Maafkan Ju Abah !

Abah,

Sabtu 19 Nov, 2005, Ju ada seminar @ meeting di Ilham Resort, Port Dickson. Ju bawa mak sekali sebab kalau mak tak pergi pun mak seorang kat rumah. Sibuk sangat dari sampai pada pagi 18//11/05 sampai ke malam ada sessi perbincangan. Maafkan Ju abah, sebab tak ingat 19 November tarikh abah meninggalkan kami semua. Tahun ini genap 22 tahun abah meninggalkan kami keluarga abah yang tercinta.

18 November hari lahir Nasyirat Nu'man, kali ini tak sempat pun nak wish Happy Birthday kat dia. Hujung minggu ini adik buat rumah terbuka sempena Raya. Bolehlah jumpa budak-budak tu . Rindu pulak!! kalau depa ada nak marah jer ..tapi bila tak ada sunyi rumah tu.


Abah,
Mak sunyi kat rumah sekarang ni sebab cucu-cucu abah tak ada kat rumah Ju sebab Linda ada kat rumah dah jaga depa semua.

Abah,
Ju dapat tahu ada Linda ada masalah di tempat kerja sebab itu dia bercuti panjang tetapi rahsia ni hanya Ju yg tahu ..mak tak tahu pasal ni . Depa tak nak cerita kat mak sebab tak nak mak risau kut. Ju tak tahu nak buat apa . Apa yang boleh Ju buat cuma diam dan berdoa setiap kali solat semoga masalah yang Linda dan adik hadapi akan berakhir dengan baik . Takut sangat bila ada kawan bagitahu masalah yang Linda hadapi di tempat kerja. Tak dapat nak fikir yang perkara ni akan berlaku pada keluarga kita.

Abah,
Semoga abah tenang di sana , InsyaAllah doa Ju sentiasa mengiringi abah .

Popular posts from this blog

Jangan Bazirkan Wang Nak Pikat Lelaki

Hari ini...

Bermulanya Kisah Blog Ini