Ditinggal dan Meninggalkan
Shayz memang rajin mengetag kak long. Terima kasih banyak kerana mengingati Kak Long yer Shayz...Sayang dia. Oleh kerana kak Long sampai awal di pejabat hari ini, setelah cuti sakit semalam, jadinya kak long tulislah sedikit pasal perasaan Kak Long semasa zaman persekolahan. Bercakap pasal zaman persekolahan, ada banyak kenangan pahit manis yang menjadi kenangan seumur hidup. Pertama sekali berpisah dan meninggalkan kawan-kawan ialah sebaik habis darjah enam. Abah Kak Long suruh Kak Long berpindah ke sekolah menengah yang lebih dekat dengan rumah kak long..uwaaaaa...malam sebelum nak pergi mendaftar di sekolah menengah yang sepatutnya kak long pergi, kak long menangis teresak-esak atas sofa..tutup muka dengan bantal. Maklumlah nak berpisah dengan kawan-kawan yang sudah di kenali dari darjah satu. Oleh kerana, Kak Long tak pernah tak dengar kata Abah, esoknya kak long pergi juga ke sekolah menengah Khir Johari Sungai Sumun, bukan utk mendaftar tetapi utk memberitahu Kak Long akan berpi...