Posts

Showing posts from 2006

Tahniah buat NorSyafiqa Nordin!!!

Image
Sekalung tahniah buat Ieqa kerana telah berjaya di dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Pagi tadi semasa Kak Long di dalam kereta sedang memandu, ada panggilan yang tidak ada "ID", rasa malas nak jawab tapi bila dapat panggilan ke 2, Kak Long jawab jugalah. Wahhh...terdengar suara Ieqa " Mak Long, Ieqa dapat 8A". Gembira sungguh dan terdengar suara rakan-rakan sekelasnya yang riuh rendah. Semasa Kak Long menelefon semula setelah kak Long sampai ke pejabat, iqa dan rakan-rakannyer nak "celebrate"...ehehehhe.Alhamdulillah...tak sia-sia pergi tuisyen dan tak semestinya tak tinggal di asrama, kita tidak boleh berjaya. You Go Girl!!! selepas ini SPM pulak ...Ieqa Boleh!!! CONGRATULATIONS ON YOUR SUCCESS !!!

Imbasan 2006 -bhg 2

Image
Hari ini merupakan hari terakhir Kak Long bekerja untuk tahun 2006. Esok Kak Long akan mula bercuti dan akan masuk semula bekerja, InsyaAllah pada 3 Januari 2006. Secara keseluruhannya, Kak Long bersyukur kerana Kak Long berjaya mengharungi suka dan duka di tahun 2006 ini. Alhamdulillah, walaupun tidak bertemu dengan "Mr. Right" namun dengan adanya kaum keluarga dan sahabat handai yang sentiasa menyokong dan memberikan panduan, maka Kak Long masih berdiri dan berlari. Walaupun pada pertengahan tahun, Kak Long merasa amat tertekan dengan kerja, tetapi alhamdulillah dengan adanya perubahan di pihak atasan, Kak Long tidak merasa tertekan sangat. Segala kejadian dan peristiwa yang telah berlaku adalah sejarah yang patut dijadikan tauladan dan sempadan supaya hidup kita akan lebih berjaya di hari-hari yang mendatang. Selamat tinggal 2006....

Imbasan 2006 - bhg.1

Sebenarnya , Kak Long tidak tahu apakah cerita yang patut Kak Long luahkan di sini. Kalau ikutkan tajuk entri, maka sepatutnya cerita-cerita yang berlaku kepada diri kak long di tahun 2006 yang kian hampir ke penghujungnya. Rasa-rasanya Kak Long kena membuka semula entri dari awal tahun nampaknya kerana ketika dan saat Kak Long mengadap komputer ini, terasa semua cerita dah bercampur aduk seperti rojak..manis, masin, masam, pahit semua ada. Kak Long perlu "sort out " cerita 2006. Hendak di katakan tidak banyak, rasanya banyak cerita . Hendak di katakan banyak, tidak pasti pula. Aduh..kenapa jadi macam ini ya...mungkin kerana awal tahun banyak cerita duka dari suka!!

Bagai Melukut Di Tepi Gantang

Image
Dulu dia... dijeling dirayu dimanja sayang sungguh.. Kini dia.. ditolak ditepis masih tersenyum walau sendirian.. Esok dia... masih di sini tetap menanti terus berharap walau diri dianggap melukut di tepi gantang..

Macam-macam ada...

Image
.:Sepetang di Muzium Negeri:. Ahad lepas, 10 Disember 2006, Kak Long membawa Ieqa, anak saudara kak long dari kampung yang datang bercuti di rumah Kak Long melawat Muzium Negeri dan Taman Budaya Negeri Sembilan. Walaupun dah selalu berkunjung ke Seremban,tak berkesempatan nak singgah. Setelah sekian lama sejak zaman Kak Long praktikal di Perpustakaan Awam N. Sembilan kira-kira 16 tahun yang lepas, baru kali ini Kak Long menjejakkan kaki lagi ke muzium Negeri Sembilan yang terkenal dengan adat perpatih minangkabau ...huhuhu. Perati bumbung muzium yang berbentuk tanduk kerbau "kabau" yang terkenal. Cuaca mendung ketika kami sampai tangga muzium dan sebahagian Istana lama NS Di hadapan Istana Ampang Tinggi Mak dengan Nabil .:Mari Berkelah:. Sabtu lepas Kak Long bawa anak-anak saudara berkelah di Hutan Rekreasi Sungai Tekala. Perjalanan yang tenang ... tengok apa tu?? Nabil dengan pelampung yg ditiup dlm kereta.. sukanyer dia...huhuhu Nasyirat Nu'man dah kesejukan..ehehe *Gam...

Cuti-cuti Malaysia

Image
Minggu lepas Kak Long cuti dari 28 Nov-3 Dec. Maaflah kalau ada kawan-kawan yang tertanya-tanya ke mana Kak Long menghilangkan diri . Ihiks!! itupun kalau ada yg perasan akan "kehilangan" Kak Long dari dunia blog. Kak Long bercadang nak "update" blog di rumah tapi malang pula bila ada masalah teknikal yang timbul disaat ingin meng"online" kan diri ..ihiks ..nasib laa Alaa..bukan cuti-cuti malaysia pun...cuti-cuti lembah Klang jer, eheheh pasalnyer kak long bercuti dan berehat di rumah saja.Bila dah di rumah, jadi suri rumah sepenuh masa, masak, mengemas,tengok tv, petang-petang main badminton dgn anak buah kat depan rumah...eheheh. Ada jugalah kami keluar jalan-jalan sekitar lembah klang ini. Oleh kerana tak banyak cuti yang boleh di "carry forward" maka, Kak Long ambil kesempatan untuk bercuti sementara "students" kat kampus ramai yang bercuti semester. Kawan-kawan di library kiranya boleh "kao tim" laa kerja-kerja yang ada.....

Mentari bersinar kembali...

Image
Berita yang diterima beberapa minggu yang lepas adalah satu berita gembira yang tidak disangka-sangka. Berita apa? rombongan merisik ke? eheheh ..bukanlah. Namun berita ini rasanya menceriakan hati Kak Long yang sebelum ini, mula terasa bosan dan macam-macam rasa lagi yang terbuku di hati. Berita yang di sampaikan oleh salah seorang bos di kampus sebenarnya amat di sambut baik oleh kakitangan di jabatan ini terutamanya kak long. Walau berita ini tak "official" tapi rasanya akan menjadi kenyataan. Jabatan yang kak long terajui akan mendapat seorang Vice President yang lebih mudah di dekati, yang disenangi oleh ramai dan "cool". Walaupun sebelum ini dia bukan bos kak long tapi bila sesekali berbual ketika meeting , dia amat mesra dan kelihatannya amat mudah memahami. Mungkin ada dikalangan kawan-kawan yang terbaca salah satu entri di blog ini, di mana Kak Long meluahkan rasa kesal, sakit hati, geram dan macam-macam lagi kerana merasa amat tertekan dengan kejadian-kej...

Tertinggal...

Saja nak kongsi cerita lawak ini dengan semua... Satu ketika dulu sebuah kerajaan di timur tengah telah merangka untuk membuat satu projek yang menyerupa NASA, meneroka ilmu di bidang angkasa lepas. Selepas berjaya mencipta kapal angkasa sendiri, mereka merancang untuk menghantar tiga orang angkasawan di bidang tertentu selama 4 tahun untuk membuat kajian di angkasa lepas. Bidang yang di pilih adalah bidang bayi tabung uji, ilmu cakerawala dan ilmu kesihatan yang membabitkan rokok. Maka dipilihlah tiga orang yang paling berkalibar untuk memikul tanggung jawap tersebut. Pertama seorang doktor perempuan yang memang terkenal pakar dalam bidang percantuman bayi tabung uji. Dia berjanji walau pun dia seorang diri mengkaji bidang tersebut, sekembalinya nanti selepas 4 tahun, dia akan membawa pulang sekurang kurangnya sepuluh bayi sihat ke bumi. Kedua, seorang Prof. Didalam bidang cakerawala, dia berjanji, selepas empat tahun nanti, dia akan memberi penyelesaian bagaimana manusia boleh hidup ...

Muhammad Nu'aim

Image
Maaf yer semua ... kak long tak ada idea dan byk masa nak post entri baru kat sini...ni just nak update kat semua nama anak saudara kak long yg terbaru ialah Muhammad Nu'aim ...ni gambar terbaru yang sempat kak long ambil kelmarin..dah berubah muka dia...makin gebu pp dia cam mak long dia kan?? ehehehe...

Pergi Tak Kembali

Khamis 9 November 2006, kira-kira pukul 7.45 pagi, Kak Long menerima satu berita sedih. Mak Cik Kak Long yang biasa kami panggil makcik munah telah pulang ke rahmatullah. Belum sempat kak long dan keluarga menziarahi makcik sejak di masukkan ke Hospital Besar Ipoh, 4 hari yang lepas, makcik telah pergi tak kembali lagi. Masih terbayang-bayang senyuman dan raut wajahnya apabila berkata-kata. Mujur sempat Kak Long dan keluarga sampai ke rumah makcik di Batu Gajah sebelum makcik yang telah siap di kapankan ketika itu di bawa ke surau berdekatan untuk disembahyangkan dan seterusnya di kebumikan di tanah perkuburan berdekatan. Ketika berita di terima kak long telah berada di pejabat, jadi kak long tinggalkan kereta di kampus dan pergi ke Batu Gajah menaiki kereta adik. Malam tadi kira-kira pukul 8 malam, kak long tiba semula ke KL dan sampai dirumah pada pukul 9 malam. Takziah utk semua ahli keluarga Makcik Munah dan utk sepupu2 kak long, Norman, Nurul, Bakhtiar dan Badrul , semoga kalian t...

Raya oh Raya

Image
Malam raya pertama, adik dgn anak2 main mercun dengan bunga api.Ihiks ....abah depa pun nak lepas gian main mercun cam kami main dgn arwah dulu nampak tak lampu kat belakang tu ...ehehe itula lampu panjut yg kak long pacak dgn bantuan Ieqa dan mak tp tk ada org teringat nak ambik gambo masa tu ..ahaks sorry ler..gambo dgn henpon maner nak terang sgt...ehehehe Hujan lebat turun mencurah2 dari petang sehingga malam raya pertama. Akibatnya sebelum tgh malam tu air naik di sekeliling rumah. Gambo ni kak long ambik pada hari raya ke 2. Yang bawah ni pulak gambo rumah semasa kak long dah ready dlm kereta nak balik ke semenyih. Air di sekeliling ruma hdah surut tapi air di parit masih penuh.

Baby baru di pagi Syawal ke 6, 2006

Image
29 October 2006 @ 10.50am ,Kak Long menerima berita yang adik ipar kak long telah selamat melahirkan baby boy. Kak Long sempat singgah di Hospital bersalin Razif di Taman Seri Andalas Klang.Gambar2 berikut sempat kak long ambil menggunakan henpon . Sorry la kalau tak terang. Ada lagi gambar lain tapi ada masalah pulak nak upload. Apa-apapun nanti kalau ada gambar2 lain dan baby pun dah ada nama, kak long post lagi kat sini. Eeeeiii...geram arr tengok baby ni.. comei sungguh cam abg2 dengan kakak dia.. cutenyer.. nyenyak sungguh dia tidur.. mak dgn cucu ke 4 Nasyirat nak pegang adik baru kononnya..eheheh

Salam Lebaran Dari Ku untuk Mu...

Image
Sahabat-sahabatku sekalian disempena bulan al-mubarak ini dan tak lama lagi bakal menyambut hari yang mulia, hamba menyusun jari tanda kemaafan dipinta sekiranya ada salah dah silap ketika kita sama-sama bergurau,berjenaka. Kepada mereka yang akan balik ke kampung semoga kita akan berhati-hati di jalanraya dan selamat sampai ke kampung dan selamat kembali semula ke tempat kita bermastautin mencari rezeki. Adat jauh kata mengata, Adat dekat puji memuji, Andai ada tersilap kata, Ampun dipinta menyusun jari. Salam jauh dan dekat, MAAF ZAHIR & BATIN.

Bunga Api...

Image
Dulu masa Kak Long dengan adik masih kecil, arwah abah selalu belikan bunga api. Bukan mercun tau...eheheh kak long takut dgn mercun. Dulu-dulu bunga api belum lagi diharamkan penggunaannya. Baru-baru ini ajer yang kerajaan haramkan sebab budak-budak kita especially yang melayu kreatif la sangat. Ambik belerang dlm bunga api ..kumpulkan serbuk belerang lepas tu jadikan bunga api yang lebih besar "power". Bukannya masa dulu tu tak ada kes budak-budak hilang jari , hilang penglihatan akibat bunga api atau mercun tapi beberapa tahun yang lepas semakin banyak kes , itu pasal kena banned bunga api dengan mercun. Pada satu Ramadan kira-kira 24 tahun yang lepas, anak jiran kak Long di kuarters JKR Simpang 3, Bagan Datoh Perak, telah kehilangan 3 jari sebelah kiri kalau tak silap kak long akibat dari bermain bunga api. Bukannya dia main bunga api yang biasa. Dia dengan bijaknya cuba memampatkan belerang bunga api yang di kumpulkan ke dalam sebatang besi. Dia nak buat bunga api y...

Looking Through The Eyes of Love

Image
Please, don't let this feeling end It's everything I am Everything I want to be I can see what's mine now Finding out what's true Since I found you Looking through the eyes of love Now, I can take the time I can see my life As it comes up shining now Reaching out to touch you I can feel so much Since I found you Looking through the eyes of love And now, I do believe That even in a storm we'll find some light Knowing you're beside me, I'm all right Please, don't let this feeling end It might not come again And I want to remember How it feels to touch you How I feel so much Since I found you Looking through the eyes of love

Soal dan Jawab...

Image
Tag ke, virus ke ..tak kisahlah. Nizie punyer pasal, Sist jawab jugaklah...layanzz utk gembirakan hati...eheheh. 1) 1 Ramadhan 1427 Hijrah anda berbuka puasa dengan siapa dan dimana? ---> dengan mak kat rumah sendiri .... Alhamdulillah 2) Apa persiapan anda menjelang hari raya? --->persiapan dah mula 1-2 bulan yang lepas. Beli kain awal-awal, hantar kat tukang jahit. Kuih mueh biasa dah dekat raya baru beli...eheheh kuih tunjuk biasanya biskut. Kalau kek biasa nya masak sendiri... 3) Sepanjang sebulan berpuasa, agak2 kemana lokasi berbuka yang akan menjadi pilihan anda? ---> ikut jadual kerja, Ramadan kali ini 2 minggu sempat berbuka di rumah, 2 minggu lagi rasa-rasanya dalam kereta . Jalan jammed Ooo tak sempat sampai kalau balik kul 6.30pm. Ihiks 4) Pendapat anda,berbuka puasa di Hotel? ---> kalau orang belanja , kira okeylah. Tapi lebih suka berbuka dengan famili. Kecuali ada tugasan yang memerlukan kita join berbuka di hotel. Dulu pernah tapi sekarang ni tak ada ......