Posts
Showing posts from October, 2008
Happy 2nd Birthday ...
- Get link
- X
- Other Apps
2 tahun yang sudah...29 October 2006 lahirlah seorang putera Dengan Opah dan Kakak semasa berusia 2 bulan ...Muhammad Nu'aim. Buah hati famili semua yang comey, kelakar dan nakal eheheh. Tak plan nak celebrate apa2pun sebab sibuk dgn kerja....tapi tak tahulah pulak kalau mama dia ada beli kek..ihiks. Kish2 pp Nu'aim..semoga dipanjangkan umur, cepat bercakap dan dengar kata Opah, mak long, Abah dan Mama. Oktober 2007 2008
3 hari...
- Get link
- X
- Other Apps
..kak long menyepikan diri. Sepi bukan kerana merajuk dan bukan kerana marahkan sesiapa atau melarikan diri dari masalah. Cuba teka sebab apa kak long menyepikan diri? Terus terang lebih mudahkan? Kak Long menyepikan diri sebab kak long tak sihat. Demam. 3 hari demam dengan batuk. Bila makan ubat, demam kebah tetapi demam datang lagi...sakit semua sendi dan pening kepala semua lengkap. Hari ini datang jugalah ke tempat kerja walau tak sihat seratus peratus tapi oleh kerana pagi tadi pening dah berkurangan, kak long bolehlah memandu. Sewaktu menaip entri ini kepala dah mula sakit semula, jadi kak long kena berhenti yer. Jaga diri semua... p/s : Saper tau nama karektor kartun di atas ini? Dalam pada demam, kak long sempat tiru gambar kartun ini hanya kerana sayangkan anak saudara yang beriya-iya suruh kak long lukis. Ehehehe tibai jer lukis asal dia suka.
3 malam 3 hari di Kuching, Sarawak
- Get link
- X
- Other Apps
3 hari di Kuching, Sarawak tetapi masa untuk berlibur hanya sekejapan saja. Orang kata , menyusuri Sungai Sarawak pada waktu senja sambil menyaksikan matahari terbenam dan melihat "Pak Tambang" mendayung sampan menyeberangi sungai memang nyaman. Huhuhuhu tapi kak long sempat sampai ke WaterFront tapi tak sempat nak tunggu sampai matahari terbenam tapi memang cantik. Tebingan Kuching atau waterfront yang dibina pada 1993 menyimpan rentetan sejarahnya yang menarik. Di sinilah bermulanya sejarah Kuching dengan ketibaan seorang pengembara dari England, James Brooke yang menumpaskan pemberontakan di sungai atas permintaan bapa saudaranya Sultan Brunei. Sarawak ketika itu adalah sebahagian daripada Brunei. Sebagai balasan, Sultan Brunei melantik James Brooke menjadi Rajah Sarawak, sehinggalah pendudukan Jepun tahun 1941. Selepas perang, anak saudara Brooke, Charles Vyner Brooke menyerahkan Sarawak kepada British. Bazaar menjual ole2 dan cenderamata berjajaran di sepanjang jalan be...
Sampai dah...
- Get link
- X
- Other Apps
Akhirnya kami samoai ke Kuching pada pukul 12.30 pagi 17 oktober, 2008. Huhuhu flight delayed selama 1 jam. Alhamdulillah cuaca okey sepanjang perjalanan. Tidur pukul 2 pagi..bangun pagi ni ambik sarapan di hotel. Sekarang kami di campus baru di Kuching dan sessi pertama akan bermula sebentar lagi. Selepas sarapan tadi sempat jalan2 ke kawasan sekitar hotel, termasuk padang merdeka dan kedai2 sekitar.
Bila Hujan Turun Di kala Senja
- Get link
- X
- Other Apps
Pemandangan di kawasan letak kereta di hadapan blok perpustakaan Hujan turun dengan begitu lebat sekali di petang Rabu ini. Termasuk hari ini sudah 3 hari berturut-turut hujan turun di waktu petang membawa ke malam. Bila hujan lebat dgn guruh dan petir silih berdentum di langit kelabu, hati jadi sedikit runsing. Kak Long paling tak suka memandu dalam keadaan hujan diwaktu malam. Dalam keadaan jalan licin, jalan sesak dan had penglihatan yang terhad menyebabkan diri ini memandu dalam keadaan stress ..isk iskkk rasa tak sabar nak sampai ke rumah. Titis-titis hujan di luar jendela
Nak Terbang ke Bumi Kenyalang
- Get link
- X
- Other Apps
Diam tak diam dah seminggu tak update blog ni. Bukannya apa, tak ada idea, tak ada mood dan tak ada rasa nak berblogging..ehehehhe. Di ofis mmg sibuk tapi kalau nak update di rumah pun boleh sebenarnya tapi tak buat..ampunnn ek. Apapun tinggal 4 hari lagi sebelum kak long away dari ofis selama beberapa hari. Kak Long akan sampai di Kuching malam Khamis 16 oktober sehinggalah Ahad 19 Oktober. Flight details belum dapat lagi. Kali ini bukan bercuti tapi urusan kerja..eheheh. Sampai sini dulu..nanti kalau ada cerita lain kak long update lagi yer. Daaa..
Cerita Raya
- Get link
- X
- Other Apps
...kak long sibuk sekarang ini, jadi tak sempat nak cerita panjang lebih awal. Hari ini ambik peluang update blog. Malam sebelum raya, sesudah berbuka puasa, dan sesudah siap memasak juadah hari raya, mak kak long mengalami masalah kekejangan otot kaki menyebabkan dia tak mampu untuk memijakkan kaki mahupun melangkah. Kami tinggal berdua saja. Kak Long terasa amat sayu ketika itu tetapi kuatkan hati sebab tak nak mak rasa bertambah sedih. Kak long papah mak dan mencari minyak panas tapi tak jumpa. Yang ada hanya minyak angin dan gamat. Malam itu mak mengesot utk ke bilik air dan kak long tambah sayu bila mak menangis bila kak long terima sms dari pakcik di Seremban. Bila kak long nak bagitahu adik dan kakak sepupu, mak tak bagi. Air mata masa tu memang tak mampu ditahan tapi kak long menangis dalam diam. Sambil menghabiskan gantung langsir di dapur. Semua kak long buat sendiri. Sedihhhh...selalunya mak yang tak duduk diam dalam rumah tu tapi kali ini mak duduk setempat dan tak boleh b...