Syukur..Alhamdulillah
Alhamdulillah
Aku masih di sini
Keluarga ku masih di sini
Kesepian ku terlindung ketika ini
Kerana mereka
Aku masih di sini
Dugaan terus aku harungi
Walaupun sesekali aku masih rebah
Kerana mereka
Aku mengalah
Kerana mereka
Aku tabah
Ya Allah
Aku bersyukur kepadaMu
Syukur di atas segala kurniaanMu
Sesungguhnya Engkau maha mengetahui
Baik dan buruk untuk hambamu ini
Kesedihan ini akan berlalu dengan izinmu
Aku redha
Perjalanan ini akan diteruskan.