Untuk mereka yang tidak bertanggungjawab atau dalam erti kata lain, mengetuai sesuatu projek, mereka tidak akan memahami betapa perlunya kerjasama rakan sekerja. Walaupun sudah tahu betapa perlunya kerja-kerja yang ada disiapkan secepat mungkin walau terpaksa bekerja lebih masa tetapi ada juga yang tidak memahami. Cukup saja masa, balik. Semasa tidak ada kerja yang 'urgent" , boleh pulak OT. Saya kalau boleh tidak mahu memaksa. Apabila telah disuarakan semasa mesyuarat tentang pentingnya kerja lebih masa ketika ini, sepatutnya semua akan memberi kerjasama. Masalah apabila ada sikap " tak sebut nama aku dalam senarai, tak perlulah tolong", memang payah jadinya. Saya hormat kepada mereka yang bekerja tidak mengira waktu, apabila diminta stay back, jika tidak ada yang terlalu penting, mereka akan stay back dan jangan bimbang, seorang ketua akan melihat itu semua dan jika semuanya telah selesai, anda semua akan boleh mengambil OFF day itu. Tolonglahhh...tolong bantu saya...