Hujan Semalam

Hujan semalam membasahi bumi
Menyegarkan hati
Hujan berlalu tiada kembali
Menyirami lagi

Cinta semalam meninggalkan kesan
Luka dalam hati
Cinta berlalu bersama hujan
Kini tiada lagi

Sang mentari di pagi hari
Mengeringkan embun
Sang mentari di tengahari
Teriknya terasa di hati

Hujan semalam mungkinkah kembali
Pada esok hari
Dan membawakan cinta nan sejati
Suci dan abadi



Sudirman (Syed Haron Ahmad)



Nota: Baris-baris lirik lagu ini amat mendalam maksudnya. Kisah yang berlalu diharapkan akan berlalu pergi bersama arus deras selepas hujan. Apabila hujan turun , kadangkala hati mengharap agar kisah baru yang indah dan ceria akan menghadirkan diri sebagai pengubat luka di hati. Mungkinkah akan terjadi?

Comments

Popular posts from this blog

Jangan Bazirkan Wang Nak Pikat Lelaki

Hari ini...

Bermulanya Kisah Blog Ini