Posts

Showing posts from July, 2005

Apa itu cinta...

Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh. Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir. Patutkah diri sendiri sahaja dipersalahkan sedangkan takdir lebih berhak menentukan segalanya... Mungkin cinta perlu diberi ujian utk mengetahui kekukuhan cinta itu sendiri tapi macam mana dengan aku yang tak pernah diberi peluang utk mendekati cinta dari orang lain..... Aku hanya pasrah atas segala ketentuan dari NYA....

Migraine

Semalam Ju MC. Mild migraine. Dah lama tak kena ..dulu masa study selalu kena tapi Ju dah agak dah. Dengan apa yang berlaku sejak beberapa minggu yang lepas dan ditambah dengan tekanan kerja menyebabkan Ju sentiasa pening, mata berair dan tangan terasa lenguh. Terasa serba tak kena...tapi bila balik rumah, semua masalah diketepikan. Terasa dah putus asa ...

Al-Kauthar

Image
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. [1] Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak. [2] Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban. [3] Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, dialah yang terputus (dari rahmat Allah). Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik. Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi. Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib. Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:- 1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita. 2) Jika ki...

Ceritaku...ceritamu

Dah lama tak jenguk blog ni dan juga blog Shah. Bukan apa ...sejak membaca balasan email dari Shah , sebaris ayat itu juga yang membuat hati terluka dan bersedih. Tak sanggup membaca seandainya ada luahan hati Shah..mungkin jugak tiada tapi Ju menjauhkan diri. Ju sedar siapa Ju sebenarnya. Bila Shah mendiamkan diri , Ju turut mendiamkan diri , tak mahu mengganggu orang yang tak sudi. Walaupun keliru dengan apa yang terjadi ...secara tiba-tiba Shah berubah, Ju tetap cuba memahami. Hari ini, Ju teringat kat Shah...bukannya selama 2 minggu lebih kurang ni Ju tak ingat kat Shah...tapi hari ni Ju cuba menghubungi Shah..tak tahu di mana dia berada. Nak call ofis, takut nanti menganggu ..serbasalah. Selama ini pun Shah memang tak nak orang lain yang ada hubungan dengan dia tahu pasal Ju. Tak mengapalah. Bila call ..tetiba putus, terasa dia reject my call tapi Ju hantar gak sms. Sekadar bertanya khabar. Shah jawab dia di Madinah. Mungkinkah dia menunaikan umrah agaknya. Alhamdulillah. Syukur ...