Posts

Showing posts from October, 2012

Kasih Di Seberang Tambak...

Image
Pertemuan itu tidak di jangka Awak di sana dan saya di sini setia Pertemuan berlaku tidak dirancang jua Bermula dengan sebaris ayat walau seketika Berakhir dengan sebaris kata ... Pertemuan tiada buat seketika kerana nama berbeza Tetapi ada sesuatu di antara kita... Tanggal 8 Oktober kisah kita bermula Pertemuan tanpa di rancang maka bersua jua Rupanya ada rindu diantara kita.. Kasih berputik tanpa di duga Hanya sayakah yang terduga Atau awakkah yang menduga Kemana agaknya hala kasih kita? Harapan ingin disandarkan untuk bersama Tetapi terlalu awal untuk kita mengatakan ya Adakah ada sinar bahagia untuk kita ? Persoalan yang hanya Allah yang punya jawabannya... Kita hanya mampu berdoa Andai ada jodoh di antara kita Walau terpisah sejauh mana Akan Allah dekatkan jua InsyaAllah

Adil atau tidak hidup ini...

Saya tertarik dengan kata-kata atau lebih tepat dengan skrip drama yang saya tonton tadi, Seorang isteri yang lumpuh berkata-kata kepada anaknya " hidup ini tidak selalunya adil" apabila anak dia marah2 sebab mak dia diamkan ajer bila ayah dia mula menggatal dengan perempuan lain. Saya tk tahu apa pengakhiran drama itu sebab saya tk tonton sampai habis. ehehehe. Tetapi saya lebih percaya Allah maha adil...kalau kita diberi dugaan yang kita rasa sangat hebat..sangat susah tapi ALLAH beri dugaan yang kita boleh tanggung...boleh kita selesaikan . Yang penting, kita mesti yakin dan tabah mengharungi apa juga dugaan yang mendatang.

Masih berharap..

Hampir 5 bulan mak mengalami masalah kesihatan yang tidak menentu. Sekejap macam dah okay, tiba-tiba datang semula sakitnya. kalau tak gout, sakit belakang dan lutut. Silih berganti. Dah cuba makan macam-macam jenis ubat tapi masih belum ada keserasiannya. ( Selama 4 bulan lebih ini jugalah saya kadang2 terpaksa cuti mengejut. Bila mak dah okay sikit, terpaksa tinggalkan di rumah. Saya rasa sangat bersalah tapi mana nak cekau duit kalau tak kerja. Minggu lepas dengan bantuan adik ipar, mak buat rawatan ala syifa dan akupunktur ( cam tak betul jer ejaan ni...). Alhamdulillah nampak ada perubahan dengan kesihatan mak. Sakit tulang punggung dah berkurangan dan dah boleh berjalan lebih laju dari sebelumnya walaupun masih mengekalkan penggunaan tongkat. Harap2 masalah gout kronik yang dihidapi mak juga akan berkurangan atau terus hilang. InsyaAllah. Terasa penat juga sejak akhir2 ini sebab nak masak , kemas umah dan ulang alik ke tempat kerja tetapi bukan itu memang kerja seorang suri ...