Posts

Showing posts from December, 2004

Mimpi Yang Tak Sudah

Apa maknanya impian datang dan pergi Membawa hati menyusuri kembali Jalan-jalan sepi Kau kah di situ Yang menanti ku Atau jelmaan titi kenangan yang bernama pengalaman Siapakah diantara kita Dengan rela menjadi pendusta Siapakah dulu membina harapan Dan siapa yang memusnahkan impian Tanpa sebab dan alasan Kau mainkan perasaan Bagai taufan tiba-tiba datang dan menghilang Kau bayang-bayang Masa nan silam Ada ketika terbawa-bawa oleh resah Mimpi yang tak sudah

Perpisahan

Perpisahan ini sementara Dalam sedih tetap terpaksa Perpisahan ini sementara Dalam keliru tetap rela Perpisahan ini sementara Dalam hati tetap bersua -Sri Diah

Rindu Datang Lagi

Di ketika ini, Kerinduan bertandang lagi Mengetuk pintu hati. Rindu terus bertapak Seakan tidak mahu pergi.. Kenapa rindu datang lagi? Kenapa tidak mahu pergi dari hati ini? Di kala sunyi dan di kala kesibukan melanda Rindu tetap hadir walau cuba dihalang. Apakah rindu akan hilang tidak lama lagi? Apakah rindu akan terus bersemadi di lubuk hati ? Andai masih tidak ditemui penghujung rindu... Andai kepastian masih di dalam kesamaran .. Rindu ini akan terus bertakhta.. Bertakhta lah engkau wahai rindu Selagi nyawa dikandung badan Rindu buatNya yang Esa tidak berpenghujung Rindu yang satu ini.. Menuntut kesabaran Menuntut kesetiaan Menuntut keberanian Namun apakah kesudahannya... Adakah aku tahu? Adakah dia tahu? Jawapannya pasti tidak Yang pasti ... Keizinan dariNya yang Esa dan usaha Yang menentukan. Walau kesudahan amat pahit untuk ku telan Akan ku gagahi juga Aku telah berusaha Namun apa dayaku.. Aku akan terus melangkah pergi jauh membawa di...

Kerinduan

Kerinduan menapak teguh Ditetangga kalbu Menanti saat bila bertemu Tiada ragu-ragu Jika ditinggalkan sedih dan pilu Dengan rindu terlepaslah rasanya rindu Rindu mula berputik Dihati kalbu Rindu mengalir menempatkan rasa Tidak bertemu gundah gulana Rindu datang menempat diri Rindu pergi membawa hati Kesana kesitu kesini Rindu kembali penyedap hati Ibarat pungguk rindukan bulan Bila suria menyinari alam Pungguk bertanya Dimanakah bulan yang semalam Cahaya suria seperti berkata Usah dikenang pada yang tiada Ambillah daku sebagai pengganti Mengubat rindumu sanubari Cukuplah buat seketika Rindulah hanya pada yang Ada Dia yang hidup yang Maha Berkuasa Yang sentiasa berada dimana jua Bertapaklah rindu disanubari Tidak terhitung nikmat diberi Rindu terus menundukkan diri Ingin bersama cinta sejati

Sayang Dia...

Image
"Tanpa Keberanian, Mimpi Tidak Akan Menjadi Nyata"