Ditinggal dan Meninggalkan
Shayz memang rajin mengetag kak long. Terima kasih banyak kerana mengingati Kak Long yer Shayz...Sayang dia. Oleh kerana kak Long sampai awal di pejabat hari ini, setelah cuti sakit semalam, jadinya kak long tulislah sedikit pasal perasaan Kak Long semasa zaman persekolahan.
Bercakap pasal zaman persekolahan, ada banyak kenangan pahit manis yang menjadi kenangan seumur hidup. Pertama sekali berpisah dan meninggalkan kawan-kawan ialah sebaik habis darjah enam. Abah Kak Long suruh Kak Long berpindah ke sekolah menengah yang lebih dekat dengan rumah kak long..uwaaaaa...malam sebelum nak pergi mendaftar di sekolah menengah yang sepatutnya kak long pergi, kak long menangis teresak-esak atas sofa..tutup muka dengan bantal. Maklumlah nak berpisah dengan kawan-kawan yang sudah di kenali dari darjah satu.
Oleh kerana, Kak Long tak pernah tak dengar kata Abah, esoknya kak long pergi juga ke sekolah menengah Khir Johari Sungai Sumun, bukan utk mendaftar tetapi utk memberitahu Kak Long akan berpindah ke sekolah lain. Agaknya pasal dah lama sangat menangis malam sebelumnya, pagi itu kak long tak menangispun..habis dah air mata kut..huhuhu.
Itulah sekali kak long menangis bila berpisah dengan kawan-kawan. Bila di sekolah menengah dan seterusnya ke Uni, Kak Long tak terasa sedih sangat bila berpisah, sebab Kak Long memang tak ada kawan rapat, semua kawan sama rata jer. Walaupun berpisah, kami tetap berhubung melalui email atau sesekali kami berkumpul sesama geng. So, perasaan ditinggal atau meninggalkan kawan-kawan itu tidak seteruk semasa kak long di darjah enam itu.
Bila ditinggalkanpun, kak long dah lali...ihikss ...bukan sombong tapi ntahlah kenapa? perasaan sayu memang ada tapi sekejap jer.
Kalau bercakap pasal perasaan meninggalkan atau ditinggalkan oleh seorang yang kita kasihi, ianya amat berbeza sekali. Sedih dan pedih yang amat bila ditinggalkan tetap bersemadi di hati dengan seribu pertanyaan yang tidak berjawab. Apabila meninggalkan seseorang kerana tidak mahu mengelak dari melakukan kesilapan, kak Long merasa lega dan bersyukur. Walaupun tercalit sedikit rasa kesal dengan apa yang terjadi tetapi bersyukur kerana Kak Long disayangi Allah s.w.t yang memberi petunjuk apa yang terbaik utk dilakukan ketika itu.
Diharap Shayz puashati dengan apa yang Kak Long paparkan di sini. Ikhlas utk semua ...
Comments
walaupun hanye baru mengenalimu, rs rindu itu tdk dpt ditahan2..wlau xpenah jumpe rs mcm dekat aje..ececeh..
harap bleh jumpe 1 hari nnt kan..
aku merinduimu~(nyanyi ala2 iklan bedak followme tu.. :D)
TJ
cikscarlet~~~terima kasih kerana berkunjung ke sini.Betul tu...kita akan mendapat balasan yang setimpal dengan apa yang telah kita lakukan
TJ~~~amboiii ko...biru haru ko kata blog aku ek...ekekkeke anyway thanks. InsyaAllah kita akan together gether ek ..ko dtg laa kat GIANT dekat ofis aku tu..sebelum aku kena ikat boleh ler aku kuar ...ekekkeke