Pergi Tak Kembali
Khamis 9 November 2006, kira-kira pukul 7.45 pagi, Kak Long menerima satu berita sedih. Mak Cik Kak Long yang biasa kami panggil makcik munah telah pulang ke rahmatullah. Belum sempat kak long dan keluarga menziarahi makcik sejak di masukkan ke Hospital Besar Ipoh, 4 hari yang lepas, makcik telah pergi tak kembali lagi. Masih terbayang-bayang senyuman dan raut wajahnya apabila berkata-kata.
Mujur sempat Kak Long dan keluarga sampai ke rumah makcik di Batu Gajah sebelum makcik yang telah siap di kapankan ketika itu di bawa ke surau berdekatan untuk disembahyangkan dan seterusnya di kebumikan di tanah perkuburan berdekatan.
Ketika berita di terima kak long telah berada di pejabat, jadi kak long tinggalkan kereta di kampus dan pergi ke Batu Gajah menaiki kereta adik. Malam tadi kira-kira pukul 8 malam, kak long tiba semula ke KL dan sampai dirumah pada pukul 9 malam.
Takziah utk semua ahli keluarga Makcik Munah dan utk sepupu2 kak long, Norman, Nurul, Bakhtiar dan Badrul , semoga kalian terus tabah dan doa kita semua utk ibu kalian yang tercinta semoga Allah mencucuri Rahmatnya ke atas rohnya. Amin.

Comments
al fatihah...
Al-FATIHAH
sama2lah kita berdoa semoga rohnya ditempatkan disamping hamba2 yang solehah dan beriman...amin.