Posts

Showing posts from November, 2006

Mentari bersinar kembali...

Image
Berita yang diterima beberapa minggu yang lepas adalah satu berita gembira yang tidak disangka-sangka. Berita apa? rombongan merisik ke? eheheh ..bukanlah. Namun berita ini rasanya menceriakan hati Kak Long yang sebelum ini, mula terasa bosan dan macam-macam rasa lagi yang terbuku di hati. Berita yang di sampaikan oleh salah seorang bos di kampus sebenarnya amat di sambut baik oleh kakitangan di jabatan ini terutamanya kak long. Walau berita ini tak "official" tapi rasanya akan menjadi kenyataan. Jabatan yang kak long terajui akan mendapat seorang Vice President yang lebih mudah di dekati, yang disenangi oleh ramai dan "cool". Walaupun sebelum ini dia bukan bos kak long tapi bila sesekali berbual ketika meeting , dia amat mesra dan kelihatannya amat mudah memahami. Mungkin ada dikalangan kawan-kawan yang terbaca salah satu entri di blog ini, di mana Kak Long meluahkan rasa kesal, sakit hati, geram dan macam-macam lagi kerana merasa amat tertekan dengan kejadian-kej...

Tertinggal...

Saja nak kongsi cerita lawak ini dengan semua... Satu ketika dulu sebuah kerajaan di timur tengah telah merangka untuk membuat satu projek yang menyerupa NASA, meneroka ilmu di bidang angkasa lepas. Selepas berjaya mencipta kapal angkasa sendiri, mereka merancang untuk menghantar tiga orang angkasawan di bidang tertentu selama 4 tahun untuk membuat kajian di angkasa lepas. Bidang yang di pilih adalah bidang bayi tabung uji, ilmu cakerawala dan ilmu kesihatan yang membabitkan rokok. Maka dipilihlah tiga orang yang paling berkalibar untuk memikul tanggung jawap tersebut. Pertama seorang doktor perempuan yang memang terkenal pakar dalam bidang percantuman bayi tabung uji. Dia berjanji walau pun dia seorang diri mengkaji bidang tersebut, sekembalinya nanti selepas 4 tahun, dia akan membawa pulang sekurang kurangnya sepuluh bayi sihat ke bumi. Kedua, seorang Prof. Didalam bidang cakerawala, dia berjanji, selepas empat tahun nanti, dia akan memberi penyelesaian bagaimana manusia boleh hidup ...

Muhammad Nu'aim

Image
Maaf yer semua ... kak long tak ada idea dan byk masa nak post entri baru kat sini...ni just nak update kat semua nama anak saudara kak long yg terbaru ialah Muhammad Nu'aim ...ni gambar terbaru yang sempat kak long ambil kelmarin..dah berubah muka dia...makin gebu pp dia cam mak long dia kan?? ehehehe...

Pergi Tak Kembali

Khamis 9 November 2006, kira-kira pukul 7.45 pagi, Kak Long menerima satu berita sedih. Mak Cik Kak Long yang biasa kami panggil makcik munah telah pulang ke rahmatullah. Belum sempat kak long dan keluarga menziarahi makcik sejak di masukkan ke Hospital Besar Ipoh, 4 hari yang lepas, makcik telah pergi tak kembali lagi. Masih terbayang-bayang senyuman dan raut wajahnya apabila berkata-kata. Mujur sempat Kak Long dan keluarga sampai ke rumah makcik di Batu Gajah sebelum makcik yang telah siap di kapankan ketika itu di bawa ke surau berdekatan untuk disembahyangkan dan seterusnya di kebumikan di tanah perkuburan berdekatan. Ketika berita di terima kak long telah berada di pejabat, jadi kak long tinggalkan kereta di kampus dan pergi ke Batu Gajah menaiki kereta adik. Malam tadi kira-kira pukul 8 malam, kak long tiba semula ke KL dan sampai dirumah pada pukul 9 malam. Takziah utk semua ahli keluarga Makcik Munah dan utk sepupu2 kak long, Norman, Nurul, Bakhtiar dan Badrul , semoga kalian t...