Posts

Showing posts from July, 2006

Sungai itu...

Image
Sungai itu mengalir tanpa henti berbakti tanpa jemu walau diri lesu Sungai itu hilang di balik bukit walau terselindung tetap berbudi Sungai itu menjadi saksi suka duka insan bersyukur sesungguhnya Sungai itu menjadi teman bicara sang perindu dara dan teruna... Sungai itu anugerah dariNya sayangilah hargailah.. ~~zura~~

Hujan Semalam

Image
Hujan semalam membasahi bumi Menyegarkan hati Hujan berlalu tiada kembali Menyirami lagi Cinta semalam meninggalkan kesan Luka dalam hati Cinta berlalu bersama hujan Kini tiada lagi Sang mentari di pagi hari Mengeringkan embun Sang mentari di tengahari Teriknya terasa di hati Hujan semalam mungkinkah kembali Pada esok hari Dan membawakan cinta nan sejati Suci dan abadi Sudirman (Syed Haron Ahmad) Nota: Baris-baris lirik lagu ini amat mendalam maksudnya. Kisah yang berlalu diharapkan akan berlalu pergi bersama arus deras selepas hujan. Apabila hujan turun , kadangkala hati mengharap agar kisah baru yang indah dan ceria akan menghadirkan diri sebagai pengubat luka di hati. Mungkinkah akan terjadi?

Manusia,malaikat,syaitan ...

Manusia - Eh, dah subuh dah? Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh... Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini... kejap lagi ye.. Manusia - Nak makan, laparlah Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah... Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! Manusia - Hari ni nak pakai apa ye? Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat.. Syaitan - Ehh, panaslah, lagipun tak ada style langsung! Manusia - Alamak, dah lewat! Malaikat - Bersegeralah wahai anak Adam, nanti terlewat untuk ke kuliah Syaitan - Nak cepat-cepat buat apa? Lambat lagi... baru pukul 8.30am... Manusia - Azan sudah kedengaran... Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan Syaitan - Baru pukul berapa... . rilex lah.. Manusia - Eh, eh... .tak boleh te ngok ini, berdosa... Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok.. Manusia - Saudaraku sedang melakuka...

SMS utk Semak Status Halal Pada Makanan

Untuk dikongsi bersama.... Buat pengetahuan semua, ada cara mudah untuk semak status makanana tersebut sah halal atau tidak. Untuk menyemak status halal pada makanan: 1. taip HALAL 2. hantar ke DAPAT (32728) Cth: HALAL 9556404002153 Msg from DAPAT: JAKIM K/Bar: 9556404002153 Status: SIJIL SAH Tkh Luput: 14/03/2008 Prd: MIRINDA ORANGE P 1.5 Syt: PERMANIS SDN BHD (050) Sebarkan mesej ini kepada rakan muslim anda bagi mengelakkan ummat Islam dari termakan makanan yang haram!!! Hanya 0.65sen sahaja bagi mendapatkan status makanan yang anda makan..

Congratulations!!!

Image

LPG Cylinders (cooking gas) Expiry date

Image
Very important information Dapat info ni dari email yang diterima semalam. So ...kita share info ni untuk panduan bersama. Selinder gas yang dah expired tidak selamat diguna dan boleh menyebabkan accident. So hati-hati bila menerima selinder gas dari penjual gas. Di sini caranya bagaimana memeriksa selinder gas LPG : Di salah satu sisi selinder gas expiry date akan dikodkan secara alpha-numerical seperti berikut ; A , B , C atau D diikuti dua digit, contohnya D06. Huruf bermaksud suku ke berapa dalam satu tahun - A utk March ( Suku pertama ), B utk June (Suku kedua ), C utk Sept ( Suku ketiga ), & D utk December ( Suku keempat ). 2 digit itu pula menunjukkan sehingga tahun berapa selinder itu selamat digunakan Jadi D06 bermaksud selamat digunakan sehingga December 2006. Kongsi message ini dengan rakan-rakan anda. Ia mungkin dapat menimbulkan kesedaran dan menyelamatkan nyawa .

Doa kebahagiaan

Image
Ya Allah... seandainya telah Engkau catatkan... dia milikku tercipta buatku... satukanlah hatinya dgn hatiku... titipkanlah kebahagian antara kami... agar kemesraan itu abadi... Ya Allah... ya Tuhanku Yg Maha Mengasihi... seiringkanlah kami melayari hidup ini... ke tepian yg sejahtera dan abadi... maka jodohkanlah kami... tetapi Ya Allah... seandainya telah Engkau takdirkan... dia bukan milikku... bawalah dia jauh dari pandanganku... luputkanlah dia dari ingatanku... dan peliharalah aku dari kekecewaan... Ya Allah ya Tuhanku Yg Maha Mengerti... berikanlah aku kekuatan... menolak bayangannya jauh ke dada langit... hilang bersama senja nan merah... agarku sentiasa tenang... walaupun tanpa bersama dgnnya... Ya Allah yg tercinta... pasrahkanlah aku dgn takdirMu... sesungguhnya apa yg telah Engkau takdirkan... adalah yg terbaik utkku... sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui... Segala yg terbaik buat hambaMu ini... Ya Allah... cukuplah Engkau sahaja yg menjadi pemeliharaku... di dunia dan akh...

Dealova

Image
Lirik pilihan hati . Sesiapa yang suka kat lagu ni ,hayatilah yer.... Aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu Aku ingin menjadi sesuatu yang mungkin bisa kau rindu Karena langkah merapu tanpa dirimu Oh karena hati tlah letih Aku ingin menjadi sesuatu yang slalu bisa kau sentuh Aku ingin kau tahu bahwa ku slalu memujamu Tanpamu sepinya waktu merantai hati Oh bayangmu seakan-akan Kau seperti nyanyian dalam hati ku Yang memanggil rinduku padamu Seperti udara yang ku hela kau selalu ada Hanya diri mu yang bisa membuatku tenang Tanpa diri mu aku merasa hilang.... .... dan sepi..... .... dan sepi.... Kau seperti nyanyian dalam hati ku Yang memanggil rinduku padamu Seperti udara yang ku hela Kau slalu ada... Kau slalu ada... Lirik Dealova by Once Dewa Dipetik dari OST Dealova Nota: pada siapa aku nak tuju lagu ni ? tak ada sesiapa buat masa ni ...hancus semuanya. Hanya tinggal memori luka

Dia Ibuku...

Image
SELAMAT HARI JADI MAK .... HAPPY BIRTHDAY MAK..semoga mak di panjangkan umur , dimurahkan rezeki dan kami sayang mak sehingga ke akhir hayat kami mak..

Oh No!!...tak halal ??

Image
Sekadar berkongsi maklumat.. 1. Restoran berikut telah mendapat pengesahan halal JAKIM : 1)McDonald 2) A&W 3) Secret Recipe Restoran/syarikat berikut telah ditarik sijil pengesahan halal JAKIM kerana gagal mematuhi syarat dan piawaian halal : 1) Victoria Station 2)Kam Lun Tai 3) Lotus Family Restoran-Restoran/syarikat berikut tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM : 1) San Francisco Steakhouse 2)Chicken Rice shop 3)Kiwi Express 5. untuk makluman coffee bean telah mendapat pengesahan halal JAKIM maka coffee bean tidak berkaitan dengan email yang disebarkan ini tetapi starbuck tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM maka tidak dapat dipastikan status kehalalan makanan/minuman yang disediakan. 6. Restoran Dome dan seluruh rangkaiannya tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM , maka kerana itu tidak dapat dipastikan status kehalalan makanan/minuman yang disediakan di restoran ini. 7. Soalan : Saya ingin tahu samada semua stall di foodcourt Suria KLCC halal kerana ...

BookFest 2006

Image
Tengok tajuk pun mesti korang dah tahu kan? sampai kat ofis pagi tadi , Hana bagi surat-surat yang bertulis kak long la penerimanya ..ehehhe. Salah satu dari sampul surat tu berisi kad jemputan untuk hadir ke "Academic BookFest 2006" yang akan diadakan di Mid Valley Exhibition Centre. Menurut apa yang tercetak di kad jemputan, lebih kurang 170 gerai pameran disediakan untuk pengunjung. Ala..kira cam pesta buku tahunan yang diadakan di PWTC tu ler. Kalau pergi mestilah ada gerai karangkraf, alaf 21, DBP, PNM,Cambridge, Berita Publishing , Koop UM, ILBS dan banyak lagi . Kak Long pun tgh fikir..nak pergi ke tidak. Rasanya nak pergi masa waktu bekerja sebab hujung bulan dah plan nak balik kampung. So..jumpa di sana ek!! Tempat Mid Valley Exhibition Centre Aras 3, Centre Court Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur Tarikh 27-30 Julai 2006 Masa 10 pagi-9.30 mlm MASUK PERCUMA

Tiada Sesal di Hati

Image
Dibawah ini adalah cetusan rasa seorang teman .. Tak kan pernah ku sesali pernah mengenali tak kan mungkin ku ingkari pernah menyayangi dan akan selalu menyayangi walaupun ku tahu kau tak pernah peduli hingga sempat melukai hati namun ku pahami itulah arti yang harus ku mengerti dan itulah jalan yang harus ku lalui tapi semua itu tak kan membuatku berhenti untuk terus mengejar mimpi dan mimpi dan tak kan pernah terhenti

Malam ini...

Image
Malam ini Sunyi sepi Sayup anjing menyalak Gemersik bayu Malam ini Terkenang lagi Memori duka Memori pahit Malam ini Tiada airmata Duka telah berlalu Bayu malam mengiringi Malam ini Bermula episod layar kehidupan setia menanti Malam ini hatinya tenang sinar mentari esok menjanjikan harapan Hatipun berbunga lagi... zura @12.29am -July 8,2006

Mawar Kering Di Jambangan

Image
Di kala senja merangkak tiba Pandangan tertumpu ke arah meja di sisi tingkap Mata tertumpu pada sejambak mawar Sudah lama kuntuman mawar merah itu berada di sisi Hadirnya mawar menjadi penyeri hati melonjak girang Memori itu masih terpahat di minda ini.. Memori pahit manis Terngiang di minda gelak tawa di awal perjalanan Tangis mengganti tawa di akhir perjalanan Walau hati bagai dicarik Bak kaca terhempas ke batu Berderai air mata Namun itu semua memori semata .. Kini... Mawar kering di jambangan itu setia mengingatkan aku akan detik-detik yg berlalu.. ~ZuRa~

Hello...Salam Utk Semua

Image
Harap maaf...tak dapat nak menulis panjang untuk beberapa hari ini kerana kesuntukan masa dan keadaan kesihatan yang tak mengizinkan.