Posts

Showing posts from 2010

Naik tapi tak masuk

Hujan yg kerap turun kebelakangan ini menyebabkan air naik di sekeliling rumah tetapi alhamdulillah air tak masuk ke dalam rumah. Harap2 tak masuklah dan air akan cepat surut.

Kereta oh kereta

Selepas 5 thn awak buat perangai. Kenapa awak buat saya macam ini ? Saya sedih awak! Kurang la duit saya kerana awak hari ini. Tak mengapalah.,asalkan awak tak meragam. Saya doa2 jgnlah awak sakit lagi. Minggu depan saya bawak awak buat rutin checkup tau, so sure awak dpt ubat2 yg awak biasa dpt yer. Huhuhu keretaku buah hatiku, tanpa dirimu patah kaki la alamatnya. Please yer awak, jgn susahkan saya ye.
Image
Nasyirat Nu'man ..anak saudaraku yg hensem pakai jubah. 3 hari lagi dah keluar keputusan UPSR..moga2 Nasyirat berjaya kekalkan kejayaan masa percubaan. InsyaALLAH Ameen.

Serba salah

Kenapa tak bgtau awal! Deme dah tau dari awal kot...isk tak tau le nak kata cam mana. Kalau org dah tak nak bgtau tak ngapa ..jgn bgtau terus. Kdg terasa juga..bila perlu je ingat kat kami... Tp tak baik buruk sangka kan? Redha je la. Saper yg nipu dan aniaya teman dan mak tu, moga Allah beri balasan setimpal. Ameen.

Pening

Pening memikir masalah kerja. Risau dgn apa yg terjadi. Ya Allah mintak2 ada la dokumen yg dicari dalam pc. Insya Allah.Kena tunggu isnin ..sabar2. Ameen

Letihnyer...

Hari ni meeting hampir 6 jam. Rehat 20 minit. Adeh mujur ler board room kat blok yg sama...memang tak penah dibuat meeting sampai 6 jam ehehe pecah rekod.
Image
Mangga yg belum sempat masak. Diterbangkan angin ribut petang sabtu.

Di manakan ku cari...

...huhuhu...ke tak perlu diganti? Atau berhenti mencari? Nak terus Fikir ke tak payah penin mikir? Isk isk kadang terfikir gak! Habis tu apa atau siapa nak dicari?

Malas

Dah malas nak bercerita, berblogging! Apa yang nk diceritakan? Apa yang nak dikongsi? Tak ada yg menarik buat ketika ini. Yang ada hanya kerja..kerja! Ehehe apapun tengahari ni nak balik kampung. Walau perut meragam dari semalam tapi dah niat nak balik maka digagahkan juga. Harap2 tak meragam dlm perjalanan..InsyaAllah

Nilai Seorang Anak

Nilai Seorang Anak iluvislam.com + discover the beauty of islam

Syawal 2010

Hilang

Dokumen penting entah di mana cicirnya. Tak sedar dan tak pasti bila. Fikir positif semuanya boleh didapatkan,insyaALLAH. Cuma hati terbeban dengan beberapa kerja dan urusan yg menjadi tjawab terhadap ibu jatuh pada tarikh yng sama. Masalah betul

Habis dah...

Cuti raya..esok balik ke rumah. Tinggallah kampung buat sementara.

Syawal tiba lagi..

Ramadhan dah berlalu dan syawal sudah masuk hari ke 6. Hari ini agak jauh kami beraya. Sampai juga ke rumah pakcik di Tambun, Ipoh. Terima kasih kepada Adik yg menjadi pemandu kami sekeluaga seramai sebelas org,selamat pergi dan balik.

Meniti Ramadhan

Ramadhan telah hampir separuh berlalu. Alhamdulillah puasa dapat dilalui dengan penuh keimanan dan semoga diampunkan dosa-dosa oleh Allah swt yang maha pengampun lagi maha penyayang...ampunkan dosa2 ku dan jauhkan aku dari melakukan kesalahan dan rahmatilah aku dan keluargaku Ya Allah...AMEEN.

Apa kes?

Sudah masuk 3 hari ada panggilan 'missed call' dari nombor tidak dikenali. Nombor tertera lebih dari sepuluh angka. Mungkin dari luarnegeri? Atau panggilan tempatan yg guna kod? Musykil betul..apa tujuannya? Kelmarin dan semalam lebih sepuluh kali telefon berdering tp tak sampai 2 saat bunyi terhenti. Hari ini ada 2 kali. Agaknya dah jemu tunggu akak kol dan marah2. Tak kuasa teman...

Selamat

...berhujung minggu. Bersantai bersama famili di mana jua anda berada. Selamat beristirehat.

Bertuahnya seorang ibu

Satu peristiwa ketika menanti masuk waktu solat maghrib di masjidil haram kira2 3 minggu yg lepas masih melekat di kotak fikiran ini. Tiba2 ada seorang kakak atau mungkin berpangkat adik mengelap muka ibu atau mungkin ibu mertuanya. Rupanya hidung makcik tu berdarah. Cara wanita itu memegang kepala ibu nya dan mengelap darah yang mengalir kak long lihat penuh dgn kasih sayang. Lembut sgt2. Lap dengan tuala dan air mineral yg dibawa. Cucu makcik tu pun ada sekali ...alahaii syahdu sungguh ketika itu. Sebak hati...kalaulah terjadi kepada diri ini..adakah diri ini mampu bertenang seperti wanita itu. Tak semena-mena air mata kak long pulak yang mengalir ke pipi tanpa dapat ditahan2 ketika menunaikan solat maghrib. Ibu tadi meneruskan solatnya dgn hanya duduk di sebelah anak @ menantu perempuan dan cucunya. Terharu..semoga kita semua akan prihatin kepada ibu kita seperti wanita di dalam cerita kak long ini. Bertuah makcik tu dapat anak@ menantu perempuan yang mengambil berat kebajikannya.

Jejak umrah 9-25 June 2010

Image

Tepukah aku...

Esok kerja...hari minggu kerja...Isnin tak boleh nak OFF, ada meeting. Fuhhh....esok kena senaraikan action plan untuk isu2 berbangkit semasa meeting di PD minggu lepas. Sigh....sakit kepala bila mikir kerja yang semakin terasa bebannnya...huhuhu kerja apa la yg aku nak buat ni...agaknya bila dah lama kerja ni...sampai tahap tepu dah kut..isk iskk...keliru ...

Off site Workshop@management meeting

Hmm....esok dah nak kena pergi PD...ikut aturcara ada presentation yang perlu dibuat oleh setiap ahli ...adehhh malam ni kena buat ler ..udahlaa tak ada guide dan tak tahu sama ada proposal yang hantar 2 minggu lepas tu okay ke tidak...tetiba kena pulak present depan semua orang..tak sukaaaaaaa!! walaupun kita kena fikir positif tapi dalam hati tetap berkecamuk ...harap2lah Allah berikan kelapangan fikiran dan akan keluarlah idea bernas untuk presentation tu nanti...InsyaAllah..Amin.

Malam minggu

Malam ini, mak,iqa dan kak long berada di rumah kazen di Meru sempena meraikan majlis cukur jambul cucu ke 3. Meriah dgn saudara mara dan jiran2. Perjalanan petang tadi dari rumah diiringi hujan gerimis menyebabkan jalan sedikit sesak dan melambatkan. Sudahlah teman ni bukan juara f1 ataupn rally, makanya memandu lah teman dgn gaya pemandu berhemah ehehe kalau ada yg suka cilok naik keret teman,mesti bengang dan tak sabar! Huhuhu takpe takpe biar lambat asal selamat!

Betul ke?

Kelmarin dapat panggilan dari "head hunter". Egege dia bukan nak kerat kepala tapi dia offer kerja. Ada ke terus2 tanya minat ke tak nak apply post library manager tanpa bgtau kat mana or uni mana. Ehehe terkedu 5 saat tp terus cakap tak boleh kata yes or no sebab tak ada details. Last terus tanya lokasi . Mat Saleh jawab, area Subang Jaya. Walaweh...jauh jugak! Ehehe dgn konfiden kata ' anyway,thank you for calling'. Hmm teman takut lari mulut buaya masuk pulak mulut naga.. Yg dikejar tak dapat, yg dikendong habis cicir. Ataupun teman sengaja cari alasan sebab tak yakin utk berubah pasal dah tua ni payah nak adaptasi dgn dunia baru? Hmm...entahlah labu...betul ke apa yg aku buat ni...

Macam-macam rasa

Ada banyak perkara yang sedang , sudah dan mungkin akan berlaku tetapi saya tak tahu macam mana nak luahkan dan mungkin juga tak sepatutnya dikongsikan bersama. Arghhh....hari ni nak tak nak membebel jugaklah secara umum kat semua pasal kerja. Tak boleh nak pejam mata kalau dah ketara sangat benda yang tak dibuat itu...hmmm tak larat dah sebenarnya ..rasa dah jemu sangat...tapi betulkah ini yang dimahukan...dan yang terbaik perlu dilakukan. Ikut kata hati mati..ikut badan binasa...macam mana hah?? Macam2 rasa ada dibenak hati...

Takziah buat Famili Achik Spin

Baru kelmarin nampak kelibat dia bersama Nana di promo " jangan tidur lagi" di TV3, malam tadi telah dikejutkan dengan berita pemergian Achik Spin akibat kemalangan. Kita hanya dipisahkan oleh satu garis yang tidak kita lihat, di antara dunia realiti dan alam baqa. Jika takdirnya begitu, tidak lewat mahupun cepat sesaat, maka terjadilah dengan kehendakNya. Takziah buat keluarga Achik, semoga tabah mengharungi dugaan ini. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yanf beriman... Al Fatihah. p/s : Masih terngiang-ngiang lagu Bola-bola api, nyanyian Achik bersama Nana.

ORANG IKHLAS ITU TERTINDAS?

Image
Artikel ini saya perolehi dari seorang sahabat yang juga telah menerimanya dari seorang sahabat yang lain. Maka saya kongsikan di sini untuk kita sama-sama menghayatinya. Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu. Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi. “Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini,” kata seorang kakak berterus-terang. “Mengapa?” balas saya. “Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja.” Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah...

Hujan

Hujan di awal pagi hari ini. Nasib tak kerja kalau tidak mesti ada rasa malas sebab fikir kena memandu dlm hujan dan kemungkinan jalan sesak...
Image
Siti Khadijah...anak saudara ke 5.

Rapid or irregular heartbeat

Uncomfortable changes in heart rate are the most frequently reported symptoms of panic attacks. Over 80% of those experiencing panic list a rapid or irregular heart rate as a symptom. Three complaints are common among patients who seek a doctor's advice about their heart: "My heart feels like it's pounding violently in my chest," "My heart is racing, " and "My heart feels like it skips a beat." An arrhythmia is any irregularity in the heart's rhythm. If the heart beats more rapidly than normal, this arrhythmia is called tachycardia . An unpleasant sensation in the heart, whether rapid or slow, regular or irregular, and of which one is consciously aware, is called a palpitation . Physical Causes of Rapid or Irregular Heart Rate arrhythmia postmyocardial infarction tachycardia organic heart disease palpitation heart failure extrasystole infections coronary artery disease Heart palpitation is typically an expected sensati...

3 dalam 1

Huhuhu ...batuk, demam,selsema lagi. Gego kepala bila batuk yg kering atau dry cough ni yg buat tak selesa. Dah makin tambah usia ni makin mudah diserang penyakit. Mak belum baik batuk dan demam, dah berjangkit kat kita pulak. Semoga kami cepat sembuh. Ameen.

Happy birthday...

...to me! Happy birthday to me! Happy birthday to me... Ehehe nyanyi untuk diri sendiri...menyedihkan? Yer la kut...dah tua2 ni apa yg diharap agar diri menjadi lebih matang, lebih sabar dan tak fobia dgn segala yg di fobiakan. Moga Allah kurniakan rezeki yg berterusan dan akan dpt berbakti kpd ibu dan famili. Bahagia? Amat subjektif...sukar untuk mengklasifikasikan bahagia dalam laluan kehidupan yg dipilih...harapanku..ia adalah pilihan yang terbaik. Amin

Tak sengaja

Dari kelmarin lagi kelopak mata berkedip-kedip...kalau tak faham apa itu berkedip..maknanya sama dengan bergerak2. Orang tua2 kata kalau sebelah kiri yang bergerak2, ada sesuatu yang tidak baik atau tidak menggembirakan akan berlaku. Mungkin secara kebetulan, memang ada hal kerja yang kurang menyenangkan berlaku tanpa disengajakan. Huhuhu invoice dah 3 bulan pending tak settled. Tak tahu kat mana silapnya, seingat saya, dah pass kat finance tapi tak dapat dikesanlah pulak. Cari kat bilik tak ada original invoice, yang ada printed copy dari email. Adehh...mungkin juga sebab Januari sibuk dengan audit, menyebabkan saya tersalah letak. Alhamdulillah, account tak kena sekat. Ihiks...customer tak sengaja, supplier kasi reminder jer laa ek. Rasa nak ketuk2 kepala sendiri sebab tak followup dengan finance dan boleh buat silap untuk 2 invoice dari supplier yang berbeza!!

Kenapa Jadi Begini

Image
Terlalulah lamanya saya tidak update blog ini...ehehhe 8 hari kira lama jugak laa kan? ihiks. Selain dari cerita gempa bumi di Chile semalam, kisah lain yang menarik dan menyedihkan ialah kisah anak kecil berusia 3 tahun yang mati kerana didera. Adeh..pedih rasa hati, menyayat hati melihat yang telah dikapankan di TV dan juga di suratkhabar. Kita yang hanya membaca laporan2 di akhbar2 pasti merasa marah dengan ibunya kerana membiarkan anaknya di dera. Adakah beliau sengaja membiarkan teman lelakinya berbuat begitu atau ada rahsia disebalik cerita? Apapun semoga kita tidak akan melalui perkara yang sebegini. Tidak mahu memberikan komen mahupun menganalisis kisah ini tetapi apa yang pasti, sayangilah anak-anak!!

Dunia batinku...

Layan drama lakonan sheila rusly dan arahan jinggo. Awal lagi dah mcm best...huhuhu tadi dah bergenang airmata teman...memang cengeng! ehehe..tapi jalan cerita ada sipi2 dgn sejarah hidup sendiri. Itu yg buat kita boleh fokus. Mau leleh lagi ni nanti. Lakonan yang bagus dari semua pelakon.

Terpaksa

Rabu 17 feb, terpaksa ambil EL sebab baru dapat surat yang meminta kak long menghadirkan diri di pejabat tanah untuk menyelesaikan satu urusan yg tak boleh tangguh lama2. Harap2 urusan esok boleh selesai awal dan dapat kembali ke rumah dgn selamat. Insya Allah, Ameen.

Sabar menanti

Aduhai dah naik mengantuk dibuatnya. Menanti giliran dipanggil utk ambik darah. Ramai sungguh! Tetapi kita sabar menanti dan menemankan mak walau duduk agak jauh sebab kerusi sebelah mak dah ada orang duduk tapi masih boleh nampak..hehehe bertemankan henfon cikai tapi syukur masih boleh blogging, baca emel dan tgk fb. Tak ler bosan sgt...huhuhu

Macam mana

Agak-agak susah tak nak menyesuaikan diri kalau kita berhenti kerja dan duduk di rumah menguruskan famili? Itupun kalau keadaan kewangan mengizinkan yer tak? kalau tak ada duit macam mana nak berhenti kerja...eheheh

Kurang suka

iskk..hangin betul ler...air cond lambat di ON...pagi2 dah macam duduk kat dalam sauna. Hari tu dah komplen...takkan hari2 nak komplen...letihhhhhh arr. Kurang suka nak komplen2 ni... Januari dah terlepas meeting bulanan sebab sibuk dgn audit SETARA...tak suka sebenarnya tangguh2 tapi tertangguh jugak... Esok cuti...nak hantar kereta ke workshop...eheheh tetiba cerita pasal kereta....ehehe memang kepala dah short circuit sikit....ahaks..ni mesti pasal panas sebab tu short circuit ... muahahahha

Minggu baru bulan baru

Terasa macam baru lagi tahun 2010 tiba tapi sekarang ni dah februari...cepatnya masa berlalu! Harapannya ialah supaya semua kerja2 akan berjalan dgn lancar dan di dalam bulan ini juga aktiviti2 sepanjang tahun akan dapat dikenalpasti dan dapat dilaksanakan. Insya Allah.

What should I do

When i am at work.. Thinking about taking a break. At home,still thinking about work. Hmm...apa nak jadi aku ni.bingung!

Sunyi

Blog dah semacam sunyi sejak 2 menjak ni. Maklumlah dah tuan blog x sempat nak jalan2 kat blog kawan2 lain mananyer org nk singgah sini...yer tak? Apapun terima kasih buat mereka yg sudi singgah. Selagi belum habis projek yg sedia ada ni,selagi itu sy x dpt nak aktif blogging.

Khilaf Bicara

Kesal dgn kekhilafan yg tidak disengajakan tetapi diakui terleka dan alpa. Esok akan ku cuba membetulkan fakta salah yg telah diberi. Semoga maklumbalas yg terbaik akan diperolehi.

Bersawang

Lama sungguh tak mengemas rumah ini...huhuhu sampai dah naik bersawang..halaman rumah dah penuh semak samun. Maafkan diri ini. Tak terdaya dan tak berkesempatan nak meng"update" di sini disebabkan kesuntukan masa, tuntutan kerja yang agak memeritkan ketika ini. Detik penentuan akan tiba minggu hadapan...seriauuuuuu. Doaku semoga auditor itu tak banyak kerenah dan aku dapat menjawab soalan2 yang diberikan. Kerjasama rakan2 amat diperlukan untuk menyiapkan kerja2 dan harapnya kerja2 ubahsuai yang ditambah pada saat akhir akan sempat siap awal supaya kami akan dapat jalankan kerja kami. Tensen ? jangan cakaplah..memang dah naik lemas...memang sensitif saat2 ini. Kalau ada yang menyentuh perasaan, memang cepat menitis air mata..Orang putih kata "by hook or by crook" kena siapkan juga tapi kalau disebabkan kerja orang lain yang tak habis menyebabkan kami tak dapat siapkan kerja, lantak laa..biar auditor tengok...payah sangat..kadang2 naik putus asa bila ada yang tak cuba...