Posts

Showing posts from February, 2007

Busy as a Bee

Image
Hari ini Kak Long kena interview 4 orang calon penolong pegawai perpustakaan dan seorang pembantu perpustakaan untuk kampus cawangan di Kuala Trengganu. HRD telah membuat sedikit kesilapan kerana tidak meletakkan jawatan ini di dalam iklan "walk-in interview" yang telah dijalan beberapa minggu yang lepas di Kuala Trengganu. Saja jer tak nak bagi kak Long pergi Trengganu la tu ..ihiks . Apa-apapun kalau Kak Long tak sempat ziarah blog kengkawan hari ini, maaf dipohon. Ada sesiapa yang berminat untuk menjadi salah seorang kerabat kerja di tempat Kak Long bekerja ini, sila hantarkan resume. Peluang masih terbuka untuk jawatan pembantu perpustakaan.

Pelik tetapi Benar

Image
Terima kasih banyak diucapkan kepada Abang Long kerana meletakkan nama Kak Long dalam senarai tag...ihiks ..name tag ke smart tag? bukan itu tapi Kak Long kena tag supaya menyenaraikan 6 perkara pelik yang ada di dalam diri Kak Long. Uwaaa...ni kira suruh "exposed" pada dunia kebaikan dan keburukan perangai ke ni?? ehehehhe. Dua hari kak long fikir..apa bendalah yang pelik pasal Kak Long ni ? Anyway..untuk suka-suka kak long senaraikan kat sini perkara atau perbuatan atau perangai kak Long yang pelik atau "weird". Taraaaa..sila baca..ihiks. Tak mo baca? no problem...sila tekan X disudut hujung atas kanan browser pc @ laptop anda... 1. Takut nak guna kad "touch & go ". Huhuhu...korang gelak ek?? tapi itu hakikatnya. Kak Long terasa cam tangan tak sampai jer nak sentuh kad tu pada "reader" touch & go tu. Rela "Q" utk bayar duit tol..ahahahah. Bukan kad touch and go jer ... Sebelum ni pernah jadi kes kereta belakang bunyikan hon se...

Kejayaan Sebenar...

Image
Syukur, alhamdulillah anak saudara kak long, Noorsyafiqa berjaya diterima masuk ke Maktab Rendah Sains Mara Balik Pulau di Pulau Pinang dan akan mendaftarkan diri pada 21 Februari. Walaupun akan berjauhan dari mak dan abah tapi Iqa jangan bimbang kerana sebelum ini Iqa dah pernah tinggal di asrama cuma bezanya dulu boleh balik setiap hujung minggu tetapi kali ini agak payahlah nak balik setiap hujung minggu. Kesabaran itu perlu ada didalam diri. Apa-apapun Mak Long percaya pengalaman yang akan Iqa perolehi nanti walau pahit walau manis akan menjadi kenangan terindah dan menjadi garis panduan hidup dimasa hadapan. Belajar rajin-rajin dan Mak Long akan menyokong dan membantu Iqa sehingga Iqa berjaya. Have fun gurl ...cuma jangan lupa buku la yer...ehehehe. Telefon, sms,email akan mendekatkan Iqa dengan semua...dun worry okey!!

Bumi ini...

Image
"....Engkau melihat bumi itu kering, kemudian apabila Kami menurunkan hujan menimpanya, berubahlah tanahnya (dengan tumbuh-tumbuhan), subur, serta ia menumbuhkan berjenis-jenis tanaman yang indah." Surah Al-Hajj, ayat 5 *Allah s.w.t yang Maha Berkuasa memberikan nikmatNya kepada manusia. Manusia itu sendiri wajib bersyukur dengan nikmat yang diberi.Ini mengingatkan kita betapa berharganya air.Musim panas yang kita alami sekarang juga mengingatkan kita supaya berjimat cermat menggunakan air. Jangan membazir...*

Matahari

Image
Terbit sinar mentari Saban hari Mengejut mimpi Dari lena Riang kenari Di cemara Mengusik sukma Bunga-bunga matahari Anggun mekar Di taman sari Warna jingga Suntingan hati Bagai tanda Kasih bersemi Hangatnya sinaran Walau getir ku tempuh dugaan Menyahut wawasan Ku pohonkan segunung harapan Bangkitkan citramu insan Dalam diam menyambung warisan Sekilas sinar mentari Melewati di senja menanti Lagu nyanyian: Maya *Kak Long suka sangat dengan lagu ini. Sesekali lagu ini diputarkan di KLfm ruangan KLKL(Kenangan Lalu Kuala Lumpur).Sesiapa ada mp3 lagu ini, bolehlah emailkan kepada kak long yer*

Monday blues...

Image
Ihiks ..bila tengok kat tajuk entri macam nak cerita kisah yang tak best jer tapi sebenarnya tidak. Semalam Kak long off ...pasal kerja hujung minggu..so hari Isnin hari rehat "rest day". Apa-apapun kak Long nak cerita pasal aktiviti kak Long semalam. Kelmarin bila adik kak long mintak tolong hantarkan dia ke KLIA...kak long senyap jer. Jawab Ya tidak...jawab Tidak pun tidak...eheheh banyak betul tidaknya. Mak kak long tanya "pukul berapa?". Adik kak long jawab "kenapa?". Kak Long diam jer...ahahahaha..adehhhh ada cerita disebalik pertanyaan mak itu. Sebenarnya Kak Long pernah sesat masa balik dari hantar adik ke KLIA sebelum ini. Lama dah ...masa tu dia dengan famili nak ke Gold Coast, Australia..ehehehh mak ada kat sebelah masa tu jadi co-pilot tapi co-pilot pun tak pandai jalan. Silap tengok papan tanda..terus ke Lebuhraya Elit ..ahaks ...masa tu kak long fikir ..apasal tak jumpa2 masjid KLIA ni..tadi datang ada nampak masjid ...huhuhu.. Co-pilot masa t...

Plan Your Priorities

Image
One thing that all successful people have in common is that they have mastered the ability to manage their time. First and foremost, they have organized themselves. "Every minute spent in planning will save you two in execution." "You will never regain lost time, so make the most of every moment."

Life

Image
"Happiness keeps you sweet, Trials make you strong, Sorrows keeps you human, Failure keeps you humble, Success keeps you glowing and Allah keeps you going..."

Dan Hatipun Hiba...

Image
Berdiri dia disudut sana Pandangan seakan kabur Menahan terbitnya airmata Di kejauhan itu tidak terdengar keriuhan Senyap sunyi Aman terasa dunianya.. Tiba-tiba Kedengaran suara-suara berbisik ... "mengapa jadi begini?" "Kenapa bersendirian? "Kenapa diam tidak membantah?" Kenapa..dan kenapa.. Dia merasa sedikit gusar Salahkah dia memilih jalan hidup yang begitu? Terlalu sukar untuk difikirkan.. Kusut dan gusar silih berganti.. Menitis airmatanya ... mereka tidak pernah faham. Dia tahu untung ruginya restu ayahbonda pilihannya Maka dia berlari jauh dari suara-suara itu.. dia tahu tiada sesiapa akan mencari.. dan hatipun hiba...

Jodoh...Mencari atau Datang Sendiri?

Image
Artikel dibawah adalah temubual bersama Ustazah Zawiah Hassan, Ketua Penolong Pengarah Penyelidikan JAKIM. Persoalan jodoh adalah salah satu perkara yang tersirat dan kadang kala menjadi sukar untuk ditafsirkan. Statistik yang dikeluarkan oleh (LPPKN) tahun 2002 menunjukkan lelaki berumur antara 15-49 yang tidak berkahwin adalah sebanyak 3.1 juta manakala wanita 2.4 juta orang. Perkahwinan adalah sunnah Nabi S.A.W. Malah Allah sendiri telah menentukan jodoh setiap insan. Jadi mengapa mesti ada individu masih tidak berkahwin lagi. Mengapa ini berlaku? Apakah faktor-faktor penghalang yang menyebabkan seseorang itu belum menemui pasangan masing-masing? Mengupas isu ini Sinar Rohani menemu ramah Puan Zawiah Hassan Ketua Penolong Pengarah Penyelidikan JAKIM. Islam Menggalakkan Perkahwinan Islam mengambil berat soal perkahwinan untuk kebahagiaan dan keharmonian manusia. Sabda Nabi S.A.W "perkahwinan itu sunnahku" dan "Tiada konsep membujang dalam Islam". Jelas Ustazah Zaw...

Berdebar-debar ...

Image
Dalam masa lebih kurang 3 jam lagi, Kak Long dan 2 rakan sekerja akan menjadi saksi dan memberi keterangan di dalam perbicaraan Lembaga Disiplin Pelajar Universiti. Ini adalah kali pertama pihak Kak Long membuat pengaduan tentang kes kehilangan buku kepada pihak Lembaga Disiplin. Sebelum2 ini, bukan kami tidak pernah "menahan" pelajar yang cuba membawa keluar buku dari perpustakaan tanpa meminjam atau tanpa pengetahuan kami, cumanya ada "reasonable doubts" untuk kes-kes tersebut seperti alasan terlupa. Kali ini, kes berbeza kerana pelajar ini di dapati memiliki buku yang mempunyai tanda hakmilik universiti dan tanda tersebut terletak dimuka surat yang telah ditetapkan bagi setiap buku. Semua "bar code" dan "call number" di kulit buku telah di koyakkan. Sehari sebelum kejadian tersebut, pelajar ini telah diberi surat amaran atau "warning letter" kerana kes yang sama tapi untuk buku yang berlainan. Oleh kerana kes ini 'kuat' maka ...

Warna Surat Cinta

Image
Munah yang baru hendak belajar bercinta, bertanya kepada kakaknya, Salmah tentang maksud warna kertas yang digunakan untuk menulis surat. Munah : Kak, kenapa akak tulis surat dengan kertas warna hijau muda ?" Salmah: Surat warna hijau muda tu bererti 'aku cinta padamu.' Munah : Ooo...kalau ketas tu warna biru muda , apa ertinya? Salmah: Itu melambangkan 'suasana pilu.' Munah: Warna merah pulak? Salmah: Maknanya, 'asmara yang membara.' Munah: Eee..bestnya. Kalau kertas warna putih ? Salmah: Suci,bersih dan jujur. Munah: Kalau kertasnya warna kuning ? Salmah: Melambangkan 'hati yang gersang.' Munah: Ooo...macam tu. Kalau merah jambu ? Salmah: Ertinya...'sedang jatuh cinta.' Munah: Warna kelabu , apa maknanya" Salmah: Kertas kelabu membawa makna,'hati yang sedang sedih.' Munah:Kalau kertasnya hitam ? Salmah:Itu namanya kertas karbon...bodoh! -petikan dari Mastika , Februari 2007- * saja2 kongsi lawak ni untuk menenangkan hati yang...