Posts

Showing posts from April, 2007

Entah apa-apa

Image
Hari ini hari Isnin Mood malas menjelma lagi Hari ini hari yang sibuk Banyak kerja bikin kepala pening Alaa...sambung khamis nantilah. Hari ini hari gaji Bank yang setia perlu diziarah Mesin atm banyak yg rosak Beratur panjang lagi.. Hari ini hati bagai bingung Bagi nombor akaunpun boleh tersilap Hari ini entah apa-apa... tak ceria, tak boleh fokus... semua tak menjadi...

Bijak atau pentingkan diri ?

Image
Sesiapa yang tinggal di Lembah Klang, pasti tahu macam mana hebat dan terkenalnya kesesakan lalulintas. Pasti juga semua dah arif akan perangai pengguna-pengguna jalanraya tak kiralah pemandu kereta, lori, bas, treler, motosikal bilamana berlaku kesesakan. Sesiapa yang pernah membaca entri kak long sebelum ini pasti tahu yang kak long akan keluar dari rumah paling lewat pukul 6 pagi apabila bekerja dari pukul 8pagi-5ptg. Kalau kerja shift ke 2 iaitu dari pukul 11pagi-8mlm, kak long tak pening dan sakit hati sangat sebab kalau sesakpun sebelah malam sebelum nak balik bukan nak pergi kerja. Malam tadi kak long tidur lewat, hampir pukul 2 pagi baru lena. Akibatnya apabila alarm di telefon bimbit berbunyi, kak long boleh offkan dan tidur semula. Kononnya nak tidur kejap jer, nanti bunyi azan subuh, boleh terjaga. Aduss...rupanya azan pun kak long tak dengar!! ( atau mmg tak ada org azan subuh ke??). Apa-apapun nak dijadikan cerita, kak long terjaga pada pukul 6 pagi. Apa lagi...lintang pu...

Cerita Kerja...

Image
Semalam kak long dapat berita yang Vice Chancellor dah setuju untuk memberi peruntukan bagi projek pengubahsuaian di jabatan kak long bertugas...eheheh sayda dgn equil ni pernah ke study kat library uni?? mesti tak pernah ek?? ehehe eloklah tu...kurang kerja librarian nak suruh korang diam...ahahah. Jangan marah ok..kak long gurau jer. Okey..berbalik pada cerita projek pengubahsuaian ni,bos baru kak long yang teramatlah understanding,tak sabar2 dah nak mulakan projek..ehehhe great boss!! I like..ihiks. 3 tahun lepas sebelum kami berpindah ke kampus baru, proposal kak long telah di reject sebab management nak guna perabut yang lama juga..huhuhu sabo jer laa. Kita ni kuli, so ikut ajerlah apa depa nak buat. Kita ni jugak yang separuh mati penatnyer masa pindah. Kak Long cadangkan bos mintak tolong Sch.of Architecture, Mgt & Surveying (SAMS) dan bos setuju. Ini cerita sebulan lepas dan semalam Nikki, salah seorang tutor dari SAMS telah siapkan 1st stage proposal dan tunjukkan present...

Aku Masih Di Sini

Image
Buat pengetahuan semua, Kak Long berada di dalam keadaan sihat sejahtera, alhamdulillah. Entri-entri di bawah hanyalah sebagai tanda penghargaan kak long kepada semua kakak,abang dan adik yang sudi menjadi kawan Kak Long. Komen dan mesej-mesej anda menjadi penghibur dan membuatkan Kak Long merasa disayangi walaupun ada yang tak sayang kak long ..ehehehe. Okey..dah jangan sibuk nak baca blog jer, buat kerja tu...ihiks. Yang study lagi tu..belajarlah rajin-rajin. Jangan ponteng kelas( ni mesej khas utk adik-adik yang ada kat Wellington, NZ dan Russia?? ye ker Russia?? ...ahahahah. Sayang adik!!). Sayda and equil..I love ur comments , kelakar. Kepada yang lain-lain tak kira lelaki ke perempuan, kak long tetap ingat kat anda semua, walaupun sedang bercuti dan tak dapat tengok blog..huhuhu. ( takut kalau dah ada access kat rumah nanti tak ingat dunia ..sibuk dgn blog pulak...ahaks). Apa-apapun komen anda di setiap entri boleh kak long baca melalui email yang kak long baca via mobile gmail...

A Note of Thank You

Image
Abang KS, Rick,Pokcik Mersik, Shunjike(Bob),Hairie,Abang Long,Sahrulia dan semua bloggers yang sudi singgah ke Simfoni Hati. Maaf kepada mereka yang tidak kak long sebutkan nama di sini. Walaupun anda tidak meninggalkan jejak dan walaupun kak long tidak menyebut nama anda di sini, kak long tetap hargai. Walaupun kita tidak pernah bersua muka namun apa yang pasti kak long tidak akan melupai kalian semua walaupun ditakdirkan kita tidak lagi bersama di dunia siber ini.InsyaAllah..

Everlasting Rose

Image
To my lovely mak and my bloggers friends - Noushy,Kak Jie, Noamie,Sayda, Equilibrium, Opah De, Nizie, Ziela, Airynn, Haniey,Rafflesia Merah,Umie,Cikgu Nurul,Iyandz,Shayz,Ien,Azuna,CD, Geargie, Nurul, Cik Scarlet, Roshatika and to all the ladies out there . We are the everlasting rose... Minta maaf kalau nama anda tidak disebut. Kesudian anda untuk singgah di Simfoni Hati amatlah dihargai. p/s: to all the handsome and not so handsome guys..eheheh...jangan marah yer, esok kak long post satu entri khas untuk anda,InsyaAllah.

Nasi Ayam & Asam Pedas

iskk ...dah petang ni teringat pulak pada asam pedas ikan senangin yang kak long masak pagi tadi sebelum pergi kerja. Kak Long selalu masak dahulu kalau shift lewat ie: 11am-8pm. At least, mak tak perlu terkejar2 nak masak dan jaga cucu2 dia. Semalam masak nasi ayam..ehehhe yummy(puji diri sendiri) ahaahahh sbb tk ada org lain puji. Ihikss.. Hari ni tk ada idea nak tulis apa ...so jumpa lagi esok , InsyaAllah.

Dilema aku dan dia

Image
Hari ini kak Long bekerja. Sepatutnya minggu depan baru giliran kak long bekerja di hujung minggu tetapi minggu ini kak long menggantikan rakan sepejabat yang telah menggantikan kak long semasa kak long ke Pulau Pinang beberapa minggu yang lepas. Kesihatan kak long semakin beransur pulih. Kekejangan otot di bahagian belakang badan telah hampir sembuh tetapi tekanan darah kak long masih tak berubah. Risau betul. Kerisauan bertambah bila si dia memberitahu dia menerima tawaran bekerja baru tetapi menyatakan sekiranya dia menerima tawaran ini, kak Long kena berpindah ke Klang. Ohh tidak!!! itu yang kak long telah nyatakan di awal perkenalan kami. Kak Long tidak mahu meninggalkan mak keseorangan di rumah yang kak long beli. Syarat tersebut telah diterima. Jikalau kak Long berpindah ke Klang, payah pulak kak long nak ulang alik ke tempat kerja. berhenti?? oh tidakk...banyak tanggungan yang kak long perlu langsaikan. Hanya dengan bekerja sendiri sahaja membolehkan kak long berdikari dan tida...

I Turn to You

Image
When I'm lost in the rain, In your eyes I know I'll find the light To light my way. And when I'm scared, And losing ground, When my world is going crazy, You can turn it all around. And when I'm down you're there - pushing me to the top. You're always there, giving me all you've got. For a shield from the storm, For a friend, for a love to keep me safe and warm I turn to you. For the strength to be strong, For the will to carry on For everything you do, for everything that's true I turn to you. When I lose the will to win, I just reach for you and I can reach the sky again. I can do anything 'Cause your love is so amazing, 'Cause your love inspires me. And when I need a friend, You're always on my side Giving me faith taking me through the night For a shield from the storm, For a friend, for a love to keep me safe and warm I turn to you. For the strength to be strong, For the will to carry on For everything you do, for everything that's t...

Diari Pagi

Image
Hari ini bangun awal.Apabila alarm di telefon bimbit yang setia di tepi bantal berbunyi, terkejut Kak Long, berdebar darah...eheheh cepat-cepat "off"kan "alarm".Bangun dari katil, offkan charger telefon dengan segala macam suis di tepi katil. Terus ke bilik mandi, jengah di tingkap bilik mandi, suasana di sekeliling rumah sunyi sepi, surau pun tak ada orang datang lagi maklumlah azan subuh hanya akan berkumandang pada pukul 5:53 pagi. Minggu ini kerja pagi.Ini bermakna Kak Long kena berada di pejabat pada pukul 8 pagi. Untuk mengelakkan kesesakan jalanraya yang amatlah menyesakkan nafas, sebelum azan subuh lagi kak long dah keluar dari rumah. Kalau lambat keluar rumah, alamatnya satu jam dah pastinya tercongok di dalam kereta. Pagi ini @ 5:45, suasana di jalanraya dari Bandar Tasik Kesuma ke Cheras amatlah bagus. Kenderaan dah mula banyak tetapi perjalanan tenang, boleh speed 100km lagi (opss...over the limit la pulak) ahaks. Syyyyhh...jangan bagi tahu sesapa ek!!ah...

Adehh...sakitnya

Image
Sebelum subuh dah sahur,tapi kenapa laa gastrik menyerang diawal pagi ni? Iskk sakit la pulak perut ni..pedihh semacam. Tak nak bukak puasa. Disamping membayar semula hutang puasa sebelum ini, kesempatan ini di ambil utk berdiet..huhuhu...cepatlaa sakit ni hilang!! Kalau tak kerana komitmen terhadap janji pada diri sendiri, kak long akan makan ubat..tapi bila teringat cabaran itu, kak long tahan jer sakit ini...apa nak buat ini..makin lama mengadap pc ni..makin sakit. Kalau tak mengadap pc...surfing cari info..tak jalan la pulak kerja. Isk...kena stop dulu, nak jalan2 keliling bilik nak kurangkan rasa sakit... ps: Terima kasih kepada Rick kerana sms yang Rick hantar semasa kak Long sedang kesakitan amatlah dihargai. Kak Long dah okey. Niat untuk berpuasa terpaksa dikorban. Itupun setelah dipujuk oleh sidia. InsyaAllah akan diganti dilain hari.

Mandi

Image
KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan kadar gula darah sekitar 13 peratus. Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki. Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya. Mengeluarkan racun: Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan kadar gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit tepat. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah...

Stress Ke??

Image
Iskkk....seminggu tekanan darah kak long tak turun-turun sampai doktor kasi ubat untuk 2 minggu . Selepas 2 minggu, doktor akan monitor lagi "blood pressure". Adehhh....apasal la pulak boleh jadi macam ini. Biasanya kalau demam, selsema ke..baru bp naik, tapi itupun untuk sementara jer. Ini dah berlarutan dah ni. Agaknya dok fikir pasal kerja dan pasal dia ke? atau pasal persiapan utk majlis ..ataupun pasal orang sekeliling?? stress ke aku ni?? rasa tak stress tapi cam stress. Relaks kak long..relaks...jaga diet tu ..makan ubat, berdoalah kepadaNYA (pesanan pada diri sendiri)