Hujan...

Sabtu dan Ahad( 9 &10 April) Ju demam ..sakit seluruh sendi2 badan tapi masih boleh bawak mak pergi pasar dan beli barang keperluan dapur. Malam jumaat dah terasa sakit di tekak dan kerongkong..Sabtu pagi badan dah sedikit panas, tekak makin sakit...ahad lepas bila pagi ..terbatuk dan keluarkan kahak, ada sedikit darah..luka agaknya tekak ..terasa perit dan sakit bila menelan makanan..

Hari ini awal pagi lagi dah hujan . Di kawasan rumah tak la lebat sangat. Sempat lagi sampai ke tempat kerja sebelum hujan lebat turun di KL. Semasa tersangkut di dalam kesesakan jalanraya berhampiran plaza phoenix, di dalam hati telah terdetik mungkin Shah tak dapat jumpa dengan Ju sebab hujan . Masa tu langit gelap tetapi hujan belum turun.

Memang betul ...bila aku tengok handphone..ada sms dari Shah...kansel breakfast date hari ni..tak mengapalah..Allah tak izinkan. Di lain masa dan ketika mungkin...

Popular posts from this blog

Jangan Bazirkan Wang Nak Pikat Lelaki

Hari ini...

Bermulanya Kisah Blog Ini