Dilema aku dan dia
Hari ini kak Long bekerja. Sepatutnya minggu depan baru giliran kak long bekerja di hujung minggu tetapi minggu ini kak long menggantikan rakan sepejabat yang telah menggantikan kak long semasa kak long ke Pulau Pinang beberapa minggu yang lepas.
Kesihatan kak long semakin beransur pulih. Kekejangan otot di bahagian belakang badan telah hampir sembuh tetapi tekanan darah kak long masih tak berubah. Risau betul.
Kerisauan bertambah bila si dia memberitahu dia menerima tawaran bekerja baru tetapi menyatakan sekiranya dia menerima tawaran ini, kak Long kena berpindah ke Klang. Ohh tidak!!! itu yang kak long telah nyatakan di awal perkenalan kami. Kak Long tidak mahu meninggalkan mak keseorangan di rumah yang kak long beli. Syarat tersebut telah diterima.
Jikalau kak Long berpindah ke Klang, payah pulak kak long nak ulang alik ke tempat kerja. berhenti?? oh tidakk...banyak tanggungan yang kak long perlu langsaikan. Hanya dengan bekerja sendiri sahaja membolehkan kak long berdikari dan tidak membebankan sesiapa.
Kak Long berharap dia bersetuju dengan pendapat kak long. Sms tak berbalas bila mana kak long kata mungkin masa mendatang, dia akan mendapat kerja yang lebih baik di daerah kak long tinggal sekarang. Marah ke dia?? mungkin juga dia serba salah memikirkan hal ini sejak beberapa minggu yang lalu kerana dia jarang menghubungi kak long sejak 2 minggu yang lepas.
Apa patut kak long lakukan?
Comments
Orang lelaki memang macam tu Kak Long. Kalau kita biarkan diri kita ditolak ke sana sini sejak dari mula lagi, bila dah kawin, dia rasa dia boleh buat sesuka hati dia saja. Itulah permulaan mental abuse.
I know. I've been married for ten years now. Bila dah matang sikit, baru tahu I did it to myself and I have learned since how to say NO.
Bukan tak hormat suami tapi sometimes we have to put our foot down.
Kalau boleh dapatkan hitam putih.kekek bunyi cam mengarut tapi lepas tuh frame n gantung tinggi2 bior seme tahu akan perjanjian asal.
Pakai2 mulut nih mmg tak kemana, berubah2 pun tak ada buktinya.. alahaii..
Nasihat sy bkn saja pada kakLong ttp kepada semua org, matlamat kita adalah bahagia...bahagia bukan satu destinasi yang kita tuju tetapi adalah satu cara...cara hidup!
Untuk mendapatkan bahagia tu, mmg akan tempuh berbagai dugaan dah ini adalah salah satunya...dlm sesebuah perkahwinan, mmg masing2 ada hak sebagai suami isteri tetapi tiap org juga ada hak sebagai individu. Kita akan bertemu pertembungan pendapat, cara hidup dan berbagai lagi kerana kita membesar sebagai diri kita, individu tersendiri..dan dalam ikatan inilah satu frasa penting perlu kita gunakan...bertolak ansur!
Before making the BIG decision, use the grey cells to the max and with HIS guidance, a path will open up for you.
Equil,bro Mad, Sis Kujie, Noushy, RM,Noamee, Bob, Cik Scarlet, mersik, Raina
Kak Long amat berbesar hati dan amat menghargai komen dan pandangan dari kawan-kawan semua. Kak Long merasakan sidia memahami kehendak kak long dan bersyukur dia masih sudi menghubungi kak long. Semoga ikatan yang akan terjalin kekal ke akhir hayat, InsyaAllah.
ceh, kecoh je..hehe