Posts

Showing posts from July, 2008
Image
Testing testing hantar picture guna email ke blog. Ni gambar lama. Hari ni muka sembab sebab tak sihat..mesti dah mula berjangkit dari mak kak long. Aduhai peninnn

Enggan

Enggan aku mengaku kalah walau ada waktunya aku ingin berbuat demikian.Dalam hidup ini apabila ceria bertandang,masalah sentiasa saja muncul. Ya Allah,sesungguhnya aku sedar aku insan lemah yg byk melakukan kesilapan. Aku redha,ini adalah balasan dariMu. -- ~Zura~

Seriau

Dalam masa kira-kira 3 jam lagi , audit team dari E&Y yang dilantik oleh MoHE akan buat campus tour. Ini bermakna mereka akan singgah ke sini...huiiii berdebar-debar rasa.Apaler yang orang2 ni nak tanya. Tak habis2 dgn cerita audit ...ahaks. Esok pulak mereka nak jumpa dan nak interview . Ini interview ni rasanya sebab mereka nak verify some of the documentation kut.. aduhai seriau temann wehh. Mintak2 laa semua berjalan dgn baik. Ameen.

Teratak Sayang

Image
Teratak tidak seindah mana tetapi di sinilah diri ini dan mak tinggal. Alhamdulillah, syukur sesangat. Buat Noushy, kak long masih ingat kak long sepatutnya letak gambar2 rumah sebelum dan selepas renovation dari akhir tahun lepaskan? ehehhe maaf...banyak sangat perkara yang berlaku sejak lebih kurang 9 bulan yang lepas. Nantilah dalam masa terdekat ini sebelum akhir tahun, kak long harap kak long akan dapat letakkan gambar2 tersebut yer...:-).

Words & Silent Treatment

Jokes of the day. Just for fun !! A husband read an article to his wife about how many words women use a day... 30,000 to a man's 15,000. The wife replied, 'The reason has to be because we have to repeat everything to men... The husband then turned to his wife and asked, 'What?' *********************************************** A man and his wife were having some problems at home and were giving each other the silent treatment . Suddenly, the man realized that the next day, he would need his wife to wake him at 5:00 AM for an early morning business flight. Not wanting to be the first to break the silence (and LOSE), he wrote on a piece of paper, 'Please wake me at 5:00 AM.' He left it where he knew she would find it. The next morning, the man woke up, only to discover it was 9:00 AM and he had missed his flight. Furious, he was about to go and see why his wife hadn't wakened him, when he noticed a piece of paper by the bed. The paper said, 'It is 5:00 A...

Kolestrol tinggi?

Sekarang ni jangan kata orang yg lebih berat badan @ gemuk aje yang boleh ada kolestrol tinggi dalam darah malah orang yang kelihatan sihat dan langsingpun boleh kena. Pemeriksaan darah tahun2 sebelum ni tak ada tanda2 kolestrol jahat tu ada dalam darah, tapi awal bulan ni doktor menasihatkan mak kak long supaya mengawal pemakanan. Elakkan makanan laut, sayur-sayuran berasaskan kacang, makanan dalam tin dan minyak. Minyak yang paling elok sekali untuk mengawal kolestrol jahat ini adalah minyak zaitun tapi cuba anda perhatikan harga minyak zaitun di kedai2 ataupun di supermarket berdekatan. Harga dia sikit punyer tinggi. Dengan keadaan ekonomi sekarang ini, mungkin agak payah untuk menukar minyak masak kita kepada minyak zaitun. Jadi apa yang boleh kita lakukan? Kurangkan makanan bergoreng, jangan makan kuning telur, jangan makan makanan berlemak seperti kek terlalu banyak dan kerap. Kalau sikit2 tu okeylah, boleh makan nanti kempunan pulakkan? ehehehhe tapi awas jangan terlalu kerap ...

Angan tak sudah!

Sibuk masuk sibuk..busy masih busy ...ada dateline2 yang perlu dikejar. Huhuhu jangan pulak terjadi " yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran" Dalam mengejar dateline, ada saja perkara baru, isu baru, tugasan lain yang perlu dibuat.Kena kreatif..kena cari idea lain..buat idea lain!! Aduhai...makkkkkkk!! tak nak kerja kat sini lagilaaaaaaaa ...nak keje sendiri..tak nak pening kepala..tak nak stress yg lebih2..tapi nak makan apa pulak kalau tak kerja..saper nak bagi gaji!! Sudah2lah berangan nak berhenti kerja tu..buat jer la mana yg termampu, selagi terdaya..yer dak?? ( ayat pujuk hati sendiri ..tapi tak rela kupujuk nyer kes). Akhirnya...sambung jugaklah keje...stop blogging utk hari ni .ehehehe.

Sibuk lagi

Huaaa...kita busyyyyy yang amat....semua orang kat dept ni busy minggu ni sampailah minggu depan...huhuhu setiap bulan ada jer minggu bzzzzzzz...eehehhe MQA nyer hal ..cis cisss. sabo jer laa. Kali ini cuba korang layan lagu "ayah dan ibu oleh Allahyarham Sudirman pulak yer ...walau sibuk macam manapun kita mencari rezeki dan sibuk dengan keluarga sendiri, ayah dan ibu jangan kita lupakan.

Macam Mana ?

Image
Apa nak buat kalau kita pinjamkan duit kepada kenalan tapi bila kita memerlukan kembali duit tersebut, dia buat diam jer. Bila ditanya, diam juga. Bukankah sepatutnya kalau kita tak ada duit nak pulangkan, kita akan mintak maaf dan mungkin akan kata, "boleh tak saya bayar sikit2"? Yang peliknya walau tak ada duit, ambik jugak order org yg nak buat makan2, katering la kononnya tapi pakai duit sendiri dulu..claim kemudian. Iskk...duit org yg dia pinjam tak pulangkan...sebaliknya dia buat modal pusingan ke? Sebenarnya kita tak redhakan pun duit tu dipinjamkan kat orang tu, sebaliknya orang yg diamanahkan untuk menyimpan duit itu bagi kat org tu sebab kesian org tu tak ada duit nak bayar yuran universiti anak dia...hmmm entahlah betul ke tidak. Hmm...apa perlu dilakukan? redha jer ke? terus menanti? sedangkan diri di dalam keadaan memerlukan ? Kalau seringgit dua ..okey la jugak..boleh halal jer.

Buku, Cikgu Dan Sekolah

Pagi tadi, kak long terdengar suara seorang ustaz yang mengajar murid di KAFA menengking di dalam kelas.( kelas tu dekat dgn rumah). Memula tak dapat nak tangkap butir bicaranya tapi akhirnya kak long terdengar pasal buku tinggal kat rumah..kenapa tinggal buku? dan macam2 lagi tapi tak berapa dengar sangat apa dia cakap lagi. Kak Long pulak yg rasa kesian kat budak yang kena marah tu ..mesti dia kecut perut. Masa tu sunyi jer dalam kelas tu . Sebelum tu kelas tu bising dgn bunyi budak2 menghafal ayat2 Al- Quran. Kalau budak yg nakal dan memang selalu tinggal buku mungkin tak jadi kudis bila kena marah dek ustaz tapi kalau budak yg pertama kali tertinggal buku...kena marah macam2..kena tengking2...iskkk mahu tak nak dia pergi sekolah lagi lepas tu. Mungkin dia tak sengaja tertinggal buku dia kat rumah sebab ada budak2 ni bila dah siap homework..tak kemas buku..bila nak pergi sekolah ..baru sibuk nak kemas buku ikut jadual ler apa ler ..mungkin jugaklah ada buku yang tertinggal bila da...

Tak Kuasa Akak...

Tip berikut diperolehi dari email yang di forward ke email kak long. Cuba perhati dan baca tip No.7... aduhai...sengal betul tip ni. Mungkin tidak pada orang lain tapi untuk akak..eee tolonglahhhh tak payah!!! Belanja boleh tapi bukan untuk buat orang lelaki suka kat kita...belanja kawan2 tak ada masalah tapi niat perlu betul okey!! TIP UNTUK DAPAT JODOH BAGI WANITA 1)Sembahyang 5 waktu 2)Baca surah yusuf ayat4 7x tiap2 lepas solat 3)Bersikap positif dan peramah pada semua orang 4)Bersikap manis muka bila bercakap 5)Rajin-rajin ler memberi senyuman 6)Buang ego diri jauh-jauh 7)Rajin-rajin jumpa chatters lelaki di friendster/tagged.com dan jangan kedekut belanja lelaki makan 8)Tiap-tiap tengah malam bangun solat hajat 2 rakaat berdoa moga cepat dapat jodoh 9)Pasang mp3/cd Ruqyah tiap-tiap malam dari malam sampai pagi (low volume) bagi membuang segala unsur/aura negatif/jin dalam badan.Ini kerana ada sesetengah wanita agak sukar mendapat jodoh kerana adanya jin saka/sihir pelalau dalam b...

Tolong Kak Long sikit...

Image
Birthday mak minggu depan, 17 Julai..hmm apa nak bagi atau apa nak buat ek untuk gembirakan hati mak? Kek dah biasa..bukan tak nak beli kek tapi terasa perlu ada sesuatu yang lain perlu dilakukan kali ini. Bukanlah maksudnya mak bersedih sekarang ni tapi saja nak bagi dia lagi ceria dan rasa lebih dihargai. Kawan-kawan semua ada cadangan tak? tolong kak long ek... kalau ada bagilah komen disini. Terima kasih...

Takutnya....

Ketika dia berada di hadapan pintu masuk ke pejabat, dilihatnya seekor ular melingkar di tengah2 pintu. Tak jadi dia nak melangkah tetapi sekadar memerhati dari jauh. Kelihatan seorang pencuci pejabat dengan selambanya mengalihkan ular tersebut menggunakan batang penyapu. Ketika itu, dia merasa lega lalu terus melangkah menuju ke pintu tetapi pada masa yang sama tetiba-tiba perempuan "cleaner" itu telah meletakkan ular tu betul2 di tengkuk dia. Dia merasa terkejut lalu cuba menjerit tetapi dek kerana terlalu takut dan geli tidak ada suara yang keluar dari kerongkongnya. "Cleaner" itu hanya memerhati sambil tersenyum sedangkan dia semakin menggeletar ketakutan dan dirasakannya saat itu seolah-olah dia tidak lagi mampu untuk bernafas...dia cuba untuk bersuara "tolonggggggg" ... Akhirnya dia tersedar dan ketika itu dia masih terasa menggeletar kerana takut dan geli dengan ular yang dibelitkan dilehernya tanpa kerelaan. Rupa-rupanya dia bermimpi tetapi mimpi ...

Matahariku

Layan jer la lagu ni yer buat sementara waktu... Tertutup sudah pintu, pintu hatiku Yang pernah dibuka waktu hanya untukmu Kini kau pergi dari hidupku Kuharus relakanmu walau aku tak mau Reff1: Berjuta warna pelangi di dalam hati Sejenak luluh bergeming menjauh pergi Tak ada lagi cahaya suci Semua nada beranjak aku terdiam sepi Reff2: Dengarlah matahariku, suara tangisanku Kubersedih karna panah cinta menusuk jantungku Ucapkan matahariku puisi tentang hidupku Tentangku yang tak mampu menaklukkan waktu MATAHARIKU ( AGNES MONICA ) BY Isabella

5:03

Image
...5:03. Apakah ada yang tersirat disebalik nombor ini? Semalam,apabila diri ini memandang jam di telefon di tepi bantal, waktu menunjukkan 5:03. Hari ini, apabila tersedar dari lena, jam menunjukkan 5:03. Huihss....5:03 lagi? Macam dah diset di minda la pulak untuk tersedar pada waktu ini. Ehehehe hari ini setelah melihat angka 5:03, minda nakal ini dengan automatiknya berkata " ada 1 jam lagi sebelum bersiap untuk ke tempat kerja. Berbeza dengan semalam, tidurku tidak lagi lena selepas itu. 5.30 dah bangun dan berkemas-kemas. Hati berdebar-debar jer fikirkan nak buat passport baru di Imigresen Kajang. Sebelum 7:00 pagi lagi dah sampai di Kajang dan kelakar jugak bila nak sign passport tu ...jari menggeletar...tandatanganpun macam dah tak betul ...hekelehh apa giler kak long ni ...ahaks. p/s : Happy Belated Birthday for my sis in law, Haslinda Abdul Aziz, 30 Jun 2008.