Posts

Showing posts from 2004

Mimpi Yang Tak Sudah

Apa maknanya impian datang dan pergi Membawa hati menyusuri kembali Jalan-jalan sepi Kau kah di situ Yang menanti ku Atau jelmaan titi kenangan yang bernama pengalaman Siapakah diantara kita Dengan rela menjadi pendusta Siapakah dulu membina harapan Dan siapa yang memusnahkan impian Tanpa sebab dan alasan Kau mainkan perasaan Bagai taufan tiba-tiba datang dan menghilang Kau bayang-bayang Masa nan silam Ada ketika terbawa-bawa oleh resah Mimpi yang tak sudah

Perpisahan

Perpisahan ini sementara Dalam sedih tetap terpaksa Perpisahan ini sementara Dalam keliru tetap rela Perpisahan ini sementara Dalam hati tetap bersua -Sri Diah

Rindu Datang Lagi

Di ketika ini, Kerinduan bertandang lagi Mengetuk pintu hati. Rindu terus bertapak Seakan tidak mahu pergi.. Kenapa rindu datang lagi? Kenapa tidak mahu pergi dari hati ini? Di kala sunyi dan di kala kesibukan melanda Rindu tetap hadir walau cuba dihalang. Apakah rindu akan hilang tidak lama lagi? Apakah rindu akan terus bersemadi di lubuk hati ? Andai masih tidak ditemui penghujung rindu... Andai kepastian masih di dalam kesamaran .. Rindu ini akan terus bertakhta.. Bertakhta lah engkau wahai rindu Selagi nyawa dikandung badan Rindu buatNya yang Esa tidak berpenghujung Rindu yang satu ini.. Menuntut kesabaran Menuntut kesetiaan Menuntut keberanian Namun apakah kesudahannya... Adakah aku tahu? Adakah dia tahu? Jawapannya pasti tidak Yang pasti ... Keizinan dariNya yang Esa dan usaha Yang menentukan. Walau kesudahan amat pahit untuk ku telan Akan ku gagahi juga Aku telah berusaha Namun apa dayaku.. Aku akan terus melangkah pergi jauh membawa di...

Kerinduan

Kerinduan menapak teguh Ditetangga kalbu Menanti saat bila bertemu Tiada ragu-ragu Jika ditinggalkan sedih dan pilu Dengan rindu terlepaslah rasanya rindu Rindu mula berputik Dihati kalbu Rindu mengalir menempatkan rasa Tidak bertemu gundah gulana Rindu datang menempat diri Rindu pergi membawa hati Kesana kesitu kesini Rindu kembali penyedap hati Ibarat pungguk rindukan bulan Bila suria menyinari alam Pungguk bertanya Dimanakah bulan yang semalam Cahaya suria seperti berkata Usah dikenang pada yang tiada Ambillah daku sebagai pengganti Mengubat rindumu sanubari Cukuplah buat seketika Rindulah hanya pada yang Ada Dia yang hidup yang Maha Berkuasa Yang sentiasa berada dimana jua Bertapaklah rindu disanubari Tidak terhitung nikmat diberi Rindu terus menundukkan diri Ingin bersama cinta sejati

Sayang Dia...

Image
"Tanpa Keberanian, Mimpi Tidak Akan Menjadi Nyata"

Luahan Rasa

Abah , seperti biasa bila hujung tahun maka banyaklah undangan ke kenduri majlis pernikahan/persandingan yang mak dapat. Ju menangis di dalam hati jer abah. Kalau boleh tak nak tunjuk muka. Kalau dulu, boleh la kata tak boleh balik, mak masih boleh pergi sendiri kalau kenduri tu kat kg . Tapi kali ini, nak buat cam mana abah? Kena jugak Ju bawak mak balik, takkan mak tak penuhi undangan ni. Pakcik Sohod jemput mak dgn Ju datang masa kenduri Angah pada hari raya yang lepas . Malu lah abah Ju nak tunjuk muka..angah yang jauh lebih muda dah berkahwin . Orang-orang kg yang kepoh mesti senyum2, berbisik2 selepas Ju bersalam dgn depa..sama masa kenduri Hana 4 tahun yang lepas dan kenduri Bain tahun lepas . Nak cakap cam mana abah…tebalkan muka macam biasa jer laa..Sedih betul. Tapi mak tak pernah nak paksa dan bangkitkan soal kahwin pada Ju . Kalau mak bising, lagi la Ju sedih. Abah…nak cakap Ju ada kawan pun ..nanti byk lagi soalan…sampai bila nak kawan? Org mana ? keje kat man...

Seindah Biasa

Jangan pernah takut ku tinggalkan Saat bintang tak mampu lagi berdendang Saat malam menjadi terlalu dingin Hingga pagi tak seindah biasanya Takkan mungkin kita bertahan, hidup dalam bersendirian Panas terik hujan badai, kita lalui bersama Saat hilang arah tujuan, kau tahu ke mana berjalan Meski terang meski gelap, kita lalui bersama Ku tak bisa merubah yang telah terjadi Tapi aku akan menjanjikan yang terbaik Agar kita tak pernah menjadi jadi Meski beza dermaga untuk kita berlabuh Pernah kita jatuh, mencuba berdiri Menahan sakit dan menangis Tapi erti hidup lebih dari itu Dan kita mencuba melawan

Warkah Buat Abah

Abah Pagi ni, Ju teringat kat abah lagi. Tak sedar dah 21 tahun abah meninggalkan emak, ju dgn adik. Setiap kali kedatangan 18 November, hari lahir Nasyirat Nu'man cucu abah yang sulung , maka Ju akan ingat 19 November pulak merupakan hari yang amat memilukan. Abah pergi buat selama-lamanya. Abah, Ju masih ingat lagi abah tak berapa sihat sebelum Ju ambik SRP lagi, tahun 1983. Masa tu Ju tak ambik kisah sangat , sebab tak terfikir Ju akan kehilangan abah. Ju nampak abah selalu baring kat kusyen kat rumah kuarters di simpang 3, abah cam sesak nafas. Abah dah berhenti hisap rokok masa tu, tapi semalam baru Ju tahu,kawan-kawan abah yang dok suruh abah hisap rokok balik...galakkan abah lagi. Semalam mak cakap pasal ni bila mak tengok iklan bahaya rokok di TV. Abah, mungkin sebab trauma kehilangan abah masa adik darjah 5 menyebabkan adik tak merokok. Adik pernah menangis masa dia di SEMESTI. Masa tu form 1. Bila mak jumpa cikgu adik , mak dapat tahu hal ni. Mungkin adik teringat...

Erti Persahabatan

Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.. tetapi dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita. Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat,begitu juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya. Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri. Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti... kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan, 'memaksa' dia menerima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya??? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa... tetapi kita sering terlupa. Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia. Dia mendengar luahan perasaan kita, segala...

Ke Makam Bonda

Untuk seorang mak yang tidak sempat meraikan kejayaan anak-anaknya. Pemergianmu ditangisi. Kenangan bersamamu akan kekal abadi. Kami mengunjungi pusara bonda Sunyi pagi disinari suria Wangi berseri puspa kemboja Menyambut kami mewakili bonda Tegak kami di makam sepi Lalang-lalang tinggi berdiri Dua nisan terkapar mati Hanya papan dimakan bumi Dalam kenangan kami melihat Mesra kasih bonda menatap Sedang lena di dalam rahap Dua tangan kaku berdakap Bibir bonda bersih lesu Pernah dulu mengucupi dahiku Kini ku rasakan kasihnya lagi Meski jauh dibatasi bumi Nisan batu kami tegakkan Tiada lagi lalang memanjang Ada doa kami pohonkan Air mawar kami siramkan Senyum kemboja menghantar kami Meninggalkan makam sepi sendiri Damailah bonda dalam pengabdian Insan kerdil menghadap Tuhan Begitu bakti kami berikan Tiada sama bonda melahirkan Kasih bonda tiada sempadan Kemuncak murni kemuliaan insan -Allahyarham Dr.Usman Awang...

Syurga Di Telapak Kaki Ibu

Duhai apakah gerangan budi balasan Bagi insan melahirkan, membesarkan Bercucuran airmata bila mengenangkan Betapakah besar budi ibunda berikan Siang malam menderita Hingga entah bila Sungguh besar pengorbanan Ibunda berikan Tiada bahagia jika tiada Doa puja restu Syurga itu telapak kaki ibu -Aishah

Abah....tolong Ju

Abah... Bila Ju hadapi masalah yang biasanya org lelaki boleh buat, Ju berharap abah ada untuk tolong Ju. Dulu semua abah buat . Tapi sejak 21 tahun yang lepas , Ju buat sendiri dgn mak. Abah....Ju memang kecik hati dengan adik sebab selalunya dia acuh tak acuh bila Ju nak mintak tolong dia. Bukan dia tak tolong langsung abah..tapi selalunya bila tanya pasal kereta ke ...mesti dia jawab acuh tak acuh. Agaknya dia fikir Ju boleh buat tu semua. Mungkin jugak dia akan tolong kalau Ju beriya -iya mintak tolong dia ...tapi biasalah abah pun tahukan...Ju suka pendam masalah...berharap org lain tahu masalah Ju. Sebenarnya nak bermanja tapi terlupa , abah dah tak ada . Manja dgn mak lain hal abah...mak memang manjakan Ju tapi Ju rasa sunyi abah. Ju kuatkan semangat selama ni abah. Mak susah payah besarkan kami dua beradik dengan duit peninggalan abah . Mak jual kereta abah. Dengan duit itulah kami membesar. Kami dah dikira berjaya sekarang ini tapi Ju masih berseorangan abah. Tak ada ...

Syukur..Alhamdulillah

Alhamdulillah Aku masih di sini Keluarga ku masih di sini Kesepian ku terlindung ketika ini Kerana mereka Aku masih di sini Dugaan terus aku harungi Walaupun sesekali aku masih rebah Kerana mereka Aku mengalah Kerana mereka Aku tabah Ya Allah Aku bersyukur kepadaMu Syukur di atas segala kurniaanMu Sesungguhnya Engkau maha mengetahui Baik dan buruk untuk hambamu ini Kesedihan ini akan berlalu dengan izinmu Aku redha Perjalanan ini akan diteruskan.

Mestikah Aku Mengalah?

Mestikah aku mengalah hanya kerana dia tidak dapat menerimaku? Kalau dia sudah berhenti mengharap, maka aku juga harus berhenti mengharap ? Adakah dia mahu aku menjauhkan diri dan mengaku aku tewas ? Mungkin ya dan mungkin juga tidak. Aku tidak ada hak untuk meramal apa yang akan berlaku . Seperti kata seorang teman " Jangan berhenti mengharap dari Allah". Hari ini aku menangis lagi hanya kerana sebaris ayat yang amat memilukan. Sinar kebahagiaan yang aku harapkan di syawal yang bakal tiba akan terus menjadi satu harapan... Walaupun aku tidak dapat membahagiakan seorang teman dan membalut luka di hatinya, aku redha. Aku memang sedar yang aku memang tidak akan dapat memberi atau menyamai kasih seorang wanita bernama ibu tapi mungkinkah aku akan diberikan kesempatan. Setelah hati ini dilukai oleh begitu ramai lelaki yang hanya mahu mengambil kesempatan terhadap diriku yang lemah, sepatutnya aku tidak cepat mengaku kalah. Selama ini aku bangun dan terus melangkah meneru...

Biarlah Bulan Bicara

Image
Bulan sabit Yang jatuh dipelataran Bintang redup Tanpa cahaya gemintang Langkah tanpa arah Sesat di jalan yang terang Aku yang terlena dibuai pelukan dosa Ingin pulang membalut luka hatimu Ku pun tahu betapa pedih batinmu Beri kesempatan atau jatuhkan hukuman Andai maaf pun tak kau berikan Air mata tulus jatuh di sudut bibir mu Tak terlintas dendam di bening mata indah mu Aku yang merasa sangat berdosa pada mu Masih pantaskah mendampingi mu Biar lah bulan bicara sendiri Biarlah bintang kan menjadi saksi Tak kan ku ulangi walau sampai akhir nanti Cukup derita sampai di sini -Broery Marantika

Kau Sahabat, Kekasih Dan Teman

Ku harapkan sinar purnama hingga ke siang Ku harapkan mimpi-mimpi bukan khayalan Telah aku jelajahi seluruh benua Mencari pengertian hidup yang sementara Manusia beranika ragam dan rupa Ada yang jujur dan ramai berpura-pura Ku sangka dalam ilmu dan pengetahuan ku Tapi ada waktu ku terkeliru Ku dambakan bukan sekadar yang dinamakan Kekasih yang menemani ke sana sini Ku dambakan sahabat dan teman setia Rela bersama suka dan duka Jadilah kau sahabat ku, kekasih dan teman Hanya itu yang ku harapkan Dalam susah dalam senang kita seiringan Semoga ikatan berkekalan

Sepohon Kayu Di Tengah Gurun

Image
Sepohon kayu di tengah gurun Tiada daunnya… Tiada buahnya… Sepohon kayu di tengah gurun Kering…. Layu……. Kerna pancaran mentarii merah Sepi……. Terasing…. Tiada sang unggas di dahannya Sunyi….. Dingin….. dicengkam bayu malam Sepohon kayu di tengah gurun menanti dan terus menanti Setitis hujan….. Seekor unggas….. sebagai teman…. Apakah itu aku……

Sandarkan Resahmu Di Bahuku

Kasih bisikkan padaku Tentang sucinya cintamu Agar padam keraguan ini Buangkan semua risau di hati Kasih berjanji padaku Kaukan setia menunggu Agar cinta yang telah berbunga Pasti subur selama-lamanya Hulurkan jemari lembutnya Rebahkan resah di wajahmu Sandarkan bersama semua harapan Di atas bahuku Kasih marilah bersama Kita memohon padanya Agar cinta yang mekar ini Sentiasa segar dan abadi -Sohaimi Mior Hassan

Rose Kuning

Image
Untuk seseorang yang sentiasa dirindui

Jangan Bersedih Lagi

Image
Kekasihku Jangan bersedih lagi Keringkanlah titisan air mata di pipi Kekasihku Tabahkan hatimu Sekalipun tak pernah terduga Halangan yang melanda MelenyapkanImpian bersama Jangan dikesali Atas apa yang terjadi Mungkin rahmat sebaliknya Membuahkan bahagia Kekasihku Aku tahu Kita sama saling percaya Tidak pernah Ada dusta Kasih antara kita Jangan berduka Jangan berdendam pada sesiapa Bersabarlah Menerima Segala-galanya dengan redha Mungkin suatu hari Kita akan bersama lagi Aku masih mengharap Segalanya kan Berulang semula

Is this Love?

Image
I should have known better Than to let you go alone It's times like these I can't make it on my own Wasted days, and sleepless nights An' I can't wait to see you again I find I spend my time Waiting on your call How can I tell you, babe My back's against the wall I need you by my side To tell me it's alright Cos I don't think I can take anymore Is this love that I'm feeling Is this the love that I've been searching for Is this love or am I dreaming This must be love Cos it's really go a hold on me A hold on me I can't stop the feeling I've been this way before But, with you I've found the key To open any door I can feel my love for you Growing stronger day by day An' I can't wait too see you again So I can hold you in my arms Is this love that I'm feeling Is this the love that I've been searching for Is this love or am I dreaming This must be love Cos it's really got a ho...

Cerita di petang Jumaat

Hari ini, aku merasa malu sekali lagi kerana terlupa yang dia dah terbiasa tak mahu dihubungi oleh sesiapapun. Lain kali tak nak dah sms kat dia kalau tak perlu..melainkan dia yang sms dulu . Tapi kekadang aku ni degil ...bila dah teringat...tangan dok sibuk hantar sms . Bukan apa pun...tanya khabar jer tapi kalau dah dia tak suka, aku kena beringat la. Aku menangis bila terbaca satu artikel di dlm blog dia. Dia sayang aku tapi takut dan tak tahu macam mana nak teruskan katanya. Aku tidak berhak utk mengajar dia . Biarlah masa menentukan. Aku masih ingat, dia pernah cakap..jangan berharap sangat, aku masih cuba utk berhenti mengharap.

Annual Summit -Fraser Hill

Image
8-10 October 2004 - Sekali lagi summit di adakan di Fraser's Hill. Tempat yang membosankan kalau tak ada kawan yang sekepala.

Balik kampung ! Oct 2- 4, 2004

Image

JIKA AKU JATUH CINTA

Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu, agar bertambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu. Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada-Mu. Ya Allah, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu, agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta semua. Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling pada hati-Mu. Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu. Ya Allah, jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan syurga-Mu. Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirmu. Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu. Ya Allah, jika Kau ...

Yang utamanya...

Yang Utamanya… Kiranya kesempurnaan yang kau harapkan Lebih tinggi dari gunung yang menimbun Aku hanya bukit-bukit kecik yang sering dijejak, Kiranya kelebihan yang kau impikan Lebih dari lautan yang tidak bertepi Aku hanya liku-liku sungai kcil Lagi sempit…yang hanya menmburukkan Pengembaraan di musafir Kiranya keindahan yang kau inginkan Lebih dari mutiara yang sinarnya dipandang Dunia…. aku Cuma sebutir darinya Yang tertanam sepi di dasar lautan Kiranya kesenangan yang kau idamkan Lebih dari setaman kuntuman bunga mekarMengharum…aku Cuma setangkai tulip putih Yang kembangnya tiada Yang Utamanya Aku ada tawa yang ingin dikongsi bersamamu Aku juga ada duka yang tidak mahu membebankanmu Aku ada senyuman yang amat jarang kuukirkan Aku juga ada tangisan yang mengiringi perjalanan Bersamaku ada setulus kasih sayang buatmu Selagi tempatku ada dihatimu Bersamaku bertamunya rindu yang tidak kenal jemu Selagi diriku ada diingatanmu…Dan… Bersamaku ada bahagia yang ing...

Tomorrow may be too late

If you're mad with someone, and nobody's there to fix the situation... You fix it Maybe today, that person still wants to be your friend. And if u don't, tomorrow can be too late. If you're in love with somebody, but that person doesn't know... tell her/him. Maybe today, that person is also in love with you. And if you don't say it, tomorrow can be too late If you really want to kiss somebody... kiss her/him. Maybe that person wants a kiss from you, too. And if you don't kiss her/him today, tomorrow can be too late. If you still love a person that you think has forgotten you... tell her/him. Maybe that person have always loved you. And if you don't tell her/him, tomorrow can be too late. If you need a hug of a friend... Maybe they need it more than you do. And if you don't ask for it today, tomorrow can be too late. If you really have friends who you appreciate... tell them. Maybe they appreciate you as well. That if you do...

Bengang!!!

Pagi ni ....aku sampai awal di tempat kerja. Traffic ok ..so tak jammed laa. Aku menanti ..pukul berapa laa makcik wendy ni nak masuk kerja ..takkan dah kena login IX pun nak lambat jugak. Akhirnya pukul 9:02 minit dia sampai. Aku ingatkan dah settle dah pasal problem nak login ke windows. Rupanya tak lagi....ni buat aku bengang ni....tinggi dah suara aku..tak pasal -pasal aku kata dia bodoh..yer laa mana tak nya ...ada ke dia kata chew tak ada kat CSD...abih tu ..mamat2 lain tu ...tak boleh ke tolong..iskkkk.....siapa yg tak geram...dah naik lemakkk mak cik ni. Org lain pun tua gak tapi ni mengada-ngada...pandai selamatkan diri sendiri jer . Pasal komputer ..langsung tak nak ambik tahu..kalau org tak cakap...lantak laa ....arghhhhhhhhhhhhhh!!!

Hilang sudah keceriaan!!

Keceriaan kelmarin tidak lagi dapat kurasai semalam. Sehingga petang semalam..aku merasakan ada sesuatu yg tak kena pada dirinya ....sebelum aku pergi meeting..dia cam ok ..tapi lepas habis meeting...lain macam jer ..mesej yg ku hantar pun tak berjawab...atau lambat di jawab nya. Silap aku ke menghantar email itu? Mungkin jugak dia sibuk . Apa-apapun...aku dapat merasakan ada kelainan. Apa patut aku lakukan? perlukah aku memohon maaf ? Mungkin aku patut menghantar email ? atau mendiamkan diri.

Jumaat yang indah

hari ni semua kerja berjalan dgn baik. Seharian juga aku menunggu dia online. Mana pulak dia pergi ni ? akhirnya ...sms dihantar ...alhamdulillah ...jawapan di terima " meeting di luar whole day" . Anyway...pasal apa aku rindu kat dia ni ..iskkkk. Hari ni cuaca panas di sebelah pagi ..dah petang hujan dan mendung jer. ok ...got to go..dah kul 6. Balik laa ..apa lagi!!....yeahhh esok cuti .

Kampung tercinta...

Dah lama tak jenguk sini. Last Saturday, August 28, aku balik kampung bersama -sama mak, adik , linda, anak-anak saudaraku, nasyirat, nabil dan dini. Dah lama tak balik kampung menjenguk rumah peninggalan arwah abah tercinta. Rasanya dah hampir 4 bulan tak balik. Last week sebelum balik kg, abg din telefon mak . Katanya , rumput dah mmg tinggi di halaman rumah. Kampung ku di Sungai Batang, Selekoh, Perak. Sampai di kg , kami singgah di rumah kak ina utk makan tghari. Lauk simple jer tapi berselera makan sebab lapar kut ..ehehhehe . Alhamdulillah. Pukul 4 dah sampai di rumah kg. Adoi...titi pun dah teruk sgt nampaknya. Rumput mmg betul la apa yg abg din cakap..mmg dah tinggi. Nampak buruk sangat rumah ni...sedih tengok. Apa lagi..operasi membersihkan rumah pun dimulakan. mak di dapur...aku dgn linda di bahagian hadapan....dia menyapu, aku guna vacuum. Mak aii....punyer laa banyak semut dgn habuk. Jenuh laa menyapu...linda turun lak kebawah...menyabut rumput...aku continue vacu...

Interview ...

Hari ini..ada seorang adik tu ..datang dari N.S untuk attend interview. Biasanya aku dgn Kelly yg interview , kali ini, Hana join sebab Kelly tak sihat. Sorang lagi candidate yg hantar resume pakai tudung ...datang interview hilang lak tudung dia. Macam Amy jugak laa dulu. Sekali aku guna perkataan shelving..dia dah kerut muka..alahai...cam mana ni? Kelly pulak dah sound kata minah ni kureng sikit BI dia ..jawab telefon pun teragak-agak. Dia macam tak approve jer? Ikut experience dia ..kira ok tapi ntah laa ..dulu pun si A pun sama gak..beriya kata boleh kerja itu ini tapi hampehhh gak. Si S pulak..hari bad mood . Bengang dgn management tempat dia bertugas. Tak berani nak cakap apa dgn dia ..takut salah lak . Tapi dia jugak yg hantar sms kat kita luahkan perasaan marah dia . Iskk iskkk ..betul laa apa yg aku rasa..Dia ni cuma nak kawan jer ...sesekali rasa nak sembang...sembang..kalau tidak..lantak la. Tapi sabar gak laa, sebab tak rugi apa pun ...

Kerinduan...

Ntah mengapa sejak minggu lepas setelah aku mengetahui kak J masih di tempat yang sama semenjak kali terakhir ku bertemu dengannya, aku sering teringat kepada abg F. maklumlah..kak J yang tahu pasal aku dgn abg F. Rasa sayang dan cinta yang tak kesampaian ...setelah sekian lama , aku masih tidak dapat melupakan abg. Kenapa agaknya? sedangkan dia aku pasti tidak langsung mengingati diri ini. Dia sedang berbahagia dgn keluarganya. Aku masih menyimpan jambangan ros merah yang dihantar melalui florist kepada ku sejak 3 tahun yang lepas . Wow..dah 3 tahun ? macam baru saja ianya berlaku . Siapalah aku...rupa tiada..harta pun tiada...hanya kasih dan sayang yang mampu ku berikan .

Haruskah...

Haruskah aku menunggu dan terus menunggu , menanti ucapan sayang dari dia? Berat hati ku untuk mengiyakan hati kecil ku yg berkata ..."jgn la mengharap dari dia" dia jugak sama seperti yang lain...tak mahu komitmen tapi sekadar teman biasa. Sekali ku berterus -terang...dia dah menolak... tak mungkin aku mahu bertanya lagi. Tapi mengapa aku masih terus berkawan dgn nya ? kalau dulu, sekali hati ku di sakiti..aku akan terus berdendam ..tak mahu lagi ambil tahu ...biarkan laa . Mengapa dengan dia , aku masih terus berharap..haruskah aku memutuskan ? atau haruskah aku meneruskan selagi aku masih bersendirian? Mungkin juga...tapi hati ini begitu payah utk di dekati selagi dia masih ada di sini.... Ya Allah...tunjukkan aku ke jalan yang Engkau redhai dan aku dapat membuat pilihan .Amin.

Isnin yang suram

Assalamualaikum Malas sungguh nak datang kerja hari ni . Dalam malas -malas tu sampai ofis awal jugak ..belum kul 9. Hari ni, Ju dah buat salah di jalanraya . Ni yg risau semacam jer ni. Tak tahu la..sama ada kereta aku yg sondol kereta depan tu atau kereta dia yg mengundur ke belakang. Driver tu tak pulak tunjuk dia nak berhenti dan tengok kereta dia. Dalam kesesakan di pekan semenyih tu, aku tengok pun tak ada nampak calar apa pun kat kereta dia.. so akupun laju jer ...sekali tu aku nampak dia berhenti la pulak. No choice, aku dah jauh ke hadapan...Ya Allah..mintak2 laa dia tak report polis ke apa ke.. Kalau dia track no kereta aku..boleh laa dia call aku. Hari ni selera nak makan pun hilang sebab risau. Apa nak buat ni ...

Salam Jumaat

Hari ni Jumaat, dah hampir 3 bulan Ju pindah ke kampus baru tapi masih belum dapat menggunakan pc sendiri kerana wireless card belum di install. Lambat betul...banyak kerja yang perlukan penumpuan tidak dapat dibuat sebab kat kaunter ni...macam2 gangguan ada. Pagi tadi..sebelum pergi kerja seperti biasa ..hantar mak ke rumah adik. Dini dah menyambut kami di pintu. Anak saudara Ju yang baru berusia setahun lebih ni dah mula pandai bercakap. Seronok tengok dia ..bijak sungguh. Mak seperti biasa terpaksa laa mendukung dia ..kalau tidak...dia dah mengejar nak ikut naik kereta ... Dia masih belum online..busy agaknyer ataupun tak sihat ? ..hmmmm ntah laa ..kekadang rasa rindu..kekadang rasa buang masa jer kawan...kekadang rasa ragu2...apakah boleh Ju terus menerus menganggap dia sebagai kawan...walaupun hakikat nya bibit2 sayang itu telah ada di hati ini. Biarkanlah masa menentukan.Hanya Allah yang tahu ...

Penang!!

Image
27-29 march 2004- Kami sekeluarga bercuti ke Pulau Pinang. Adik dah ajak mak dengan aku, jadi akupun ikut jer la. Seronok layan Nasyirat, Nabil dengan NurDini di kolam mandi hotel park royal. Adik pergi pun sebab dia ada kerja kat sana. Satu jer perkara yang aku tak sempat nak buat..makan nasi kandar. Kalau cerita kat shah ni for sure kena gelak...ehehehhee... dah kata dah...bila aku bagitau kat dia thru sms ,memang kena perli ! isk iskk...

Balik Kampung

20/3/2004 -Aku balik kampung dengan mak . Sehari sebelum tu , aku dah bagitahu dengan Shah yang aku nak balik kampung. Sampai kat rumah Kak Ina, aku dapat sms dari Shah tanya aku kerja ke tak? Bila aku cakap aku kat kg , dia rupanya terlupa. Iyalah...sibuk sangat dgn kerja-kerja di Proton tu . 2 hari jer aku kat kampung.

Camelia 1

Image
Untuk Shah... Dia, Camelia Puisi dan pelita ku Kau sejuk seperti titik embun membasahi daun jambu Di pinggir kali yang bening Sayap-sayap mu kecil lincah berkepak Seperti burung camar Terbang mencari tiang sampan Tempat berpijak kaki dengan pasti Mengharungi nasib mu Mengikuti arus air berlari Dia, Camelia Engkau gadis itu Yang selalu hadir dalam mimpi-mimpi ku Disetiap tidur ku Datang untuk hati yang kering dan sepi Agar bersemi lagi Hmmmm..... bersemi lagi Kini datang mengisi hidup Hulurkan mesra tangan mu Bergetaran rasa jiwa ku Menerima kurnia mu Camelia oh oh Camelia