Posts

Showing posts from October, 2013

Tak sihat...

Sendi-sendi rasa sakit. Badan rasa tak sihat. Ingatkan nak off hari jumaat tapi apabila badan dah rasa semacam ambil jer la off hari ini.

Ulang tahun ke 21

Hmmm dah 21 tahun? Lama sungguhkan? Rasa macam baru jer mula bekerja. Hari ini genap 21 tahun sejak mula join kolej ini. Memula kolej, kemudian  kolej universiti dan sekarang jadi universiti. Dari berdua kemudian berempat dan sekarang sudah ada duabelas orang. 21 tahun kalau pelihara anak dan masuk universiti....eheheheh. Tak tahu berapa lama lagi akan berada di sini. kadang-kadang terasa putus asa...bosan...tapi alhamdulilllah sehingga ini, masih bertahan.

Serik

Hari ini konvo di uni tempat bertugas. Sebagai anggota senat kenalah ikut sama perarakan masuk bersama ahli majlis dan canselor. Sesi pertama okay..Alhamdulillah tapi Sesi kedua kasut tiba2 jadi longgar dan terasa nak tertanggal masa nak masuk ke dalam dewan. Oh tidakkkk..panik la makcik kejap..Alhamdulillah stop kejap di depan pintu dewan dan makcik masukkan tisu dlm kasut dan berdoa moga tak tercabut kasut tu. Alhamdulillah selamat naik ke pentas dan turun dari pentas dan terus masuk bilik utk minum petang..huhuhu. Masalah tak habis bila perlu berjalan ke ofis dan ambil handbag. Dengan tisu yang dah bertambah lagi masa kat dlm tandas..huhuhu sakit dah jari2 kaki masa berjalan ke ofis.  Alhamdulillah sampai juga..terasa cam jauh jer dari blok a ke b tapi sebab kasutlah. Esok pakai flat jer laa..huhuhu. Pengajran nya : jangan pakai kasut baru yang tak penah di cuba semasa ada event..syukur Ya Allah. Kalau tidak malu nyerrr kalau kasut tertanggal!

Terkenang

Image
Zulhijjah tiba lagi.. Ya Allah apabila melihat umat Islam yang kini di Makkah menanti saat untuk mengerjakan haji saya menjadi rindu dan terkenang-kenang 2 tahun lepas. Saat-saat pahit manis itu... Manis apabila bas sampai di hadapan hotel dan terpandang pintu masuk 1...King Fahd Gate..terimbau kenangan semasa membuat umrah pada 2010. Allahuakbar. Allah mengkabulkan doa saya di Multazam iaitu untuk sampai lagi ke Makkah. Kenangan sedikit pahit...sikit jer ...eheheh apabila bas rosak semasa dalam perjalanan ke Arafah , perjalanan dari Arafah ke Mina dan dari Mina ke Makkah. Dah mengantuk...esok kita sambung lagi.

Hari-hari yang kelabu

Image
Dah lama tak meluah rasa di sini. Kebelakangan ini rasa amat tertekan dengan kerja. Kadangkala rasa tak boleh nak cope. Haishh...giler laa. My so called boss kasi extra keja yang memang tak boleh nak tolak. Dia ajak lunch dan masa lunch dia bla bla bla...adeh laa masa tu makan pun rasa tak tertelan. Dah la tak bawak buku nota ke apa ..arghhh jenuh nak ingat apa dia suruh buat. Balik ofis sempat draf kat ppt apa2 yang kita dapat dari mental note kita yg semakin tepu. Sabtu dan Ahad rasa amat malas nak fikir pasal kerja....ahahah so kita buat popia nestum. Ada orang tu mengidam nak rasa...so insya'Allah akan cuba hantar parcel ke sana tu. Alhamdulillah selepas solat semalam...Allah kasi idea kat kita apa yang perlu dibuat untuk esok. Mudah-mudahan akan dapat selesaikan sebelum hari meeting Khamis ini walau pasti sukar mendapatkan maklumat yang diperlukan dari pihak2 yang terlibat. Chaiyok chaiyokkk Cik Zu...semoga hari-hari yang mendatang di lalui dengan tenang dan diperm...