Posts

Showing posts from January, 2007

Kisah Kawad & Masuk Hutan - Bahagian 2

Image
Meh kita sambung cerita pasal masuk hutan hari ini. Seramai lebih kurang 40 orang ahli PBSM menyertai kursus kepimpinan peringkat ke 2 tersebut. Latihan peringkat ke 2 ialah di Kem Bina Semangat Pasir Panjang, Port Dickson. Nama jer latihan di Kem..tapi kami semua berkhemah di kawasan hutan di luar kawasan kem tersebut. Aduh mak! Itulah pertama kali Kak Long berkhemah di kawasan hutan. Perasaan semasa itu?? Takut ada, terujapun ada juga. Maklumlah, semangat dapat selesaikan latihan berkawad masih tersemat di hati…ehehehehh. Senior dan jurulatih seramai 2 orang dengan bantuan ahli-ahli lain mendirikan khemah untuk ahli lelaki dan perempuan. Kami ditugaskan untuk pelbagai aktiviti termasuklah jadi jaga , tukang masak dan lain-lain. Pada satu malam, Kak Long ditugaskan untuk menjadi pengawal di kawasan khemah. Shift kak long kalau tak silap masa itu ialah dari tengah malam ke subuh. Sedang lena tidur, kak Long di kejutkan seorang senior untuk bertugas. Semasa peringkat awal berjaga, masi...

Kisah Kawad & Masuk Hutan

Image
Apabila terbaca kisah dan aktiviti budak-budak yang terpilih masuk ke program khidmat negara, Kak Long teringat akan kisah Kak Long semasa menyertai kursus kepimpinan yang dianjurkan oleh Persatuan Bulan Sabit Merah(PBSM), cawangan ITM. Aktiviti ko-kurikulum yang Kak Long sertai semasa di ITM ialah PBSM. Semasa itu, pelajar part 1, wajib memilih antara Kesatria ataupun PBSM. Bila dah masuk part 2 atau part 3, baru boleh sertai persatuan lain. Semasa memula masuk PBSM, Kak Long menjadi ahli sahaja. Maklumlah budak baru. Di ITM Jalan Othman tak ramai yang menjadi ahli PBSM, jadi bila ada aktiviti di kampus Shah Alam, kami jadi tumpuan..eheheh. Nak di jadikan cerita, alkisahnya, setelah masuk part 3, Kak Long dah jadi senior dalam PBSM di JO. Kak Long dan beberapa ahli dari kampus JO, di minta menghadiri Kursus Kepimpinan semasa cuti semester. Alahai..sudahlah kena berkawad, berkhemah dan sebagainya, kena pulak berkorban cuti semester selama 2 minggu untuk menyertai kursus tersebut. Mingg...

Kawan Lama

Image
Sedang duduk-duduk memerhatikan skrin komputer ini, tiba-tiba Kak Long teringat satu insiden yang berlaku hujung minggu lepas.Lokasinya di depan salah sebuah kedai di Pekan S. Petang itu, kak long bersama-sama mak keluar ke pekan S untuk membeli sedikit barang keperluan. Sesudah siap "shopping" di supermarket F, Kak Long melintas jalan untuk ke kedai yang lain. Sebaik sampai di depan kedai tiba-tiba kak long perasan kelibat seorang teman lama semasa di ITM..kira-kira 17 tahun yang lepas(huhuhu lamanyer??).Kak Long tak lah rapat sangat dengan kawan yang ini tapi masih boleh cam lagi muka dia ( tak berubah cam zaman sekolah dulu). Kak Long dengan muka selamba tegur dia " Eh! ni A.....kan? Kawan yang seorang ini terkebil-kebil sambil menten senyum. Di seketika itu terdetik di hati Kak Long, "adehh malunya..dia tak kenal aku". Kak Long pun siap bagi nama penuh pada dia. Dah sebut beberapa kali nama pun dia masih terpinga-pinga tak ingat...lama-lama(lebih kurang 4 m...

Do It Today

Image
Do the right thing; Do it today; Do it with no hope of return or promise of reward; Do it with a smile and cheerful attitude; Do it day after day after day Do it, and someday There will come a day That will be a payday For all the yesterdays You spent focused on the current day- That will not only give value to today, But will make each future day Outshine each yesterday. And what more could you ask of a day? -John C.Maxwell- * Ternanti2 bila agaknya nak dapat gaji..mintak2 ada ler bonus ..ihiks *

Tanggungjawab...

Image
Hari ini hari keempat dan terakhir Kak Long bekerja untuk minggu ini. Esok tak kerja sebab nak hantar mak buat pemeriksaan doktor. Setiap 2 atau 3 bulan sekali, kak Long akan menghantar mak ke klinik. Dulu masa mak di kampung, klinik diseberang jalan saja, jadi mak jalan kaki. Pemeriksaan darah tinggi dah menjadi rutin buat mak sejak setahun selepas abah meninggal dunia 23 tahun yang lepas. Sejak awal minggu ini, tidak banyak kerja "urgent" yang perlu diselesaikan. Perjalanan ke tempat kerja dan balik dari kerja berjalan lancar sebab Kak Long masuk kerja pukul 11 dan habis kerja pukul 8. Lalu lintas pada waktu pergi dan balik lancar tanpa kesesakan yang menyesakkan kewarasan diri ...ehehehe. Itu kelebihannya bekerja shift lewat iaitu perjalanan yang mudah. Apa yang tak "best"nya kerja lewat ini ialah apabila terpaksa meletak kereta di kawasan bukit dan agak jauh dari blok library ini. Masa naik okey la sebab naik dengan kereta. Bila nak balik...kenalah alihkan keret...

Senyum Seribu Erti

Image
Hi! Auntie..Hi! Uncle Nie saya Muhammad Nu'aim Senyum manis dari Aim untuk semua... muahhhhss **Kak Long tak ada idea buat masa ini..eheheh**

Selamat Menyambut Ma'al Hijrah 1428

Image
20 January 2007 (Maghrib 19 January 2007) **Semoga tahun baru ini membawa keberkahan pada diri kita semua dan umat Islam sedunia,Ameen.**

Masam-masam Manis

Image
Seawal 6.20 pagi, Kak Long dah keluar dari rumah untuk ke tempat kerja hari ini. Bukan hari ini sahaja , malah kalau Kak Long shift pagi 8-5, kak Long akan keluar awal sebab nak elak kesesakan jalanraya di pekan Semenyih, tapi minggu ini, bermula dari Isnin lepas, kesesakan yang berlaku seawal dari pukul 6.15 amatlah menggeramkan dan menyakitkan hati. Arghhh!!!sabo..sabo...tapi melihatkan manusia-manusia yang hanya tahu mementingkan diri sendiri memotong "Q", cilok sana, cilok sini, menyebabkan jalan yang ada 1 lorong saja menjadi 3 lorong, dan akhirnya orang-orang yang lebih awal "Q" macam Kak Long ini jadi terkebelakang, terkemudian . Kalaulah manusia yang tak reti bahasa tu ikut "Q" rasanya perjalanan akan lebih teratur ,walaupun lambat. Sakit hati betul....tapi apa nak buat, mungkin juga disebabkan waktu subuh masuk lewat sekarang ini menyebabkan orang yg keluar awal sebelum pukul 6, menunggu sehingga pukul 6 lebih untuk keluar dari rumah iaitu selepas...

One Step Further

Image
Do more than exist: live Do more than touch: feel Do more than look: observe Do more than read: absorb Do more than hear: listen Do more than listen: understand Do more than think: reflect Do more than just talk: say something

Belajarlah menulis di atas pasir

Image
Dua orang sahabat karib sedang berjalan melintasi sebuah gurun pasir. A dan B. Di tengah perjalanan, tiba-tiba sahaja tercetus pertengkaran di antara mereka berdua. A telah menghadiahkan B satu tamparan yang hinggap di pipinya. B berasa sangat sakit hati tetapi tidak bertindak balas. Tanpa berkata apa-apa, B menulis di atas pasir: Hari ini, sahabt baikku telah menampar mukaku. Kemudian, mereka meneruskan perjalanan sehinggalah mereka menemui sebuah kawasan subur di padang pasir. Mereka mengambil kata sepakat untuk mandi di oasis tersebut sebelum meneruskan perjalanan yang masih jauh. Dalam mereka asyik membersihkan diri masing-masing, B nyaris tenggelam dan lemas tetapi berjaya diselamatkan oleh sahabtnya, A. Ketika B mulai sedar dari lemas dan hilang rasa takut, dia menulis di atas sebuah batu: Hari ini, sahabat baikku telah menyelamatkan nyawaku. A bertanya: “ kenapa setelah aku melukai hatimu, kau menulis di atas pasir. Dan sekarang, kenapa kau menulis di atas batu? Sambil tersenyum...