Posts

Showing posts from February, 2009

Tak sempat ...

...teman nak ziarah blog kawan2. Maaflah yer,teman tak cukup masa nak siapkan keja yg ada! ehehe apatah lagi nak rayau blog.Teman tau ada juga rakan yg singgah walau teman tak pergi ziarah blog deme semua.Terima kasih ler teman! nanti kalau dah lega sikit,teman pergi ler ke blog kome yer yong dan yeop.

Apabila kerja di Hujung Minggu

Cuaca amat panas semalam. Terik mentari mencecah 35 darjah celcius. Sampaikan duduk dalam library yang berhawa dinginpun pelajar2 yang studi kat tingkat 2 komplen panas, mereka kata tak ON penghawa dingin ke? Kenalah panggil staff dari "maintenance dept" laraskan suhu penghawa dingin. Hari ni akak bekerja seorang diri, so datang awal, kemas meja, kerusi dan buku-buku yang berselerak. Semalam agak penat sebab ramai yang berurusan di kaunter. Hari Ahad ni pun ramai jugak. Rajin mereka ni sebab ada kuiz, mid-term exam dan kelas ganti gamaknyer..ehehehe. Semalam yang kata nak buat OT pun tak datang dengan alasan tersendiri...hari ini ingatkan datang...tapi tak jugak datang..hmmm tak tahu teman nak kata apa. Esok nak pergi Tabung Haji Kajang tapi tak pasti kat sebelah mana . Esok kena buat panggilan ke TH nampak gayanyer kalau tak jumpa. Teman bukan pandai sangat jalan2 kat Kajang tu , lagi2 pulak area Jalan Sungai Chua. Bila cakap pasal Kajang ni , masalah nak cari tempat pa...

Komunikasi dua hala

Beberapa hari ini saya lebih banyak berkomunikasi menggunakan emel dengan rakan-rakan di pejabat. Saya lebih selesa dengan cara yang sebegini. Memberi arahan, memohon pertolongan dan sebagainya menggunakan emel akan memudahkan saya membuat "follow up". Kami bekerja di bahagian perkhidmatan, dan ada giliran waktu bekerja. Jadinya agak payah untuk mencari waktu untuk bermesyuarat. Kalau ada isu berbangkit, boleh terus bertanya secara bersemuka ataupun emel. Kalau dah suruh buat tapi tak buat, silalah baca emel anda, pasti ada emel peringatan yang diberi. Saya sendiri menerima teguran melalui emel, maka rasanya tidak salah kalau saya menegur juga menggunakan emel. Kadang2 bila kita bercakap berhadapan kalau sampai berbuih mulut tapi yang mendengar tak mendengar dan memahamipun tak berguna jugak. Saya sendiri sentiasa menerima arahan dan pertanyaan melalui emel dari boss. Kadang kita boleh lupa kalau orang minta itu dan ini melalui perbualan dan kita pulak tak sempat nak buat not...

Fwd: Ulang tahun kelahiran

Image
Happy 6th Birthday Nurdini. Jadi anak yang pintar dan baik yer. Semoga Allah memberkati hidupmu sayang!

Kembali ke Asal

Image
Kembali ke asal. Blender tetiba rosak semasa nak mengisar cili kering. Mujurlah ada lesung batu yg telah agak lama tidak digunakan jadi dapatlan masak sambal ikan. Itulah orang kata bila dah dapat gading bertuah, tanduk jangan dilupakan. Apabila rotan tiada, akarpun berguna. Jangan dilupa asal usul walau kita telah mencapai kemajuan. Berpijaklah dibumi yang nyata!

Jangan ada Resah

Urusan2 penting yg mesti dilaksanakan masih belum selesai.Seperti kata kak Tie pasti ada jalan penyelesaian untuk masalah yg ada.Walau lambat tapi ada sebahagian urusan telah menampakkan kemajuan.Ada urusan pula insyaallah akan dimulakan dgn langkah pertama minggu hadapan.Cuma yg merisaukn urusan kerja yg perlu usaha berganda dari diri ini.Usaha Jue! usaha!

Mampukah aku?

Sesungguhnya diri ini di saat ini dan ketika ini agak gelisah, risau, takutpun ada mengenangkan kerja yang harus dipikul. Semakin hari semakin mencabar dan dengan kesihatan yang tidak begitu baik, diri ini menjadi goyah dengan kewibawaan yang ada. Keperluan dan masalah keluarga sudah menjadi tanggungjawab dan dikala ini ada suatu perkara besar yang harus disempurnakan sebelum akhir tahun ini demi memenuhi hasrat adik terhadap ibu tercinta. Kadangkala diri ini menjadi keliru yang mana satu harus dilaksanakan. Pendekatan tunggu dulu terpaksa juga digunapakai disebabkan diri ini tidak mampu melaksanakan tugasan rasmi dan urusan peribadi dalam masa yang sama. Walaupun ini mungkin akan menyebabkan diri semakin terjerat. Rasa marah dengan diri sendiri kerana tidak mampu menyuarakan rasa ingin bebas dari segala permasalahan dan payah juga diri ini memohon pertolongan dan menyatakan kesukaran diri ini menguruskan segalanya. Mampukah diri ini melaksanakan tanggungjawab ini sedangkan semangat y...

Maaf

Keadaan kesihatan saya beberapa hari ini tidak mengizinkan saya utk bertugas.Maafkan saya dan terima kasih buat rakan2 di tempat kerja yg membantu meneruskan tugasan seperti biasa.Kepada Hana,Dee,Ita,Zu,Azlan dan Wendy,terima kasih akak ucapkan dgn komitmen yg anda berikan.Doa dari rakan2 dan blogger amat dihargai.