Mestikah Aku Mengalah?

Mestikah aku mengalah hanya kerana dia tidak dapat menerimaku? Kalau dia sudah berhenti mengharap, maka aku juga harus berhenti mengharap ? Adakah dia mahu aku menjauhkan diri dan mengaku aku tewas ? Mungkin ya dan mungkin juga tidak. Aku tidak ada hak untuk meramal apa yang akan berlaku . Seperti kata seorang teman " Jangan berhenti mengharap dari Allah".

Hari ini aku menangis lagi hanya kerana sebaris ayat yang amat memilukan. Sinar kebahagiaan yang aku harapkan di syawal yang bakal tiba akan terus menjadi satu harapan...

Walaupun aku tidak dapat membahagiakan seorang teman dan membalut luka di hatinya, aku redha. Aku memang sedar yang aku memang tidak akan dapat memberi atau menyamai kasih seorang wanita bernama ibu tapi mungkinkah aku akan diberikan kesempatan.

Setelah hati ini dilukai oleh begitu ramai lelaki yang hanya mahu mengambil kesempatan terhadap diriku yang lemah, sepatutnya aku tidak cepat mengaku kalah. Selama ini aku bangun dan terus melangkah meneruskan kehidupan walaupun terpaksa menyembunyikan keperitan dan kepedihan yang aku lalui. Namun kali ini aku tidak mampu utk berselindung . Aku masih menangis .

Mengapa begitu keras hatinya. Aku mengaku, aku juga keras hati. Untuk memaafkan seseorang yang telah menyakiti hati ini memang amat payah tapi walau sekeras mana pun , akhirnya sampai satu masa , aku percaya Allah akan melembutkan hati kita dan menyedarkan kita dari terus bersikap menjauhkan diri.

Peristiwa 4 tahun yang lepas amat payah untuk dilupakan. Bagaimana aku hampir ditipu dan menanggung malu yang amat sangat kerana percaya dia akan menghantar rombongan.

Peristiwa-peristiwa sebelum itu juga sehingga kini masih menghantui diriku sehingga amat payah untuk aku mempercayai seorang lelaki sehinggalah aku menemui dia.

Jika aku boleh cuba untuk menerima seorang lelaki lain selain dari abah.. mengapa tidak dia ? Adakah dia telah berhenti untuk cuba menerima orang lain dalam hidupnya? Mungkin iya..mungkin tidak. Mungkin juga aku akan menjauhkan diri seperti yang pernah aku lakukan suatu masa dahulu.

Walau apapun yang terjadi, aku masih setia disini dan aku masih tertanya-tanya mestikah aku mengalah? Adakah kata -kata " jangan sesekali putus asa" masih mampu untuk bertahan di hati ini?


Comments

Popular posts from this blog

Jangan Bazirkan Wang Nak Pikat Lelaki

Hari ini...

Bermulanya Kisah Blog Ini