Hari yang Suram

Semalam off day ...so berehat jer kat rumah. Selepas zohor ..henfon berbunyi, tengok no yang tertera nombor fixed line ..mesti ofis kawan. Tak ramai yg tahu no tel maxis.
Bila di jawab , terdengar suara aida yg sedih...menangis . Iskk apasal lak ni?
Bila di tanya , dia kata Fizzi..kawan chatter yg tinggal di Singapore meninggal dunia 1pm semalam..20 Feb 2006 kerana terlibat dalam kemalangan.

Terkejut ...baru beberapa minggu yang lepas semasa terjumpa di room KA ...bergurau-gurau dengan dia dengan kengkawan lain..tetiba dapat berita dia dah tak ada . Allah lebih menyayangi beliau. Semoga arwah di cucuri rahmat Allah swt dan di tempatkan di kalangan orang-orang yg beriman. Amin.

Fizzi...masih ternampak-nampak dia dengan ikon melompat di katil yang menjadi pilihan dia setiap kali masuk KA . Semua itu terpahat di dalam kenangan memori di KA ...

Selepas dapat news pasal Fizzi...posmen pulak sampaikan 2 surat saman ..orang kata saman ekor ...ada ke bulan 11 ...bulan feb baru dapat ..siap lagi kena tempat yg sama pada januari 2006. Aiseyy....melayang la Rm300. Bukan laju pun....80+ jer ...area tu kalau bawak 60 cam tak berjalan jer kereta ...pelik betul depa ni buat perangkap . ...pagi tadi try bawak 60km/j ..mak ai....cam treler balak naik bukit jer lambatnya .

Apa-apapun...adik kata jangan bayar, tapi tengok kat tv tu ..iskk iskk...

Comments

Popular posts from this blog

Jangan Bazirkan Wang Nak Pikat Lelaki

Hari ini...

Bermulanya Kisah Blog Ini