa seketika akan dilema di hati tapi kekadang bila dah balik ke rumah, masa nak tidur susah nak lelap terasa kosong jer hidup ni. Apatah lagi bila Shah sibuk sejak 2 minggu lepas, tak berani nak tegur dia . Bila hantar sms tak berjawab, Ju takkan kacau lagi. Biarla dia dengan kerja dia. Kekadang bila malam, tangan kiri ni rasa lenguh jer...kenapa hah?? Takut jugak.


Abah,

Cukup sampai sini dulu yer. Harap-harap ada berita gembira yang akan Ju coretkan di sini lain kali. Semoga abah tenang di sana.


Yang merindui

Ju

Popular posts from this blog

Jangan Bazirkan Wang Nak Pikat Lelaki

Hari ini...

Bermulanya Kisah Blog Ini